Yakinlah Pada Dirimu

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Wednesday, November 18, 2009 at 11/18/2009 08:18:00 AM



Adakala hidup ini rasa tak berarah
Adakala jiwa ini rasa tak tenteram
Adakala akal ini rasa tidak berfungsi
Adakala hati ini tidak merasa
Adakala mulut ini terkelu sendiri
Adakala kita lupa siapa diri ini sebenarnya

Kenapa ini semua berlaku??

Jawapan??
Hanya ada pada diri kita

Tik itulah kita perlu sedar bahawa Yakin pada Diri itu adalah yang terbaik
Kerana mereka yang hilang keyakinan diri..
Umpama kapal yang tiada layarnya..
Tiada pengemudinya..
Hilang arah tujuan..
Sesat di lautan luas


Oleh sebab itu ada yang mengatakan :

"Seseorang itu gagal bukan disebabkan dia tidak pandai, tapi mungkin kerana hilangnya semangat dan menurunnya keyakinan terhadap diri sendiri"

DUA

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Tuesday, November 17, 2009 at 11/17/2009 04:14:00 AM


Seseorang pernah mengatakan kepada penulis...


"Dalam hidup ni, kita tidak akan dapat DUA"


Jadi apa yang penulis boleh ulas...
Dalam kehidupan ni kita mesti memilih antara DUA
Kerana mustahil bagi kita untuk memiliki kedua-dua kehendak itu sekali gus...
Betul tak?

Dalam hidup ni kita kena tahu memilih antara kehendak dan keutamaan
Ramai yang mengikut nafsu, inginkan kedua-duanya sekali
Namun akhirnya keciciran semua..
Bukankah merugikan...

Hidup perlu memilih!!!
Tapi bukan terlalu memilih.
Kerana pilihan yang tepat menentukan corak masa depan kita..


PILIHAN DITANGAN KITA..
TIADA SIAPA YANG BERHAK MENENTUKAN HALA TUJU HIDUP..
MELAINKAN KITA SENDIRI..

KITA YANG PATUT MEMILIH JALAN MANA YANG INGIN KITA LALUI...
SEMUANYA DITANGAN ANDA..

Antara Kereta Sport Dengan Sebuah Al-Quran

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Saturday, November 14, 2009 at 11/14/2009 05:14:00 PM

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya
mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...

lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...

si ayah hanya tersenyum...

si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang,

pasti kereta itu akan menjadi miliknya.


Beberapa bulan berlalu...

ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya telah
beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..

hatinya berbunga keriangan...

satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..

si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga
hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...

si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu


Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak,

menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...

si anak terkesima...

sungguh.. .bukan itu yg kuhajatkan

dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...

matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan;
seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak
itu...penutup kotak dibuka...

apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...


si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan. ..

amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak.. .

"ayah sengaja mempermainkan saya...

ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...

bukannya ayah x mampu utk membelikannya...

sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak... katanya keras...

al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...


si anak terus meninggalkan si ayah..

tanpa memberi walau sesaat utk si ayah bersuara...

pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..

lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...

memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya


10 tahun berlalu..

si anak kini merupakan seorang yang berharta...

punyai syarikat sendiri...

dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...

cukup membahagiakan. ..

namun hatinya tersentuh...


Sudah 10 tahun..

sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...

sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...

dari peguam ayahnya...

ayahnya meninggal dunia semalam...

dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...

si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta


Dan... buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...

si anak pulang ke banglo ayahnya...

memerhati kan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...


hatinya sebak..bertambah sebak
apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya...

Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada disitu...

bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...

perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..

membelek2- nya dengan penuh keharuan...


tiba- tiba...

jatuh sesuatu dari Al-quran itu...

segugus kunci...

di muka belakang Al-quran itu...

sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu

Kunci itu segera dipungut...

hatinya tertanya-tanya. ..

nyata sekali...di dalam sampul surat itu...

terdapat resit pembelian kereta idamannya...

dibeli pada hari konvokesyennya. ..

Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah...


sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..

hadiah teristimewa utk putera kesayanganku. ...

air mata si anak menitis deras...

hatinya bagai ditusuk sembilu..

penyesalan mula bertandang..

Namun semuanya sudah terlambat...



Sekadar renungan bersama: Berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati......


sumber : http://leyalina.blogspot.com/

Taare Zameen Par

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 11/14/2009 04:28:00 PM




Satu cerita yang menarik
Saya kurang meminati filem hindustan...
Tetapi filem ini mempunyai mesej padat dan berguna untuk kita hayati...
Bukan sahaja kepada guru..
Malah ibu bapa sendiri..
Pendidikan melalui filem...
Bukan tiada anak-anak seperti ashaan di Malaysia ni..
Tapi atas faktor kurang 'peka' ibu bapa dan guru-guru
mungkin boleh menjadikan insan seperti ashaan anak yang gelap masa hadapannya..
Kenalilah, fahamilah, pelajarilah akan setiap tindak tanduk anak dan pelajar kita..

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Friday, November 13, 2009 at 11/13/2009 11:36:00 PM






Juz nak kongsi sedikit gmbar2 dekat Hutan Lipur Lentang
Mandi tak lama pun...
Pastu singgah rumah kampung jap...
Kengkawan ku sibuk nak tengok suasana kampung...
Sampai kampung dah ada buah langsat..
Berbakul2...
Mak pula suruh g kutip buah rambutan kat pokok..
Lepas asar bertolak balik ke K.L
Ada rezeki nak g lagi...hehe

LEGA KE?

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Thursday, November 12, 2009 at 11/12/2009 02:09:00 AM


Lega ker?

entahla...
baru je habis exam...
pagi tadi (eh silap...pagi semalam last paper)

Muslim Historiogrphy...
Tak terlalu mengharap pada subjek ni...
Lulus pun dah tersangat syukur alhamdulillah...

Esok pagi nak pergi berkelah...
Acara tahunan..
hehe
silap acara semester...

Yang sedihnya...dari 10 orang yang nak g...
sekarang dah tinggal 7 orang jer..huhu

Harap-harap selamat perjalanan kami sepanjang di air terjun lentang esok....Amiiin...

Yang tak dapat ikut...nanti kami uploadkan gambar di sana yer...dah lama tak g...tak sbar tunggu esok...




Ni gambar air terjun kat ulu yam....
g sem berapa dulu lupa plak...Air terjun lentang...tunggu yer

NILAI SEORANG SAHABAT…

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Tuesday, November 3, 2009 at 11/03/2009 03:22:00 PM

Sepanjang menelusuri kehidupan dari kecil hinggalah dewasa…
seterusnya menempuh alam perkahwinan, bekerluarga….
menjengah usia tua…
menanti dijemput Ilahi…

Pastinya kita sudah bertemu dengan begitu ramai KAWAN bukan?
Namun dalam ramai-ramai kawan itu,
Berapa ramaikah yang mampu bersama kita tika susah dan senang?
Atau yang ramai hanya tiba-tiba muncul tatkala kegembiraan berada,
Tersangat sedikit bukan insan-insan yang hadir tatkala kesedihan,
kesusahan dan kesukaran hidup menyapa..

Tetapi tidak mengapa kerana teman bergembira, bersenang lenang itu …
sememangnya ditakdirkan ramai sedemikian rupa…
Mereka yang hanya mungkin seorang dua cuma…
bersama kita tika tawa dan sedih…
Itulah dinamakan SAHABAT!!!

Kekadang terasa seperti dialah sahabat sejati kita dan yang seorang lagi pula sekadar teman atau kawan sahaja..
Namun tanpa disangka-sangka ,
Tiba satu saat insan yang sangat diharap menjadi sahabat hanyalah teman gembira semata..
Sebaliknya, insan yang dianggap teman biasa boleh jadi dialah SAHABAT SEJATI kita…

Renungkan-renungkan…
“Jika kita mempunyai segunung emas permata sekalipun…
Kita tidak akan mampu membeli harga sebuah persahabatan…
Apatah lagi tatkala kita sememangnya tidak punya apa-apa…

KERANA NILAI SAHABAT ITU HANYA BOLEH DIBELI DENGAN KEIKHLASAN YANG TULUS….

Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)