TAZKIRAH HATI

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Wednesday, December 30, 2009 at 12/30/2009 11:55:00 AM



Kita suka bila kita dipercayai

Tetapi kenapa kita tidak suka mempercayai orang lain

Kita suka bila kita disanjungi

Tetapi kenapa kita tidak suka menyanjungi orang lain

Kita tidak suka dicaci

Tetapi kenapa kita suka mencaci orang lain

Kita tidak suka dikhianati

Tetapi kenapa kita suka mengkhianati orang lain

Kita tidak suka dizalimi

Tetapi kenapa kita suka menzalimi orang lain

Kita tidak suka dibenci

Tetapi kenapa kita suka membenci orang lain

Kita tidak suka disakiti

Tetapi kenapa kita suka menyakiti orang lain

Kita tidak suka dipersalah

Tetapi kenapa kita suka menyalahkan orang lain

Kita tidak suka dikritik

Tetapi kenapa kita suka mengkritik orang lain

Kita tidak suka hak kita dirampas

Tetapi kenapa kita suka merampas hak orang lain

Kita tidak suka diumpat

Tetapi kenapa kita suka mengumpat orang lain

Kalau kita ingin dihormati

Kita juga mesti belajar untuk menghormati orang lain.


Kalau kita ingin dihargai

Kita juga mesti belajar untuk menghargai orang lain.

Kalau kita ingin difahami

Kita juga mesti belajar untuk memahami orang lain.

Kalau kita ingin disayangi

Kita juga mesti belajar untuk menyayangi orang lain.


Kita suka bila kita dipercayai,

Kita suka bila kita dihargai,

Kita suka bila kita dihormati,

Kita suka bila kita dikasihi,

Kita suka bila kita difahami,

Kita suka bila kita disayangi,


Kita juga suka bila kita dipuji tetapi…

Kenapa kita sering lupa pula untuk memuji Pencipta dan

Pentadbir alam semulajadi?

Kita juga sangat suka bila kita dicintai tetapi…

Kenapa kita sering lupa untuk mencintai dan mencari

Cinta Rabbul Izzati?

Kenapa kita jadi begini?

Ketuklah hati… koreksi peribadi… muhasabah diri…


“Usah kita bimbang jika kita tidak dihargai tetapi…

Kita perlu bimbang jika kita tidak berharga lagi”


Petikan dari : Suara Risda

Bil. 2/2008

ISSN 0128/0112

Langkah Pertama

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Tuesday, December 29, 2009 at 12/29/2009 02:20:00 PM



Masihkah kita ingat akan saat kali pertama melangkah dalam hidup kita.

Kaki manakah yang memulakan tapak pertama ketika kecil dahulu

Ingatkah kita lagi akan kesukaran untuk mengerakkan langkah pertama itu..

Namun, saya yakin ramai antara kita yang telah pun terlupa akan kepayahan kaki menapak buat kali pertama dahulu.

Sesukar mana sekalipun, kita pastinya tidak mahu merangkak seumur hidup bukan?

Keinginan yang tinggi itulah yang menggerakkan keberanian..

menyusun langkah pertama hinggalah tapak-tapak seterusnya.

Sekali melangkah.. kita akan terus melangkah bukan?..

Tiada erti putus asa dalam mencapai impian ‘mampu berjalan seperti kanak-kanak lain’

Sering juga kita dengar akan ungkapan ‘baru dapat kaki’ ..

Merujuk kepada anak-anak yang agresif melangkah demi langkah seterusnya berlari hingga ke hujung dunia.

Lihat sahaja pada mereka..

Tiada ungkapan penat atau lelah..

Sekali melangkah terus sahaja melangkah lagi, lagi dan lagi…

Begitulah sepatutnya kita yang dewasa ini..

Mencontohi kecekalan anak-anak kecil dalam memulakan langkah mereka..

Namun sering juga…

Kita yang dewasa ini takut untuk membuat langkah pertama dalam hidup..

Terlalu banyak berfikir..

Terlalu bersikap pesimis..

Terlalu takut dengan kegagalan..

Takut untuk jatuh..

Takut untuk menghadapi risiko…

Takut dengan segala yang bermain di dalam akal fikir..

Takut kepada apa yang belum pasti..

Tidakkah kita seolah-olah meletakkan diri lebih rendah dari anak-anak yang baru hendak belajar menapak tadi??

Tentukan siapa kita!

Tentukan di mana ingin kita letakkan diri.

Siapa Kita Hari Esok Bergantung

Kepada Apa Yang Kita Lakukan Hari Ini…

Fikir-fikirkanlah…

BERITAHU PADA MUSLIMAH ITU..

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Friday, December 11, 2009 at 12/11/2009 08:49:00 PM


Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.


Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.


Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.


Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.


Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...

Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)