Aku seorang PENCURI?

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Friday, June 25, 2010 at 6/25/2010 11:26:00 AM


Aku semakin lesu,

Boleh juga jadi bisu,

Kekadang terkeliru,

Bila hidup hanya meniru,

Jadilah aku manusia tak mampu,

Biarpun begitu…

Tapi semakin hari, semakin tabu,

Aku cuba jua untuk tidak jemu,

Namun mampukah aku?

Kerana bila berhadapan dengan karenahmu,

Darahku tiba-tiba naik mendudu…

Moga “Dia” dapat membantu…

Kerna..

Aku hanyalah… seorang Guru.

KOREKSI DIRI:

Kini aku hanyalah bertugas sebagai guru praktikum yang semangat masih berkobar-kobar setiap hari..

Namun, bagaimana setelah aku berkhidmat di kala usia mencecah 40, 50 tahun…

Adakah aku akan lalai leka, jemu dengan kerutinan itu..

Kerana ramai yang kalah dengan kerutinan dan kebiasaan tersebut...

AKU SEORANG PENCURI? :

Puisi ini menjadi menifestasi kepada kerja rutin yang dilalui seorang guru @ mana-mana penjawat awam umumnya.

Bukankah kerutinan itu selayaknya mampu memahirkan, menjadi lebih pakar?

Namun hakikatnya, tanpa disedari ia boleh juga melesukan ramai orang, menjemukan…

Jadi apakah penawar bagi kebuntuan ini?

Sebenarnya aku takut dengan kelesuan yang telah banyak menjangkiti warga pendidik yang sudah senior..

"Aku terlalu takut dengan kelesuan itu…sungguh…

Takut.. pabila kelesuan itu timbul dari kerutinan yang

mampu membuatkan rezki ku jadi tidak berkat..

Maka nafasku pasti tersekat..

Kerana apa yang ku dapat…

Belum tentu ada nilai di mata-Nya yang Maha Hebat…

Sungguh akal fikirku penat…

Semakin tenat…

Kerana terlalu berani MENCURI MASA kerja yang singkat…"

IMPAKNYA :

Ramai yang tidak sedar bukan?

Mungkin kesannya tidak dapat dilihat sekarang.

Namun ia pasti dibalas…

Bukankah Allah itu Maha Adil?

Mungkin dalam bentuk yang berbeza…

Boleh jadi ia dibalas melalui anak-anak kita yang juga menjadi manusia pencuri hak orang lain…

:. Bukan tangannya panjang tapi… panjang tangan?!! .:

Atau boleh jadi juga mereka menjadi manusia yang mencuri…

Mencuri IDEA orang lain!

Ah! pasti rosak segalanya…

HEBATKAH HIDUP SEORANG PENCURI?

PERHATIKANLAH apa lagi yang kita telah CURI sepanjang sisa hidup yang telah berlalu pergi..

PULANGKANLAH semula KESEMUANYA, sebelum TERLAMBAT!


Comments:

There are 0 comments for Aku seorang PENCURI?

Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)