POLIGAMI?!

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Thursday, June 17, 2010 at 6/17/2010 05:10:00 PM

Baru-baru ini penulis ada terbaca tentang satu kisah poligami yang unik. Bukan unik apa sebenarnya, cuma si isteri menceritakan bahawa mereka telah berpoligami lebih 7 tahun.. Bagaimana suaminya berlaku adil dan menyatakan bahawa dia masih menyayangi dan melayan isteri pertama serta anak-anak dengan penuh rasa cinta dan adil..
Entahlah sebak sebenarnya sepanjang membaca kisahnya itu..

Walaupun jelas-jelas dia asyik menyanjung dan memuji suaminya itu sekalipun tidak menafikan tetap berasa susah untuk menerimanya pada awal poligami dulu. Namun bagaimana suaminya mengambil hati dan memberikan layanan yang sedikit pun tidak berubah dari sebelum pernikahan keduanya, malah lebih lagi hingga pahitnya bermadu dirasakan sebaliknya. Mereka mampu pulang beraya ke kampung suami bersama-sama dengan menaiki 1 kereta, dapat bergelak ketawa bersama-sama seolah-olah sahabat baik.

Lihatlah, betapa suami ini mampu berlaku adil terhadap kedua-dua isterinya. Mungkin jika ada wanita yang membaca kisah beliau, ada pula yang teringin menjadi isteri ketiga atau keempatnya..hehe..

Namun entah mengapa, sekalipun kisah ini merupakan satu dari sejuta kisah poligami yang menampakkan keadilan seorang suami mengendalikan 2 bahtera rumahtangga, penulis tetap merasa sesak di dada kiranya dimadukan.. (cewahhh…belum kahwin dah fikir tentang hidup bermadu.) Tapi itulah wanita, jiwanya lembut, tidak sukar memujuknya. Jika kena caranya pasti sejuk kembali. Begitulah wanita yang mudah sekali memaafkan.

Namun, hakikat poligami yang banyak diamalkan suami-suami sekarang terlalu rapuh hujahnya. Masih terumbang-ambing mendidik diri sendiri, inikan pula ingin berlaku adil terhadap isteri-isteri yang dimadukan. Maka, banyaklah institusi keluarga yang anak-anaknya terbiar akibat si bapa yang terlalu seronok berkeluarga baru hingga mengabaikan amanah Allah.

Jika inilah yang dimainkan oleh suami-suami yang berpoligami, maka rosaklah asas utama yang membentuk sistem kekeluargaan itu. Jika ketua keluarga sudah pincang peranannya, mana mungkin keluarga sakinah itu dapat dibentuk selayaknya. Fikirkanlah wahai lelaki yang ingin berpoligami..

Bak kata Dr. H.M Tuah:
“Poligami itu adalah untuk menyelesaikan masalah bukan menambah masalah”

Dan menurut Saifulislam pula:
“Berbahagialah dengan seorang isteri”

Jadi, renung-renungkan….

Comments:

There are 0 comments for POLIGAMI?!

Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)