Posted by
HASNORWANI ...
|
|
Posted On Tuesday, July 27, 2010 at 7/27/2010 10:47:00 PM
Entah... Pening... Hati kata A... Tapi ada yang tak sokong nak kita pilih B? Adakah benar B terbaik untuk kita??? Siapa lebih tahu...???
Hanya Dia yang terbaik menentukan... Kekadang diri lemah... Lelah... Diri kekadang hanya perlukan sokongan... Ya...sokongan moral... Tapi itupun terkadang sukar didapati... Bagaimana lagi ingin diri memilih..
Ya Allah bantulah diri untuk memilih... Yang baik buat duniaku, Juga terbaik buat akhiratku... Amiiiinn...
Posted by
HASNORWANI ...
|
|
Posted On Saturday, July 17, 2010 at 7/17/2010 05:33:00 PM
Terima kasih buat anak-anak muridku... Terharu sebenarnya...
Mula-mula terkejut juga memikirkan mana dorang dapat gambar-gambar cikgunya ni ... Rupanya dorang 'crop' dari Fb.. Memang dah lama tak masukkan gambar dalam fb cuma yang ada tu gambar-gambar yang ika masukkan then di'tag'..
pape pun sedih sebenarnya, rasa macam tak layak je dirai sebegitu.. Dengan lagu in team "GURUKU" menjadi tema lagu lagi menambahkan kesayuan... Terima kasih semua....
Guruku
Album : Nur Insani Munsyid : Inteam http://liriknasyid.com
Wahai guru yang dikasihi, Engkaulah pelita diri ini, Menerangi hati nurani, Moga dirimu dirahmati
Ya ALLAH piliharalah guruku, Agar dipimpin terus hambaMu, Agar terhindar dari Neraka, Moga dibukakan pintu Syurga
Tak terbalas jasamu Berkorban jiwa raga Mendidik anak bangsa Jadi insan berguna
Keikhlasan di hati Hulur bakti dan budi Kau penyambung warisan Ilmu cahaya hati
Ampunkanlah wahai guruku, Kesilapan anak-anakmu, Ku serahkan jiwa ragaku, Agar terdidik nafsu liarku
Dengan izin Allahu Rabbi, Engkaulah guru yang sejati, Engkau bersabar mendidik kami, Semoga dirimu diberkati
(Bridge)Datang dengan harapan, Pulang bawa kejayaan, Anugerah yang diimpikan
Lagu ini juga ku tujukan buat semua Guru-guruku Terima kasih atas ilmu yang kalian curahkan... Tiada kata, Tiada daya dapat ku balas... Mungkin dengan doa dalam lagu ini dapat ku hadiahkan buat kalian....
Posted by
HASNORWANI ...
|
|
Posted On Wednesday, July 14, 2010 at 7/14/2010 05:10:00 PM
Rasanya blog ni semakin hilang rentaknya.. Kekadang tu rasa merapu-rapu je menulisnya…huhu Alhamdulillah akhirnya…. Berjaya juga penulis menamatkan pengajian diperingkat Sarjana Muda, dan insyallah akan bergraduasi pada 07 Ogos 2010 ini.
Namun ada perkara yang sedikit membimbangkan hehe… Tak tahu patut tulis kat sini tak… (Kan betul..makin banyak menulis makin merapu jadinya)…hehe Tak perlulah diceritakan kerisauan tersebut… Cuma bila dah tamat belajar ni… Maka masing-masing akan membawa haluan hidup di arena pekerjaan atau menjadi “suri rumah tangga sepenuh masa” hehe… Itu pun kerja namanya… yang patut disedari dan difahami oleh setiap individu.( Hal ni nantilah kita kupas ea…)
Selepas je habis final exam lepas masing-masing bertebaran melaksanakan tanggungjawab praktikal di sekolah-sekolah pilihan masing-masing… Itu pun pertemuan biasa sebelum ini sudah menjadi semakin sukar… Mujur juga pihak pentadbiran fakulti menyediakan satu program di ILIM sebagai menggantikan cuti sekolah yang sepatutnya tak cuti pun …hehe So, di situlah tempat kami berjumpa semula…
Selepas ni masing-masing mungkin akan diposting ke serata tanah air… Moga hubungan yang telah terjalin tidak putus ditengah jalan…Mudah-mudahan…
Maaflah ye…tak tahu kenapa semenjak 2 menjak ni…entri menjadi semakin panjang menjelar2… Rasanya ika dengan kak wani ‘kot’ yang rajin mengikuti blog ni pun mesti tak larat nak baca entri yang tersangat panjang ni kan..hehe… Entah tak tahu kenapa sebenarnya…terasa macam sedih pulak bila dah habis ni…sedangkan ini lah yang ditunggu sejak 6 tahun lagi..huhu… Bukan apa, lamanya belajar mengalahkan orang ambil medic kan…hehe (mungkin disebabkan masa kecik-kecik selalu berangan nak jad doctor….hehe last2 merasa belajar lama2 macam student medic cukupla ea)huhu Tapi tak pe biar lambat asal selamat…
Akhir kalam..(word yang semakin penulis gemari….) :. :. :. Aku bangga menjadi graduan UNIVERSITI MALAYA! .: .: .: Hehe… tolong promote UM sikit… :. :. :. We LOVE UM and UM is ONE !!!!!!!! .: .: .:
P/S: Jangan lupa hantarkan borang Alumni UM segera… Peringatan buat diri ku juga yang selalu lupa… huhu…
My favourite song:- Serius tak tipu….
“ UNIVERSITI MALAYA ”
Universiti Malaya Kebanggan kita semua Bertambah para ilmuan Dipelbagai lapangan
Kami bertekad di hati Mencapai cita murni Tradisi kecemerlangan menepati wawasan
Di sini kami sedia berbakti Terus berinovasi Kami harapan generasi muka Teras nusa dan bangsa
Varsiti kesayanganku Sungguh banyak jasamu Membentuk insan mulia Berilmu berbudaya
(Nak nyanyi dengan penuh semangat 07 Ogos ni) huhu…
Posted by
HASNORWANI ...
|
|
Posted On Sunday, July 11, 2010 at 7/11/2010 10:12:00 AM
Detik-detik akhir di SEKOLAH AGAMA MENENGAH SG. HJ. DORANI....
Mungkin sedih dalam gembira boleh menggambarkan detik-detik akhir di Samdor Jumaat lepas...
Bukanlah terlalu gembira meninggalkan sekolah, tapi serasa lega kerana telah menamatkan praktikal mungkin.
Sayang, memanglah sayang dengan anak-anak murid, guru-guru yang banyak membimbing dan pentadbiran yang menerima baik kedatangan kami di sana...Alhamdulillah...
Ada juga yang bertanya dan mencadangkan agar di minta sahaja posting ke sana nanti...
Huhu..segalanya dalam takdir-Nya...Apa pun yang terjadi selepas ini kuserahkan sepenuhnya kepada Allah..
Saya memohon kemaafan atas segala salah silap dan kekurangan sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Juga terima kasih tidak terhingga kerana memberikan kerjasama semasa pensyarah saya datang... Jangan sedih-sedih ea..nanti ada rezki insyallah kita akan berjumpa lagi.
Jadikan Bahasa Arab bahasa agung didunia..Mudah-mudahan kalian antara anak didikku yang mampu memperjuangkan Bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran juga bahasa syurga.
:.:.:. Buat adik-adik tingkatan 2 Firdaus :.:.:.
Lagu yang kamu nyanyikan hari tu memang menyentuh hati..Terima kasih..
Kamu semua mempunyai potensi untuk menjadi insan cemerlang... Moga sentiasa dalam berkat dan redha-Nya. Terima kasih juga atas kerjasama yang kamu berikan sepanjang saya mengajar di sana. Harapnya kamu semua berjaya ke menara gading serta beroleh kesejahteraan di akhirat sana... Insyallah.
:.:.:. Adik-adikku 2 Naim :.:.:.
Kamu semua terlalu baik sebenarnya.. Jangan tinggalkan Al-Quran...Walau setinggi mana pun kita berada letakkan al-Quran di dalam jiwa dan hati kita. Moga ilmu yang dikongsi mampu menjadikan kamu” Jailul Qurani” insyallah. Saya sayang kamu semua.
:.:.:. Adik Tingkatan 4 Naim :.:.:.
Salam kemaafan terlebih dahulu saya hulurkan atas segala kekhilafan yang dilakukan andai ada yang tersinggung.. Segala teguran hanyalah bertujuan baik...Saya nak lihat adik-adik saya cemerlang dunia akhirat.. Kiranya budi yang sedikit ditabur itu mampu membawa kalian ke arah kejayaan alhamdulillah... Belajarlah bersungguh-sungguh...
”Sesungguhnya setiap dari KITA adalah harapan AGAMA”
Ucapan jazakumullahu khairan kathiraatas jamuan yang kamu rancang petang jumaat yang lalu.
Terima kasih juga atas video yang kamu cipta khas untuk saya...Terharu sangat sebenarnya...Terima kasih banyak...
Juga kain pasang yang kamu berikan insyallah saya akan pakai masa majlis konvokesyen nanti...(Jika sempat siap) Syukran sekali lagi....
Akhir kalam, buat semua warga SAMSHD @ Samdor terima kasih tak terhingga dari tukang sapu, mak cik-mak cik kantin, kerani, guru-guru, pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 yang selalu beramah mesra dengan saya walaupun tiada kesempatan mendidik kamu secara langsung, juga kepada pihak pentadbiran yang tersangat baik melayan karenah kami sepanjang bertugas di sana.
Posted by
HASNORWANI ...
|
|
Posted On Thursday, July 8, 2010 at 7/08/2010 04:39:00 PM
Kenangan praktikal... Rasanya cukup dah asam garamnya... Memang banyak pengalaman... Yang paling terkini...2 hari sebelum menamatkan tanggungjawab praktikal lebih 10 orang pelajar histeria... emm...pengalaman yang takkan dilupakan.. 1st time mendepani masalah histeria...
Dari-Nya kita datang.. Dari-Nya jua kita memohon perlindungan...
Posted by
HASNORWANI ...
|
|
Posted On Wednesday, July 7, 2010 at 7/07/2010 10:33:00 AM
Assalamualaikum…
Tinggal kurang seminggu sahaja lagi…
Sekejap sungguh praktikal rasanya…
Tapi tak pe bukan lama atau sekejap yang menjadi ukuran,
Yang penting apa yang kita dapat dari sesuatu yang kita lakukan..
Serasa penat jugaklah praktikal ni…tapi syukur Alhamdulillah apa yang aku ingin dan harapkan dapat dicapai walaupun bukanlah sepenuhnya…
Tapi sekurang-kurangnya itu usaha ku…
Maka sudah tentu itu juga menjadi imbalannya…
Syukur ke hadrat-Nya yang memberi aku ruang nafas hingga ke hari ini…
Perjalanan hidup terlalu jauh lagi…(Jika masih panjang usia ku…)
Ku harapkan agar tempoh waktu yang di berikan-Nya ini dapatku manfaatkan sebaiknya…
Sebagai membalas jasa kedua orang tua ku yang selama ini telah berpenat lelah mendidik danberusaha untuk menghantarku hingga ke menara gading.
Sebagaimana adik Nik Nur Madihah berdoa yang pernah ku baca dalam koleksi cerita kejayaannya lewat beberapa tahun lalu..
Kini aku juga ingin berdoa kepada-Mu Ya Rabb sedemikian rupa…
Dan sesungguhnya, ku titipkan jua doa ini kepada semua anak murid ku (2 Firdaus) yang sempat ku didik sementelah di Sekolah Agama Menengah Sungai Haji Dorani.
Ya Allah….
“Aku hanya mahu bermanja dengan-Mu Tuhan, tiada
sesiapa yang dapat memahami diriku kecuali Engkau, ya Allah. Jika keadaan ini adalah baik bagiku yang aku
sendiri tidak mengetahuinya, maka kepada Engkaulah
aku menyerahkan seluruh umurku. Cuma, teruslah Engkau menghidupkan
pelita hatiku agar aku tidak malap memikul tanggungjawabku terhadap
keluarga, guru-guru dan teman-teman serta pengajianku”
Amiiin…
Untuk Murid-murid1 Darussalam, 2 Naim dan 4 Naim sempat ku titipkan kata peransang ini sebagai penguat semangat mereka menempuh masa hadapan yang serba mencabar…Moga kalian dalam restu dan lindungan-Nya.
“Hidup tanpa cabaran & dugaan ibarat hidup tanpa warna.
Hidup dalam satu warna yang sama..
selamanya kita tidak akan merasai keindahan & kemanisan hidup serta tahap kematangan kita. Hidup, cabaran dan dugaan ibarat isi dan kuku..."
Akhir kalam, terima kasih kepada semua warga SAMSHD yang sudi menerima kehadiran kami guru pelatih dari UM dan UKM..
Kekadang ada yang menilai diri ini sombong dan kurang mesra.. biasanya dipertemuan pertama atau hanya dilihat dari jauh...
tapi hakikatnya aku ni jenis yang banyak cakap gak..hehe
Caranya: 1. buka start 2. tekan: control panel 3. tekan: clock, language and region 4. tekan: regional and language option 5. tekan: change keyboards and
languages 6. tekan: change keyboards. 7. tukar arabic (saudi arabia) dan
tekan 'ok' 8. pastu perati kat taskbar, kat bawah
sekali sebelah kanan,
satu line ngan 'Start'
ade tulisan EN (EN tu untuk English),
tekan kat EN tu dan
tukar AR (AR untuk bahasa arab) 9. langkah terakhir, tampalkan pelekat