Kahwin Koboi

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Tuesday, January 25, 2011 at 1/25/2011 12:07:00 PM


Qid: “Tikah, macamana kak wani akad tadi? Berapa kali lafaz? …”

Beberapa ketika setelah selesai semua majlis ringkas akad nikahku yang diawalkan kepada 22 Januari 2011 lepas… Gara-gara mendapat panggilan posting mendidik di Sabah yang ‘terchenta’.

Aku yang menerima panggilan tersebut rasanya tidaklah sekalut mereka yang berada dikelilingku...


Diari Pernikahan Koboiku:

(Adiiku yang beri nama…haha)



Jumaat : Mendapat surat dari Kementerian Pelajaran Malaysia..

Reaksi : Hampir melompat kegembiraan… (sebelum mendapat tau yang aku dapat

sabah la…haha


Sabtu : Berita tersebar ke seantero sahabat2 terutama sahabat seperjuangan..

Keluarga pihak lelaki agak kalut memikirkan aku akan berlepas ke sabah

meninggalkan suami yang baru dinikahi selang sehari dari jadual asal

tarikh pernikahanku (4 Feb 2011)..huhu

Reaksi : Masih berkira-kira sama ada perlu membuat penangguhan posting atau tidak

kerana tarikh dijadualkan lapor diri 7 Feb; Isnin… manakala berlepas ke sana

8 Feb; Selasa.

Sedangkan aku baru mendirikan rumahtangga 2 hari sebelumnya dan kenduri

sebelah pihak perempuan selesai 5 Feb..

Yang lebih memeningkan aku tak sempat menghadiri kenduri menyambut

menantu 13 Feb depannya…huhu


Ahad : Mendapat panggilan bakal ibu mertua meminta kami sebelah perempuan membuat

pertimbangan terhadap permintaa mereka untuk menyatukan kami kedua pasangan

lebih awal dari tarikh yang dijadualkan..sebolehnya secepat mungkin iaitu

minggu tersebut juga…

Reaksi : Aku?? Terkedu plus mamai…huhu (sebab dapat panggilan pagi-pagi buta)

Macamana ni?

Serabut…

Benda banyak tak settle lagi ni..Adusyh…

Baru je poning2 lalat dapat sabah..KENA NIKAH AWAL LAK.. huhu

Mak ayah asalnya tak berapa setuju dengan permintaan tersebut, namun setelah difikirkan ‘kerelevanannya’… Ayah pun cuba gak usaha untuk mendapatkan tarikh pernikahan yang lebih awal.


Isnin : Menguruskan borang-borang posting..

Then, ke pejabat agama.. Jumpa tok kadi nak ubah tarikh akad nikah…

Balik rumah memulakan operasi mengemas apa yang patut untuk akad

nikah koboi ku ..huhu

Reaksi : Kepenatan tahap karma…


Sabtu : HARI KEJADIAN... 22 JANUARI 2011

Kepenatan bergandaaaaaa…

Mengemas mana yang sempat… Make up…

Tup2 kak long masuk bilik pengantin cakap kat kami………..SAH!!!!!!

Reaksi : Apa yang SAH? Biul sekejap

Dah sah la aku bergelar isteri kepada Wan Mohd Zaid Wan Osman…

Mak panggil keluar duduk berdekatan ‘suamiku yang tersayang’ untuk

mendengar lafaz ta’liq..

Alamak tak sempat bedebar den… dah SAH rupanya..

Sampaikan abah suamiku cakap senangnya awak nikah…

Tak de tanya apa-apa…Duduk je pengantin lelaki, tok kadi terus kalut

nak nikahkan cepat…

Isi borang sema lepas sah..haha..

Tak sempat aku nak dengar sendiri lafaz akad yang suamiku ucapkan …


Tikah : “Rugi ko tak datang Qid tengok kak lang aku kahwin koboi… sekali lafaz je!

Memang ekspress…

Tau tau selesai dah semua… Tok kadi tak tanya

apa-apa pun..

Duduk terus akad je! Settle…”

Qid : “ La ye ke..rugi aku tak dapat datang…hehe”



Alhamdulillah…

Kenangan yang tak dapat kami lupakan….

Bukan keputusan akad itu sahaja yang dibuat dengan begitu drastic plus ekpress!..

Malah akad kami juga tup tup SAHHHHHH! Memang betul betul koboi…

Ayahku cakap… mujur tok kadi tu nak cepat sebab dia tak berapa sihat…

Kalo tak mahu berpeluh wan tu (suamiku)

Hahahaha..rezeki Allah kepada kami..

Setelah melalui segala kesukaran…

Alhamdulillah ‘akad tersebut’ dilafazkan dengan amat mudah… Syukur ya Rabb!



P/s : Maaf kepada sahabat2 yang tidak dijemput ke majlis akad nikahku..

kerana memang tiada jemputan umum…

Hanya dihadiri saudara mara terdekat, dan beberapa rakan2 ku dari UM..

Yang lain2 jemput hadir 5 Feb nanti ea….

JEMPUTAN KE WALIMAH WANI & WAN 5 FEB 2011

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Wednesday, January 12, 2011 at 1/12/2011 02:52:00 PM

Tahniah KAK LONG

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Tuesday, January 4, 2011 at 1/04/2011 07:12:00 PM


Tahniah buat Kak Long Najwa
Atas kejayaan 5A dalam UPSR lepas...

Tahniah juga atas kejayaan dapat SBP, MRSM Besut n SM imtiaz...
Buatlah pilihan terbaik...
Mudah2an kak long dapat merealisasikan impian mak ayah yang nak kak long jadi seorang hafizah...
Tahniah sekali lagi...
Chaiyok2x

Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)