Kerja Oh Kerja...

Posted by HASNORWANI ... | Labels: , | Posted On Thursday, June 30, 2011 at 6/30/2011 10:24:00 PM

Tip motivasi: Dalam teori motivasi, kerja yang kita jalankan adalah sumber dorongan 

mengapa kita mahu mengerjakannya dengan bersungguh2. 

Memang ada kerja yang kita suka buat, 

manakala ada kerja yang kita tidak suka buat. Kerja2 yang mempunyai nilai motivasi 

kerja adalah kerja yang kita mempunyai kuasa menentukan bagaimana kita 

akan menjalankan kerja itu. 

Sumber : SINI

*****************************************************


Hari ni , berita agak suam-suam kuku
Tadi minta cuti ... CRK

CRK tu apa?
Cerek ke?
atau Ceruk?
atau Carak?
huhu

CRK tu Cuti Rehat Khas la...hehe

Pengetua seperti berat hati nak luluskan..
Apa la ke payah sangat nak mintak cuti ni...
Saya minta cuti je, bukan minta berenti atau lari...
Adoiiii...

Saya mahu pulang jumpa suami saja...
Bukan mau kahwin lari bha...
Aduh sedih betul,

Tolongla faham..
Saya hidup di sini penuh perjuangan,
perjuangan hati
Terkadang pernah rasa malas sangat nak g kerja!
Kalau ikut hati yang kesunyian sendiri di sini mahu saja saya melarikan diri pulang ke Semenanjung...

Cubalah fahami,
Kami yang PJJ ni...
Sebulan sekali pun susah nak jumpa!
Huhu

PJJ tu apa lak?

PK la sendiri...

** Entry meluah perasaan lak...sedikit grrrrrrrrrr.....
Ini pertama kali minta cuti tau! huhu
Rindunyaaaaaaa....orang jauh.

Cikgu Tak Seperti Dulu

Posted by HASNORWANI ... | Labels: | Posted On Tuesday, June 28, 2011 at 6/28/2011 08:23:00 PM

"Dulu selalu meremehkan kerja GURU konon mudah dan banyak kelebihan...sekarang baru 
rasa apa itu kerja GURU...buat penyakit darah tinggi ja!!!!"


Ini kata-kata seorang pendidik baru...
Mengenai sebuah realiti...
Tidak lagi bermimpi..
Menjejak... mengimpi...
Terus berusaha memahat strategi,
Anak bangsaku perlu ''menjadi"!!


Lihat, ramai yang hendak jadi cikgu sekarang..
Atas pelbagai alasan...
Ada yang memang berjiwa pendidik..ingin melihat anak bangsa berjaya sehebat dirinya, malah lebih lagi.


Namun, tak kurang juga menjadikan profession ini pilihan terakhir setelah lelah mencari kerja 
layaknya ijazah yang digenggam!


Cikgu tak lagi seperti dulu..
Perginya seawal pagi, 
Pulangnya tengahari.. 
Rehatnya panjang berhari-hari...


Cuti sekolah dinanti-nanti,
Hidupnya riang tidak terperi,
Kerjanya sedikit, lapangnya lama berehat diri...


Cikgu sekarang tak seperti dahulu,
Cutinya terisi tuisyen dan beban,
Menanda kertas, buku, merancang transformasi,
Cuti panjang tinggal separuh cuma,
Bukan merungut... itulah realiti...


Bersedia sebaiknya apabila anda benar memilih profession ini.
Jangan kelak memakan diri,
Hanya menunggu saat-saat gaji,
Ikhlas dihati hilang dibimbangi,
Anak didik tak lagi menyenangi,
Cikgu sendiri, sepi mahabbah diri,
Yang tinggal rungut, jerit pekik,
Lelah setelah memilih sendiri...


Kerana cikgu kini tak lagi seperti dulu!

Trip ke Kota Kinabalu sebelum Ramadhan.. Hanya RM79!

Posted by HASNORWANI ... | Labels: | Posted On at 6/28/2011 06:08:00 AM




Wow, lepas beli tiket raya..
Aku meluangkan lagi duit ringgit tu pada MAS plak..
Baik tak? huhu

Sebab nak cepat sampai ku gagahi jua membeli tiket sehala RM79 tu..
Niat asal nak membeli belah di KK yang dengarnya macam lagi seronok dari Sandakan ni bersama kawan-kawan...
Tapi... ada pula yang mahu ikut..adoyai...
Sapa tu? nyibuk je kan..hehe
Gurau je...
v
v
v
v
v
v

KITA : "Assalamualaikum DIA,  ....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................

(titik yang agak panjang menggambarkan perbualan telefon yang agak lama..hehehe)
"DIA DIA, KITA nak mintak izin ni? baikkan?!hehe

DIA    : Apa?

KITA : KITA nak g KK dengan kawan-kawan..jalan-jalan sebelum puasa ni..boleh tak?

DIA    : Boleh, beli tiket DIA sekali, nanti kita bolehlah honey moon kat KK lak..hehe (ayat sebenar tidak begini..rekaan semata-mata..hehe)

KITA : Iyer! Jumpa kat KK la kita sebelum puasa ni erk..

DIA    : Tapi DIA nak ikut KITA balek Sandakan , nak puasa sama 2-3 ari.. Baru lek    KL semula...

KITA : Wah! seronok seronok, seronok!!!!!



Terus usha semua tiket yang murah plus bersesuaian...
Alkesahnya KITA naik MAS...~lalalalala~
DIA naik FIREFLY je...Sorry........ MAS terlalu mahalla untuk DIA...hehe

Tapi pulang. naik bas ya! (Bersama DIA , ngeh ngeh) agak menakutkan perjalanan 6 jam nya..ramai yang nasihat sedia ubat tahan muntah siap..erkkkkkk... Perjalanan 6 jamnya tak sama seperti 6 jam di Tanah Semenanjung



** Cuma yang ditakuti..niat asal mahu bertrip bersama kawan-kawan tidak menjadi…huhu..dibimbangi akhirnya hanya KITA bertrip bersama DIA saja..~lalalalala~


Jangan marah ye kawan-kawan..Kita ISTERI TAAT.

Tak pe la..janji jadi TRIP ke KK tu! Hehe..
Sapa mau join… boleh tempah tiket paling murah RM0.10@ seposen ...erkkkkk.....
Dalam Ramadhan…ada ke patut ..sapa mau berlibur di kala kepenatan itu..Owh tidakkkkkkkkkkkk!




NOTA KAKITANGAN : KITA : saya lah tu..hehe ; DIA : my hubby

UNGGUN BERSIH

Posted by HASNORWANI ... | Labels: | Posted On at 6/28/2011 05:09:00 AM

Antara terharu, kagum dan sayu
Tiba-tiba aku melihat engkau bukan lagi memegang sebatang pena
Lalu kini di tanganmu
Adalah sebilah pedang tajam
siap untuk mencincang kejahilan manusiawi
Dan kebobrokan sistem
Oleh segelintir manusia mabuk mempertahan kuasa
Kuasa yang kini dalam proses pereputan………….

ZHARULNIZAM SHAH Z.A
2.07 PAGI
Sunyi pagi Putrajaya. 

Nota: Tulisan ini tidak bertujuan atau mempunyai justifikasi untuk menghasut………………

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
...sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, 6.11. A. SAMAD SAID
Baca lanjut SINI

JIKA HIDUP TIDAK PERNAH ...

Posted by HASNORWANI ... | Labels: , | Posted On Thursday, June 23, 2011 at 6/23/2011 05:09:00 AM


Jika hidup tidak pernah merasakan kesusahan, manakan hati tahu menilai kesenangan,
Jika jidup tidak pernah melalui kepahitan, manakan jiwa tahu membeza kemanisan,
Jika hidup tidak pernah diulit kesulitan, manakan naluri tahu menilai kemudahan,


Jika hidup tidak pernah ditimpa kesempitan, manakah diri tahu erti kelapangan,
Jika hidup tidak pernah menitis air mata, manakan pandangan itu tahu melihat kegembiraan,
Jika hidup tidak pernah gelisah kesakitan, manakan tubuh mengenal erti kesihatan.


Pernah dulu seseorang bercerita kosong :
"Jika seseorang itu tidak pernah memandu kereta buruk, manakan dia tahu membeza bagusnya kereta baru"

Aku menambah :
"Jika seseorang itu tidak pernah menggunakan kerusi buruk. manakan dia tahu nikmatnya sofa empuk"

Aku tak sudah lagi menambah :
"Jika hidup tidak pernah resah berjauhan, manakan naluri berasa indah saat berdekatan!"
(Owh, sungguh sweet kan)



Gambar tak berkaitan... ye ker?

SUDAH BELI TIKET RAYA...ALHAMDULILLAH..

Posted by HASNORWANI ... | Labels: | Posted On Saturday, June 18, 2011 at 6/18/2011 08:22:00 PM


Kamu, kamu dan kamu sudah beli tiket raya kah?
Semangat betol kamu ni (diri sendiri) beli tiket raya, puasa pun belum..huhu

Eh, duk diperantauan yang kena naik belon ini sememangnya kena beli awal, kalo tak sedia lah harga tiket melambung hampir seribu..
Owh, tidak sanggup melihat duitku yang begitu berharga itu melayang ke firefly mahupun airasia begitu sahaja..
(Menciiiiiiikkkkkkkkkk kat MAS yang akan menamatkan perkhidmatannya mengambil orang Sandakan ke KL selepas meletakkan firefly di sini..Kesian kami..huhuhu)

Ini pun sudah terlambat sebenarnya membeli tiket,
Nak buat macamana, wang harus diagih ke segenap urusan menyebabkan kekangan membelinya pada masa yang lebih murah tempoh hari.

Di sini, sungguh seperti kebudak-budakan
Baru je pulang dari tanah Semenanjung, terus merancang pulang lagi..hehe
Nak buat macamana, tanggungjawab kasih dan sayang ada tertinggal di sana..
Mahu tidak mahu ...kepulanganku sungguh dinanti..

** Ada ke patut kasih dan sayang di Tanah Semenanjung mencadangkan kami beraya di Sandakan sahaja tahun ini..Oho tidak sanggup rasanya...
Akan ku berjuang semahunya mendapatkan tiket pulang walau apa cara sekali pun..Alhamdulillah sudah berjaya!
Jangan berangan mahu makan ketupat , lemang dan rendang Sandakan dipagi raya tahun ini ya 'kasih dan sayang' yang sungguh suci hatinya mahu ke mari pula... Tunggu saja kepulanganku di sana...

~lalalalalala~

Raya ni naik belon ni pula

Aku jatuh Cinta lagi

Posted by HASNORWANI ... | Labels: | Posted On at 6/18/2011 08:30:00 AM



" Tapi, aku tak pernah lupa kepada bunyi decit kereta buruk cikgu Siti. Aku tak pernah lupa pada bau hanyir muntah yang kulambak di atas pakaiannya. Aku tak pernah lupa dakapan erat cikgu menenangkan aku ketika aku menangis teringat arwah ibu semasa mendapat keputusan UPSR 4A ketika itu. "

Suara Arifin tertahan-tahan. Sesekali ada juga basah kelopak matanya. Ujarnya lagi….
"Andai suatu hari nanti jika kita bertemu lagi, cikgu…. Akan kulafaz terima kasih sebesar dunia. "

Saya tidak dapat menahan air mata mengenang besarnya pengorbanan seorang guru biasa bernama Cikgu Siti Nazura. Demikian pengaruh beliau kepada anak didiknya.

* Saya kini seorang jurutera kanan sebuah syarikat binaan terkemuka di Selangor. Terima kasih, cikgu!



Baca Penuh : Cikgu Siti

Gambar SINI


Tersentuh.. itulah yang aku rasa saat membaca cerita itu..
Pertama kali masuk ke blog yang tersimpan cerita ini setelah terjumpa link tentangnya suatu ketika dulu..
Lama sudah..

Pagi ini, setelah tinggal bersendiri, aku mengorek lagi sejuta rahsia dalam blog istimewa itu..
Saat ku jumpa,ku baca ceriteranya, kemudian berganjak pula ke ceritera lain di dalam ruang sederhana blog hebatnya...
AKU JATUH CINTA!
Sungguh aku dilamun cinta...
Hebat bukan dia?!

(Matila laki aku marah dikejauhan itu...hehe)

Jatuh cinta pada penulisannyala abg!






**Mampukah aku menjadi sehebat cikgu Siti?!


Blog Hebat itu Cikgu Jimi




SEHEBAT DIA

Posted by HASNORWANI ... | Labels: | Posted On Thursday, June 16, 2011 at 6/16/2011 08:24:00 PM



"Menurut kalender jawa, saya dilahirkan pd mlm jumaat keliwon. Pak Bugel seorg senior di kg kelahiran saya menyatakan 'iki gelem jadi kiyai' (ini boleh jadi kiyai). Atas semangat itu ayah menamakan saya Azhar sempena nama universiti Islam terkemuka dunia. Subconscious mind ayah itulah yg terus mndorong saya kesekolah agama walaupun pernah saya menentangnya. Terima kasih ayahanda. Selamat Hari Bapa."


"Terima kasih kepada Bapa yang menghantar saya ke Maahad Hamidiah, Kolej Islam Kelang, Nilam Puri dan Morocco. Kesemua institusi ini adalah alma mater saya yang sangat hebat. Selamat Hari Bapa"


"Apabila berkeinginan yang real utk belajar bahasa Arab sudah bersemi pada diri pelajar, maka separuh dari tugas guru telah dianggap selesai"


"Sesiapa yang menguasai Bahasa Arab sangat mudah untuk mengajar semua cabang ilmu agama"




"Meyakini sebuah kebenaran memerlukan waktu lebih lama daripada waktu untuk mengetahuinya."

"Pengetahuan hanya boleh berubah menjadi energi kalau ia berkembang menjadi keyakinan."





Kenapa saya petik semua di atas... Kat atas tu semuanya bukan kata-kata saya ye..
Itu kata-kata hebat dari seorang yang HEBAT!

Siapa dia? Dialah pendidik kami sewaktu di UM dulu...
Bukan sekadar mengajar tapi menanam nilai dalam diri!

Sungguh bertuah dapat menjadi anak didiknya
Seorang yang low profile... Tapi jiwanya hebat sehebat ilmu di dada yang disampai!

Dari dia ... saya bertambah cinta kepada Bahasa Arab...

Teringin sangat nak dapat ajar Bahasa Arab

Tuan tanah : Ujian di sini tak dapat ajar Bahasa Arab ... Mungkin aku belum layak!

Kupasan lanjutan : Isteri @ Pelacur

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Tuesday, June 14, 2011 at 6/14/2011 07:54:00 PM


Semalam ada terbaca dalam sebuah blog berkenaan isu " Isteri yang perlu melayan suaminya setaraf layanan pelacur".... Auuuu, perlu sampai macam tu ke?

Ramai yang agak melenting, tapi saya cuba cool seboleh mungkin,
Memanglah istilah itu agak ganas dan kurang sopan
Gelaran ISTERI ITU CUKUP MULIA...
Cuma saya belajar didik minda menjadi orang yang positif
Yang agak negatif tu, tolak tepi sekejap
Renung-renung dan fikir-fikir sejenak

Hinggalah terjumpa entri INI dalam blog Cik Ika ...
Saya sangat bersetuju dengan kupasan yang di bawa DIA
Jom cuba baca!

TANAH SEMENANJUNG YANG DISAYANGI

Posted by HASNORWANI ... | Labels: | Posted On Sunday, June 12, 2011 at 6/12/2011 12:32:00 PM


Masa pulang kian hampir
Masa bersama kian singkat
Masa bersendiri kian dekat
Masa bergembira kian cepat
Masanya bakal tiba
Kepulangan ke tempat sepatutnya
Meninggalkan mereka di tanah semenanjung
Hidup sunyi semula tanpa yang tersayang
Owh sungguh syahdu sajak ini...



Huhuhuhuhuhu... mencebik sudah (Saya sudah pandai cakap sabah bha)..hehuhehu



Selamat Kembali ke Sabah ! Chaiyok!!! (Baca doa kuat semangat untuk diri sendiri)
Kenapa la setiap kali makin sampai saat perpisahan,
Mesti kesedihan menjenguk sama
Pasti kesayuan mencuit jiwa

Yela sapa pula yang akan bergembira pada saat perpisahan
Walau perpisahan itu sementara cuma
Masih ada detik waktu kita bertemu semula
Namun, hati tetap degil mahu bersedih-sedih
Bukanlah menangis,
Cuma sayu terasa...


Inilah pemandangan harian sepanjang 3 bulan di Sabah!
Owh sabah yang terchenta



p/s : Mood sedih mahu pulang ke pangkal jalan..hehehe
Jaga diri baik-baik ya mereka di Tanah Semenanjung...
Harap ada rezeki dipanjangkan usia dan ruang untuk kita bertemu lagi!

BANGKU KOSONG AJAK JOIN BERTUKAR-TUKAR LINK UNTUK LEPAK DI B.K

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Saturday, June 11, 2011 at 6/11/2011 09:08:00 AM


Salam pagi Sabtu!
Indahnya dapat berada dikampung kedua (sebab sekarang dah ada dua kampung)...
Udara nyaman ,
Tenteramnya jiwa sebelum berangkat pulang ke tempat yang jauh...
Bersendirian semula meniti hari-hari yang sedikit sunyi (Agak sadis ayat ini)
Abaikan!


Owh selalunya rajin blogwalking je...
Pagi ni kali kedua menyertai segmen yang diadakan blogger lain...
Rajin le pulak...huhu


Blog BANGKU KOSONG ni memang rasanya hampir setiap hari aku akan jenguk..
Sebab?
Sebabnya dia rajin update blog..hehehe..
Hari-hari update kan dan of course la aku akan klik bile keluar kat dashbord tu entri-entri baru dia...(Hanya blog terpilih saja yang rajin diklik...hehe)


Blog Bangku Kosong ni boleh dikira berinformasi la juga,
ada juga nasihat-menasihati... dalam bentuk yang dilihat agak baik...
Boleh diterima pembaca-pembacanya... Kalau tak takkanlah ramai sekali yang 'mengomen' setiap kali entri terbarunya dibuatkan.


Eh,rasanya macam dah jadi karangan Bahasa Melayu lak...
huhu...


Sebenarnya Bangku Kosong ni ajak Tukar Link untuk Lepak di Bangku Kosong...


So, sesiapa yang berminat nak join... Silakanlah ke SINI ea...

Dengan ini, saya yang menurut perintah.... hehe (sebab Bangku Kosong suruh jemput orang gak kan)
Jadi, saya dengan segala hormatnya menjemput Cik @ Bakal Puan Siti Zulaika dan
Rafazila @ Rafaz untuk menyertai segmen ini... hehehe...
Segmen ke ni? Boleh la labu...huhu


P/s: Cuti sekolah sudah mau habis...
Detik-detik akhir di Tanah Semenanjung...
Sungguh Mengharukan...

Dan juga maaf bagi yang tak boleh 'mengomen' kat blog ni..tak tau la kenapa..
Mungkin masalah template rasanya..
Tapi tak de masa nak tukar template lagi...huhu..
Ada ke orang nak komen...erkkkkkkkkkkkkkkk.....


PTPTN lagi.... **UJRAH**

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Friday, June 10, 2011 at 6/10/2011 02:32:00 PM


"Lang macamana nak wat pengurangan charge ptptn tuh?

Adoi..dulu dah wat kan tok adik ni, tapi tak berjaya lak.. try la lagi sendiri erk.. hehe

*Kak Lang tak payah buat sebab dapat pengecualian pembayaran balik PTPTN tu..hehehe



K, sesiapa yang nak buat pengurangan charge ptptn dibawah sistem ujrah nya tu... boleh la rujuk entri entri di sini..rasanya agak membantu dalam memahamkan kita berkaitan sistem baru yang diperkenalkan PTPTN ini...



Dan yang ini membantu kita tentang cara untuk membuat permohonan tersebut:-


Yang ni SOAL JAWAB BERKENAAN PTPTN: UJRAH ..di jawab oleh PTPTN...




SELINGAN : SOAL JAWAB bagi yang berminat untuk memohon PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN ....



** Harap berjaya dengan permohonan anda!
** Bagi yang masih belajar dan menggunakan pinjaman PTPTN, ada baiknya cuba berusaha untuk buat yang terbaik, mana tau rezeki anda untuk dapat IJAZAH KELAS PERTAMA !
dan yang best nya tak perlu bayar semula pinjaman yang berpuluh ribu tu kan..keh keh...

HIDUP DENGAN BELENGGU HUTANG SUNGGUH TIDAK SERONOKKAN..Moga semua dipermudahkan urusan dengan PTPTN ni..memang agak banyak karenah...

Tak pe la..usaha ea... "USAHA TANGGA KEJAYAAN!"


Nampak cam dah lapok plus boring je kan kata-kata semangat tu... usaha tangga kejayaan?
Eh itu lah yang saya pegang dari dulu... Alhamdulillah..selesai belajar... TAK PERLU BAYAR HUTANG PTPTN.. yeah yeah yeah! hehehehe

ROMANTIK KE NAIK MOTOR BERDUA DALAM HUJAN!?

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Wednesday, June 8, 2011 at 6/08/2011 06:14:00 PM



Naik motor di tengah kota raya Kuala Lumpur ni sememangnya amatlah bagus bagi menggelakkan dari tersekat dan menyekat dalam kesesakan lalu lintas yang boleh menjadikan jarak perjalanan yang sejengkal cuma menjadi berjam-jam lamanya...
Tak patut membuang masa kan...


Tapi bila ada yang mengusik :

"Apala.. ada kereta naik motor... kan dah kena hujan"

Sorang lak menyampuk :

"Tak pela, romantik sikit naik motor berdua ni" sambil gelak sikit jahat*


Haisyyhhhhh... malu r..jangan la mengusik begitu di depan beta!



Minggu ni last berdua camni..cuti sudah mau habis bah....
Kena pulang sudah..tinggalkan yang *sayang-sayang* di sini...
***Sedih lagi***

Ada ke patut, dulu seseorang pernah tanya : "Tak sedih ke kena tinggal?"
Haip..apa ke jenis soalan tu? mesti la sedih...nangis dah pun...segagah beta..menangis gak rupanya..huhuhu


Tapi sekarang dah makin kuat...
Kita tak nangis lagi...

Berjauhan mengajar erti rindu-windu bak kata Cik eh, bakal Puan Ika..hehe




Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.


KERANA ...


Kejayaan adalah satu perjalanan bukannya satu destinasi!


Ya! kejayaan dalam menempuh perjalanan alam rumahtangga kami!



Dan tambahan ..saya suka entri INI...

Sila pergi berjalan membaca, merenung ... terjumpa masa mengoogle mencari gambar untuk entri ni...



Sumber gambar : google mengoogle..hehe

ENTRY KE 200

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Saturday, June 4, 2011 at 6/04/2011 01:03:00 PM



Mencukupkan entry ke 200 hari ni..hehehe


Hayati dan fahami erk...

*gambar chantek ni amik dari sini


Terjumpa ayat ni kat sini masa blogwalking tadi...



"Al Khawarizmi,seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik ;
Dia menjawab :

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik ; tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada...maka...tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"

kata-kata ini dipetik dari page:
yang bertarikh
20 mei 2011



Selamat Pengantin Baru buat sahabat Hidayah n pasangannya Aiman,
dan Ida bersama Wan Nor Hafiz...

Selamat Bercinta Hingga Ke Syurga!
Maaflah tidak dapat hadir ..huhu

FIRDAUS : Seminggu 100 Followers

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 6/04/2011 09:30:00 AM


Uiks ak tak pernah join memana segmen ...
Memang rajin blogwalking..Belum pernah dalam hidup join segmen...
Yuhuhuhu..
Saje mengada di pagi sabtu...

Mood sedih sebab tak dapat p kenduri kahwen kawan...huhuhu

Klik sini sapa yang nak join okeh!

Tambahan ngada-ngada walaupun tak ditanya:
Hehe

Kenapa ak join erk..
Mungkin sebab teringat kat mak...huhu
Nak balik kampunggggg...

Eh, apa kaitannya?
Ish ish budak ni...senget agaknya pepagi ni mengarut...

Eh, Betulllll rindu kat mak...
Teringat..mak suka sangat ngan nama FIRDAUS ni.. sampai dikhabarkan..eceh ceh...
Mak dah prepare nama Firdaus kalo ak ni dilahirkan sebagai lelaki...
Tapi alkesahnya, anak mak semua perempuan..hikhik...

Dan ada kesah lain tentang nama "Firdaus"....>>>>Tak leh Citer sini..hehe
Salam pagi Sabtu!

PADERI TAKUT JAWAB SOALAN MELAYU MUSLIM

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Friday, June 3, 2011 at 6/03/2011 07:24:00 PM


Keajaiban berlaku...
Allah yang Maha Tahu...
Merencana setiap sesuatu...
Hingga menyebab semua ...terkedu!



Inilah dia kunci syurga!
Masyaallah... Maha Hebat Dia!

La ilaha illaallah
Muhammadar-rasulullah!

"WANI tu CANTIKlah!"

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 6/03/2011 06:14:00 PM



eceh ceh...perahsan jap! erkkkkk....

Tajuk sebenarnya ni ha : "Wanita itu cantik" hehehehe....

Dari simpanan email lama...

"Slmt membaca sambil bercuti!" kata budak spek mata besau bawah ni.



Hargailah diri kita sebagai wanita...kerana sesungguhnya wanita itu memang dijadikan cantik..



Allah berfirman:

"Ketika saya menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. saya membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan".

"saya memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"saya memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"saya memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"saya memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"saya memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya. saya memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yang anda kenali....

Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah.......>>>>>wanita!

Setiap Wanita itu Cantik...

Nota: oleh itu..hargailah..pengorbanan..seorang wanita..;)

PULANGLAH KE RUMAH, & SAYANGI KELUARGA ANDA!

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Thursday, June 2, 2011 at 6/02/2011 02:42:00 PM


Semenjak di Semenanjung ni tak de idea pula nak update blog..
Badan rasa tak berapa sihat...
Kejap sejuk kejap rasa macam nak demam..
Tah la..dah lama tak demam..huhu

Cuti sekolah...
Sapa yang paling suka?
Mestilah budak-budak sekolah!
Eh, tak ketinggalan juga cikgu-cikgu sekolah... hehehe
Walaupun masing-masing ada tugas semasa cuti, tapi yang penting CUTI! (Boleh pulang ke rumah bersama yang sayang-sayang..hehe)

Cuti ni kena bawa balik paper exam anak murid sebab tak sempat tanda di sana..
Tapi tak pe, janji boleh balik semenanjung, bawak kerja pun tak pe...

Cuma sehingga ke hari ini kertas-kertas tu masih elok duduk diam di dalam beg khas tu..
Tak keluar lagi plus tak berusik pun lagi...
Huhu, sebenarnya tak suka buat kerja time kepala dah set nak cuti..
Pandang jela kertas tu..
Harap dapat disiapkan sebelum cuti berakhir... Aminnnn


Tak de apa yang nak ditulis jadi ter'mengarut' jela kat sini...

Em... ada blog yang menakutkan sebenarnya..
Telah tersebar seantero facebook..
Siap ada fanpage lagi..

Apa yang gempak sangat blog tu?
Follower berjuta -juta ker?
Entri power?

Oh, no!
Penulisnya masih budak sekolah! .....>>>>> tu tak de masalah..
Yang masalahnya....>>> pengakuan berani matinya yang dia telah tiada Dara!
Tapi ada satu penyimpangan kefahaman di situ!
yang dia kata bahawa dia masih ada maruah diri kerana berani membuat pengakuan berani begitu!

Aduh! sayang..kenapa tak sayang diri adik..
Apa yang adik buat tu dah menyebabkan maruah diri adik hilang, musnah!
Masih sempat lagi bertaubat dik.
Jangan sesekali setelah kita melakukan kesalahan , kita berbangga - bangga dengan kesalahan yang telah kita lakukan itu...

Ingat Allah dik..masih ada ruang lagi...
Adik masih muda...
Pulanglah ke pangkal jalan...

Kasihan sebenarnya, pastilah mereka yang sebegini kebiasaanya mereka yang kaya wang ringgit mungkin,
Namun miskin kasih sayang hingga terpaksa menagih dari insan yang salah!

Wahai ibu bapa sekalian,
Lihatlah anak-anak anda... mereka bukan sahaja anugerah Allah..
Malah AMANAH yang perlu dididik , disayangi, di beri perhatian bukan sahaja dari sudut material...
Malah kasih sayang dan didikan agama itu yang lebih utama!
Kerana itulah yang akan menjadi bekalan dan benteng ampuh anak-anak mendepani segala macam dugaan hidup!

Kata-kata Mother Terresa kalau tak silap " Pulanglah ke rumah, dan sayangi keluarga anda!"



Gambar cilok dari sini, setelah di search kat Mr. Google... harap dihalalkan

Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)