Joran; dengan Ikan... Mana satu yang kamu mahu?

Posted by HASNORWANI ... | Labels: , , , | Posted On Monday, July 25, 2011 at 7/25/2011 09:36:00 PM



Antara joran dengan ikan mana satukah yang kalian suka?


Tersebutlah kesah, Ahmad sedang memancing ikan,
Arakian, banyaklah akannya mendapat ikan besar-besar, segar, lagi menyelerakan.. 
(Goreng pun sodap..hehehe)


Tapi, tetiba datanglah seorang wanita cantik lagi mengiurkan (dari ikan yang telah ditangkap tu) meminta belas ihsan pemuda hensem itu barang seekor dua ikan ditangan buat santapan pengalas perut nan kelaparan @ agak kebuluran itu...


Makanya, dia berfikir-fikir sejenak...
(Macam ni lamanya...............................)


















































Ahmad pun, merasakan bahawa wanita cantik itu perlu dibantu..


"Kasihan sungguh dia...
Ermmm... ikan ni memang banyak...
Dia pun nampak sangat lapar tu..ermmmm...." ,monolongnya di dalam hati sendiri


"Tunggu sekejap ye , wahai wanita cantik" , kata Ahmad.




















Namun, bukan kepalang terkejutnya wanita cantik itu...
Bukan ikan yang diterimanya, 




Habis tu apa pula yang diberi Ahmad ni!
Ahmad ni pekak ke tersilap dengar..


Hei, perempuan cantik tu minta ikan la..
Aduh buat malu betul Ahmad ni...
Ada ke patut dia bagi perempuan cantik tu JORAN!
Alahai Ahmad...


Tahulah perempuan tu cantik, jangan la sampai memalukan diri sebegitu rupa..huhuhu








"Aku tidak tersilap wahai bidadari cantik", kata Ahmad setelah melihat kerut wajah wanita itu..




"Ambillah joran itu... 
Pasti ia amat bermanfaat buat mu...
Aku memang mempunyai koleksi joran yang banyak... 
Yang itu aku hadiahkan kepadamu...
Aku pulang dulu..."










Dalam maladeni sayu di hati atas sikap Ahmad sebentar tadi,
Wanita itu melangkah perlahan mendekati gigi sungai tidak jauh dari situ...
Duduk bersimpuh sambil menahan kelaparan, sesekali tersedu-sedu mengingatkan perlakuan lelaki sebentar tadi...




Sedar tak sedar, tiba-tiba JORAN yang diberi lelaki tadi tiba-tiba bergerak...
Seolah-olah direntap sesuatu..
Takut joran dihanyutkan air, wanita itu segera menariknya berhati-hati...






Bukan kepalang terkejut bercampur gembira yang tidak terhingga
IKAN PATIN rupanya...


Wah, boleh buat  IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK NI.. (alamak terliur sudahhhh)













Mulai hari itu, wanita itu tidak lagi meminta-minta ikan kepada sesiapa pun,
Dia gembira bersama joran pemberian lelaki tersebut...


Setiap hari, dia akan turun ke sungai memancing ikan bagi meneruskan hari-hari yang tidak lapar lagi..hehehe






P/s: Apabila ada yang meminta ikan kepada kita, berilah ia joran...
Agar esok, dia menjadi manusia yang HIDUP...
Tidak lagi meminta-minta... Malah boleh pula memberi!


Nampak sedikit kedekut plus tidak bereprikemanusiaan memperlakukan wanita cantik itu begitu..Namun, itulah pendidikan terbaik untuknya..


Agar esok dia tidak lagi berulang-ulang, meminta ikan ..
Jika semua pemberi ikan sudah mati...
Makanya, dia juga akan mati kebuluran kerana tidak pernah belajar cara mendapatkan ikan itu sendiri!


Kesimpulannya, didiklah anak anda atau sesiapa sahaja dengan cara yang betul agar mereka boleh HIDUP sendiri, berdikari apabila kita telah tiada nanti...


Ada faham? 
















TULISAN SENDIRI....













Comments:

There are 0 comments for Joran; dengan Ikan... Mana satu yang kamu mahu?

Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)