eg-tukar
Posted by HASNORWANI ... | Labels: eg-tukar, pindah | Posted On Sunday, April 1, 2012 at 4/01/2012 05:20:00 PM
Hari ni 1 April 2012
Semua guru-guru sibuk mengisi borang online eg-tukar
Tahun lepas sudah memohon tapi tidak berjaya ...huhu
Harap permohonan tahun ini kita semua BERJAYA!
Harapan setinggi langit ke tujuh agar permohonan kali ini dipertimbangkan selayaknya oleh pihak berwajib ...
Kami memohon bukanlah kerana suka-suka atau kerana tidak sukakan penempatan sekarang ...
Tidak sama sekali, di mana pun ditempatkan kami tetap seorang guru yang akan berusaha mendidik semampu mungkin.
Namun, kami juga mungkin seorang isteri, seorang ibu, seorang ketua keluarga, seorang anak yang ada tanggungjawab memberat atau apa saja ...
Tolonglah lihat, perhatikan kelayakan kami ...
Janganlah hanya kerana ketidakcukupan di sini atau kerana ketiadaan "kabel car" permohonan kami langsung tidak dipandang ...
Bagaimana institusi pendidikan ingin bergerak menuju ke arah yang lebih progresif
Jika warga pendidiknya seringkali tertekan dengan masalah dalam keluarga yang mendesak ...
Suami perlukan isteri mereka, begitu juga sebaliknya
Anak-anak lebih lagi perlukan perhatian kedua ibu bapanya
Bagaimana apabila semua ini dipisahkan
Pastinya kualiti kerja akan terganggu
Kerja itu suatu ibadah
Namun, institusi kekeluargaan yang sempurna lebih lagi perlu dilunaskan tanggungjawabnya
Izinkan kami merasai hidup berkeluarga selayaknya
Izinkan emosi kami stabil mendidik anak bangsa tanpa rasa gundah dengan keadaan anak dan suami sendiri yang jauh beribu batu
Moga tahun 2012 membawa sinar harapan yang cerah buat kami
Ya Allah bantu kami dalam permohonan kali ini
Tiada yang dapat membantu selain Engkau
Tuhan Yang Maha Kuasa
Tiada kekuasaan yang lebih hebat dari-Mu
Mudah-mudahan segala urusan kita dipermudahkan Allah
Perkenankanlah doa kami .... Amiin Ya Rabb