Penyusuan Susu Ibu Suatu Jihad.

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Friday, August 23, 2013 at 8/23/2013 08:57:00 PM


Hari ini, 21 ogos 2013.bersamaan 15 syawal. (Tarikh artikel ditulis)
Alhamdulillah, Wan Fatimah Zafeerah binti Wan Mohd Zaid, masih berjaya disusui mengikut sunnah.
Berjaya atau tidak masih panjang kayu ukurnya, kerana Fatimah masih ada berbaki lebih kurang 10 bulan setengah sebelum cukup usia sunnah dalam penyusuan.

Apa yang nak dikaitkan dengan jihad dalam penyusuan ini?
Jawapannya ada di bawah.

Saya tak mahu bercakap dalam kondisi ibu-ibu lain.
Saya cuba kongsikan pengalaman selama setahun sebulan setengah penyusuan ibu bekerja.
Syukur, saya seorang guru, keluar rumah antara jam 12.00 tengahari hingga jam 6.00 petang . Maka, stok bekalan susu Fatimah tidakla sebanyak bayi lain.

Tempoh 6 bulan ke bawah, dugaan bekalan susu perlu disediakan lebih banyak kerana dalam usia itu Fatimah belum makan makanan lain selain susu ibu. Saya akan pam susu sebelum tidur sekali atau 2 kali, selepas subuh, sebelum ke sekolah, di sekolah, pulang dari sekolah petang dan begitulah rutinnya setiap hari.

Kemudian, setelah Fatimah serasi dengan bubur nasi atau puree yang ummi bekalkan, maka keperluan stok susu berkurang. Namun, dugaan lain pula datang iaitu susu semakin merudum. Semakin dewasa dia semakin berkurang kuantiti susu yang dapat dipam.

Kadang- kadang putus asa datang juga. Tapi, tengok muka Fatimah, ummi tetap pam walaupun adakalanya dapat kurang dari 1 oz untuk 1 sesi . Kemudian, saya campurkan susu yang sedikit hingga menjadi 3 oz dalam sebotol untuk bekalan sekali minum Fatimah.

Dugaan datang lagi apabila peti ais rosak , tak dapat berfungsi selama seminggu pada awal Ramadan baru ini.
Buntu betul masa itu. Saya cuba hubungi sinaran Ais, mohon hantar seplastik ais untuk penyimpanan stok susu. Namun, jadual mereka padat menyebabkan tidak dapat memenuhi permintaan saya. Ketika itu, suami pulang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.
Saya cuba hubungi rakan mohon dia belikan susu tepung bimbang tiada jalan bagi saya lagi.

Tetiba terfikir untuk menumpang peti jiran. ALHAMDULILLAH dia tidak keberatan. Selama seminggu itulah saya berulang alik menyimpan stok susu baru dan mengambil semula stok susu lama untuk minuman harian sepanjang saya bekerja. Stok pengepaman susu malam, saya simpan dengan membeli bekalan ais dikedai runcit sahaja. Masakan mahu mengganggu jiran pada waktu malam dan subuh hari.

Alhamdulillah, setelah peti ais dibaiki kerja penyimpanan jadi lebih mudah.

Rupanya, jihad ini belum berhenti, membrane pam yang saya gunakan koyak menyebabkan kerja mengepam terganggu. Terpaksa membeli lagi.. Makan masa menunggu ketibaan barang yang dipos peniaga online tersebut. Tapi susu Fatimah perlu terus dibekalkan. Tak boleh tunggu saja..

Akhirnya saya gunakan ibu jari untuk menutup membrane yang koyak tersebut. Barulah proses pengepaman jadi efektif.
Harapnya, membrane yang dipesan tiba esok.

Sehingga hari ini, alhamdulillah susu tepung yang kononnya mahu dijadikan backup itu masih kemas rapi belum dibuka.

Hampir tidak sampai hati memberikan dia susu itu. Selagi termampu akan ummi usahakan walau dengan apa cara sekali pun.

Minggu ini, doktor sahkan Fatimah dijangkiti cacar air @chickenpox. Tapi dia nampak semakin cepat baiknya...Moga Fatimah cepat sembuh untuk kembali ke taska.

Insyaallah kita semua mampu lakukan yang terbaik. Perkara utama kita perlu sediakan mental dan fizikal yang kuat. Lupakan dahulu diet untuk kurus. Anak perlukan susu berkhasiat. Perbanyakkan ilmu berkenaan penyusuan. Sesudah itu, tawakallah kepada Allah s.w.t.

Saya akhiri dengan lautan terima kasih atas sokongan dan dorongan ayah Fatimah yang tercinta Wan Mozad, mak ayah yang sentiasa beri nasihat dan tunjuk ajar, adik beradik, ipar duai, cikgu-cikgu taska Fatimah yang sangat menyokong penyusuan susu ibu walaupun hanya Fatimah yang tidak minum susu tepong dan menggunakan lampin boleh cuci @cloth diaper. Terima kasih semua rakan-rakan sekerja yang sama-sama menjayakan penyusuan anak masing-masing. Kalian juga sumber inspirasi ku .
Alhamdulillah , kerana DIA memberikan aku kekuatan ini, aku terus kuat tidak mengalah dengan dugaan mendatang. DIA lah sumber kekuatan utamaku.


## Belum masuk Nor Syafiqah Jamaludin jadikan ice pack untuk susu Fatimah sebagai juadah sampingan penyedap rasa dalam milo ais dan oren sanquick berbuka puasaku yang lalu...haha




Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)