LULUS Temuduga GST...alhamdulillah
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Monday, December 20, 2010 at 12/20/2010 10:49:00 PM
Alhamdulillah...
Akhirnya keputusan temuduga keluar juga...
Setelah sekian lama dalam debaran menanti..
Alhamdulillah membawa berita gembira buat ku dan ramai dari kalangan sahabat seperjuangan...
Syukur Ya Rabb..
Serasa terlepas 1 beban...
sujud syukur pada -Mu Tuhan yang maha mengetahui segala keperluan makhluknya...
Alhamdulillah...

Selalu kita dengar
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Friday, December 17, 2010 at 12/17/2010 10:41:00 PM
Selalu kita dengar:
Wanita yang baik untuk lelaki yang baik...
Arini... den nak cakap "wanita hebat hanya untuk lekaki yang hebat..
Percayalah!!!!
Kalo kita rasa dia lelaki yg hebat...
Pasti kitalah manusia terpilih untuk menjadi pendamping si hebat...
Jk tdk kenapa kita diTAKDIRKAN memilih si dia bukan?...
Tak de siapa blh pertikaikan..
Biar apa pun ckp org lain...
Yg pntg kita lebih tahu hakikatnya
Maka carilah kehebatan anda...
Macamana boleh jumpa?
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Wednesday, December 15, 2010 at 12/15/2010 09:20:00 PM
Biasa tak kita ditanya or menanya pasangan yang akan berkahwin or sedang bercouple dengan soalan ini...
Macamana boleh jumpa?
or
macamana leh kenal ni?
dapat pulak si jejaka n si gadis seperti dilihat seakan2 kurang padan or berbeza dr banyak aspek...
emmm... rasanya dah ramai sangat yang tanya soalan ni kat den..
Hari ni nak buat pengumuman...hehe
JAWAPANNYAAAAAAAAAAAAAAAAA..................................
.............................................................................................................
.........................................................................................
..............................................................
.....................................
.....................
.....
..
.
"RAHSIAAAAAAAAAAAAAA"
Tiada sesiapa yang dapat membongkarnya kerana kami dah janji itu rahsia antara kami berdua sahaja...
Family pun den tak gtau..apalagi org lain...hehe
Sorry ea kawan2 yang tersangat nak tau...
Pape pun doakan wani ea...
T sampai masanya wani akan jemput...
tak perlu buat spekulasi tentang tarikh bahagia ku itu...
Tunggukan aje ye
Jangan risau wani tak lupa kawan2 semua...
K... assalamualaikum...
Entri pening...huhu
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Tuesday, December 14, 2010 at 12/14/2010 09:39:00 PM
Bagaimana nak berkomunikasi sebenarnya?
Betul… kita peru belajar teknik komunikasi yang betul.
Dan juga si pendengar seharusnya memahami dengan betul apa yang cuba disampaikan oleh si penyampai.
Tetapi ada segelintir orang yang suka faham “B” bila si penyampai cakap “A”…
Macamana nak buat ea?
Sebab selalu terjadi bila kita cakap “A”,
Tapi ada pula makhluk Allah yang mengaplikasikan ‘mafhum mukhalafah’***
di sebalik apa yang kita tuturkan itu…
Sesungguhnya belajarlah ‘husnu dzon’*** bila seseorang itu menyampaikan “A”, sesunggunya memang “A” lah dimaksudkannya…
Bukan “B” “C” “D” atau apa sahaja…
Dan lagi satu…. Apabila kita menyatakan ianya “A”… ia tidak bermaksud kita menidakkan atau menafikan “B”…
Sebab maksud kita memang adalah “A”..
Tidak ada kena mengena dengan “B” pun…
Cuma, tidak dinafikan mungkin ada sesetengah orang yang bila bercakap “A”…
Tetapi membawa maksud pemahaman sebaliknya….
Namun, ikhlasku katakan bahawa apabila aku cakap”A” … sesungguhnya memang “A” lah maksudku..
Dan begitu juga bila “B” aku katakan … sememangnya “B” lah yang aku maksudkan…
Namun… bukan pula aku menidakkan “A” atau sebaliknya tau… kerana aku tidak menggunakan ‘mafhum mukhalafah’
Huhuhuhuhuhu…..
Faham ke baca entri berbelit n pelik ni?
***
mafhum mukhalafah : Pemahaman sebaliknya…
Contoh: mak cakap kat anak yang baru sahaja jatuh pokok “ Ha, lepas ni jangan lupa panjat lagi tau” Dengan maksud sindiran (Dah jatuh tu ..sedar diri…jangan panjat lagi tau…
husnu dzon : Bersangka baik
Inilah <<< IKA >>>
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Thursday, December 9, 2010 at 12/09/2010 10:12:00 PM
Betul kan... kan... kan...
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 12/09/2010 09:30:00 PM
Dedikasi khas buat Siti Zulaika.... http://warnailahhidupku.blogspot.com
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Tuesday, December 7, 2010 at 12/07/2010 06:31:00 PM
Entri kali ini aku dedikasikan khas buat sahabatku Siti Zulaika @ Ika
http://warnailahhidupku.blogspot.com
Aku tak tau kenapa...sememangnya blog ika ni menjadi kegemaran ku...
Mungkin sebab aku serasi dengan gaya penulisannya...
Walaupun ramai yang tengok aku macam nerd je...hakikatnya aku ni sempoi gak...
STOP... berenti mengarut....
Ika,
Walaupun mengenali ika ni takla lama sangat...
Adala dalam 4 tahun kot...ye ke?tah tak ingat dah detik pertama tu...
tapi rapat dengan ika tak sampai pun 4 tahun kan kan kan...
Namun sesungguhnya, tidak keterlaluan aku katakan ika ni sahabat n sumber inspirasiku...cewah...
Betul...
Tengokla sekarang...
ika dapat merealisasikan cita-citanya nak menjadi tutor kat UM... (Langkah pertama)
Alhamdulillah...
Walaupun aku berangan gak...(tapi tak sekuat angan-angan ika...hehe)
Lepas ni, ika bolehlah mengorak langkah menyambung phD or master...mudah-mudahan...
Doakan wani gak kuat macam ika ea..
Sungguh...nak sambung belajar ni nampak je macam senang...
hakikatnya tak semudah yang disangka...
Banyak cabaran dan dugaannya...
Bagi yang dah mendirikan rumahtangga dan bakal.....hehe
berbalik kepada blog ika...
kupasannya menarik...
tajuk entri saje dah buat wani teruskan bacaan...
pemilihan tajuk ni penting...
Gaya lenggok bahasa yang tak skema n straight to the poin tu yang buat wani minat sangat dengan blognya ni...
1 lagi selalu memuatkan isu-isu terkini...
walaupun tak ketinggalan isu peribadinya...tapi tak pe...
coz ada sesetengahnya berjaya membuat wani menggerakkan akal fikir ni...
(Ada 1 entri yang boleh membuatkan wani sebak)
Sebenarnya...banyak lagi yang nak tulis ni...tapi cukupla dulu ea...
Ika...
nak tau tak???
Sesungguhnya kenal dengan IKA merupakan satu anugerah dari-Nya...
Thanks...
Moga berjaya dunia akhirat n cepat2 bertemu dengan Mr. Right.....hehe
Rindu zaman dolu dolu kite...
Chaiyok2x
Assalamualaikum.....
Patut ke?
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 12/07/2010 03:13:00 PM

Entah tak tau kenapa aku sangat stress...
Tak percaya?
Betul...aku sangat-sangat stress...
Terutama bila orang tanya...hasnor@wani... bile nak kawen?
Aduh...memang la aku berada diambang itu...
Tapi sungguh...aku tersangatlah stress mendengar soalan itu...
Kenapa erk...
Dulu-dulu aku suka sangat g wedding kengkawan...
Sekarang tak tau napa ..
Aku jadi macam tak minat nak g...
Sebab...mungkinlah antara sebabnya...ramai yang suka usik...
'ha lepas ni hasnor@wani la pulak'
Aduisyhhhh....
Patut ke aku stress??
Kejadian Batu Tegak kat lentang
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Friday, December 3, 2010 at 12/03/2010 08:50:00 PM
Tak de Motif....
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Wednesday, December 1, 2010 at 12/01/2010 09:19:00 PM
Setelah sekian lama menyepi....
Tah...buka blogger rajin..tapi nak update blog malas la plak..
Mungkin tak de pape yang menarik n penat kot...huhu
Hujung tahun yang menyeksakan...
Penantian terhadap keputusan temuduga KPM n Mara yang aku tunggu-tunggu tak keluar lagi...
Ya Allah jika salah satu darinya adalah terbaik buatku serta agamaku juga kehidupanku...
Maka engkau takdirkanlah ia untukku...
Aminnnnn...
emmm...lagi satu perkara yang memeningkan ....
rasanya tak perlulah dicoret kat sini...
Biarlah rahsia...
Cian ika kena dengar cerita den...hehe
Sebenarnya mak agak marah bila aku tak jadi menyambung pelajaran...
Alasan..nak kerja dulu...hehe
Mak kata:"kang dah kawen lupa semua tu"
Dalam hati kata: 'Mudah-mudahan aku diberi ruang dan peluang untuk merealisasikan impian mak, cuma sekarang masa belum mengizinkan'...huhu
Doakan ea....
Assalamualaikum....
Pesanan penaja
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Tuesday, October 12, 2010 at 10/12/2010 06:43:00 PM
Tunangku nak haramkan FB...hehehe
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 10/12/2010 06:22:00 PM
Pengurangan caj pentadbiran PTPTN Jun 2011
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Thursday, October 7, 2010 at 10/07/2010 08:19:00 PM
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tawaran itu tidak termasuk peminjam yang tamat tempoh jadual bayaran balik sebelum 1 Jun 2008, dan peminjam yang dikenakan tindakan saman.
Beliau membuat penjelasan itu selepas beberapa peminjam PTPTN dilaporkan merungut apabila ada antara mereka yang masih menanggung kos pentadbiran tiga peratus walaupun kerajaan mengumumkan penurunan kos itu kepada satu peratus, kira-kira dua tahun lepas.
"Seramai 300,000 pelajar yang mempunyai lebih dari satu pinjaman pula akan ditawarkan dengan pembiayaan ini secara berperingkat-peringkat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Penganugerahan Pelepasan Pelajar Kelas Pertama Peminjam PTPTN dan Majlis Bersama Media di sini hari ini.
Katanya, walaupun pengurangan caj itu diumumkan pada 2008, namun masih ada yang membayar caj tiga peratus akibat kekangan sistem sedia ada yang memerlukan penambahbaikan serta semakan terperinci setiap akaun yang perlu dibuat bagi mengelak kesilapan.
Khaled berkata pengurusan data yang membabitkan hampir 1.4 juta pinjaman yang layak menikmati pengurangan caj tersebut sebelum ini tertangguh selama hampir dua tahun, dan beliau menjangka semua urusan itu akan diselesai pada pertengahan tahun depan. — Bernama
Aahhhh ...lega
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Wednesday, October 6, 2010 at 10/06/2010 11:04:00 PM
Alhamdulillah lega hari ni...syukur...
Lega n syukur dgn nikmat Allah..kalo kita usaha pasti dapat kan...Allah tak lupa pd hambanya...hambaNya ni saja yg selalu lalai leka terlupa padaNya...
Ampun kan daku Ya Rabb...
p/s: Jadilah hambaNya yang sentiasa bersyukur....
Emm...
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Tuesday, October 5, 2010 at 10/05/2010 05:04:00 PM
Apalah yang ingin kita kedekutkan dengan harta dunia...semuanya pinjaman belaka...Terkadang bukan wang ringgit yang diminta...tapi itu pun sukar diberi..mengapa manusia terlalu berkira? Jika Allah pun seperti manusia...maka ramailah yang akan mati kebuluran kerana ingkar dengan nikmat-Nya..ERTI HIDUP PADA MEMBERI...
Quote je kata2 orang...hehe..harap diizinkan
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 10/05/2010 10:57:00 AM
Sorry..
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 10/05/2010 10:55:00 AM
Alkisah tak Berkisah
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Thursday, September 23, 2010 at 9/23/2010 09:11:00 PM
The Beauty of Cairo, Egypt
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Wednesday, September 8, 2010 at 9/08/2010 12:38:00 PM
Benar..walaupun hanya sekejap dapat menjejakkan kaki ke sana, namun kerinduan tetap menjenguk sukma...
Bila lagi dapat ku singgah ke sana.bumi anbiya'...Mesir

Ha yang ni memg betul...crazy traffic...tapi tu semua kenangan...dengan ammu yang drive kitorg mcm naik roller coaster...cian kat anna muntah first time nak p kelas kat cna... orang pregnant tak dibenarkan naik..hehe takut ada lak yg gugur t...
DAH LULUS !!!! ALHAMDULILLAH..THANKS PTPTN
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Monday, September 6, 2010 at 9/06/2010 01:38:00 PM
Alhamdulillah..hadiah hari raya mungkin...PTPTN baru call tadi untuk jemputan ke majlis hari raya bersama ptptn and penyerahan surat kelulusan permohonan pengecualian pembayaran balik pinjaman ptptn yang baru je aku buat 17 ramadhan baru ni..alhmdulillah...sujud syukur ke hadrat MU YA ALLAH...
Maaf, sekarang ni dah tak de masa sangat nak update blog..huhu..sibuk bebenor...
Papepun terimas kepada semua pengikut setia blog ku..macam ika n k.wani...tq
Selamat Hari Raya
Maaf zahir Batin...
p/s:
k.wani, k.ila... farah...buat segera permohonan pengecualian ptptn tu...wani punya dah lulus...hehe alhmdulillh
Ika kite p sama jemputan ptptn kat pwtc eh...mujur ada ika...hehe
Ni gambar2 masa den convo baru ni...
Untuk tatapan pembaca and anak2 murid ku...



Ni video di istiadat Konvokensyenku
Moment-moment di Hari Konvokesyenku
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Wednesday, August 11, 2010 at 8/11/2010 10:10:00 AM


.jpg)
1 CERITA Budak-budak...
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Tuesday, August 3, 2010 at 8/03/2010 09:03:00 AM
Macam2 dengarnya...
Em... habis jea praktikal bulan lepas...terus start mengajar buat sementara waktu kat KAFA Integrasi...
Aduh...
barulah rasa susah nya jadi cikgu sekolah rendah ni....
Sakit tekak...
Huhu...
Kita suara kuat.... Dorang suara lagi kuat...hukhuk
sabo ajela dengan anak murid ku...
Ada 1 jawapan lucu ku kira...
Sementelah menunggu 'driver' jemput...
sempatlah cikgunya ni beramah mesra dengan seorang murid tahun 1
"Balek ni siapa jemput?"
"Auntie" katanya....
Dia pun sambung....
"Auntie tu Bahasa Cina...dalam Bahasa Melayu mak cik maksudnya cikgu..."
O begitu jawabku...
"Jadi jika Auntie tu Bahasa Cina ... dan mak cik pula dalam Bahasa Melayu...
So, dalam Bahasa Inggerisnya pula di panggil apa?"
Dia pun fikr lama sikit, then jawab... "Entahlah...tapi ada..."
hehe
Ada2 je dorang ni...mungkin selalu dengar orang cina panggil Auntie tok panggilan makcik...so dia pun rasa auntie tu adalah bahasa cina...hehe
Begitulah budak2....
Pas marah, dorang boleh buat kita ketawa....
Ada je yang perkara yang boleh dikenang tentang mereka....
Kita pun pernah jadi budak-budakkan...
zaman yang tiada MASALAH...
Main jer....Seronokkan....
Namun...hidup semakin merangkak dewasa...
Banyak laluan yang perlu kita tempuh...hinggalah ke hujung nyawa.....
Teruskan perjuangan....
Istiadat Konvokesyen UNIVERSITI MALAYA 2010...
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Monday, August 2, 2010 at 8/02/2010 10:47:00 AM

Diri Berbicara....
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Tuesday, July 27, 2010 at 7/27/2010 10:47:00 PM

Pening...
Hati kata A...
Tapi ada yang tak sokong nak kita pilih B?
Adakah benar B terbaik untuk kita???
Siapa lebih tahu...???
Hanya Dia yang terbaik menentukan...
Kekadang diri lemah...
Lelah...
Diri kekadang hanya perlukan sokongan...
Ya...sokongan moral...
Tapi itupun terkadang sukar didapati...
Bagaimana lagi ingin diri memilih..
Ya Allah bantulah diri untuk memilih...
Yang baik buat duniaku,
Juga terbaik buat akhiratku...
Amiiiinn...
Ikhlas;

Terharu... Terima Kasih 4 Naim
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Saturday, July 17, 2010 at 7/17/2010 05:33:00 PM
Terima kasih buat anak-anak muridku...
Terharu sebenarnya...
Mula-mula terkejut juga memikirkan mana dorang dapat gambar-gambar cikgunya ni ...
Rupanya dorang 'crop' dari Fb..
Memang dah lama tak masukkan gambar dalam fb cuma yang ada tu gambar-gambar yang ika masukkan then di'tag'..
pape pun sedih sebenarnya, rasa macam tak layak je dirai sebegitu..
Dengan lagu in team "GURUKU" menjadi tema lagu lagi menambahkan kesayuan...
Terima kasih semua....
Guruku
Munsyid : Inteam
http://liriknasyid.com
Wahai guru yang dikasihi,
Engkaulah pelita diri ini,
Menerangi hati nurani,
Moga dirimu dirahmati
Ya ALLAH piliharalah guruku,
Agar dipimpin terus hambaMu,
Agar terhindar dari Neraka,
Moga dibukakan pintu Syurga
Tak terbalas jasamu
Berkorban jiwa raga
Mendidik anak bangsa
Jadi insan berguna
Keikhlasan di hati
Hulur bakti dan budi
Kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hati
Ampunkanlah wahai guruku,
Kesilapan anak-anakmu,
Ku serahkan jiwa ragaku,
Agar terdidik nafsu liarku
Dengan izin Allahu Rabbi,
Engkaulah guru yang sejati,
Engkau bersabar mendidik kami,
Semoga dirimu diberkati
(Bridge)Datang dengan harapan,
Pulang bawa kejayaan,
Anugerah yang diimpikan
Lagu ini juga ku tujukan buat semua Guru-guruku
Terima kasih atas ilmu yang kalian curahkan...
Tiada kata, Tiada daya dapat ku balas...
Mungkin dengan doa dalam lagu ini dapat ku hadiahkan buat kalian....
AKU MENJADI HAMBA YANG BERSYUKUR...
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 7/17/2010 12:39:00 PM
ALHAMDULILLAH itulah selayaknya kita tuturkan setiap hari,
Sama ada dalam keadaan kita dapat apa yang kita inginkan atau sebaliknya…
Kerana sesungguhnya “Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya”…
Alhamdulillah ku kali ini kerana bersyukur Allah telah memberikan apa yang aku patut dapat,
bukan apa yang aku terlalu inginkan…. Syukur Alhamdulillah…
Kerana pernah dulu…
Aku terlalu ingin belajar di luar negara… Timur Tengah…terutamanya Mesir…
Tetapi Allah menempatkan aku hanya di dalam Negara…Universiti Malaya…
Dulu aku teringin sangat hendak mengambil Syariah Ekonomi Pengurusan…
Namun sekali lagi Allah menguji dengan menempatkan aku dalam Kursus Pendidikan…Pendidikan Islam
Dulu aku teringin sangat menjadi pensyarah…
Namun aku yang masih dalam keadaan blur makin menjadi binggung kerana aku bakal menjadi “guru”…
3 tahun lamanya aku cuba membiasakan diri, mendidik diri, mengasuh diri agar dapat menjiwai tugas yg bakalku galas tak lama nanti…
Tiba-tiba tanpa dirancang, aku mungkin berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringakat yang lebih tinggi…
Sebelum ni memang ada hajat nak menyambung, Cuma memikirkan ‘aku perlu kerja terlebih dahulu’
Tapi tup tup habis je belajar…terus dating zouq nak menyambung ni…
Kebetulan cukup syaratnya….
Mungkin dah rezeki dan laluan yang Allah dah tetapkan aku…
Kini aku faham kenapa aku tidak ditempatkan diluar Negara dulu,
Kini aku faham kenapa aku tidak Berjaya mendapatkan biasiswa KPM sepanjang pengajian dahulu…
Dan kini aku faham kenapa Allah menjadikan aku salah seorang dari graduan Sarjana Muda Pendidikan Islam….
Ini semua kerana, Allah nak membantu aku mencapai cita-cita yang telah sekian lama aku impikan..
Tanpa aku sedari.. Allah sentiasa bersama ku…
Melorongkan aku ke jalan YANG SEPATUTNYA AKU LALUI…
SYUKUR YA RABB…
ALHAMDULILLAH…
Moga aku tidak lupa sujud sembah mengucap syukur pada kurnian-Mu Ya Allah…
P/s:
Sila semak… Jika anda GRADUATE DENGAN KEPUJIAN KELAS PERTAMA (FIRST CLASS)...
http://www.ptptn.gov.my/docs/Pekeliling/1-2010.pdf