RESAH TAK, KALAU TAK DAPAT UPDATE STATUS FB SEHARI?

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Tuesday, May 31, 2011 at 5/31/2011 08:34:00 PM


Pernah mendengar kisah lucu sang unta? Ha....jangan kita pula menjadi 'unta di tanah arab'.....kasihannnn :) Islam bukan sekadar agama, Islam adalah cara hidup yang membawa bahagia di dunia dan akhirat sana.


------ Unta dilahirkan di tanah arab, hidup dan membesar di tanah arab, dan akhirnya matinya juga di tanah arab. Tapi, yang lucunya....sang unta tetap tak boleh berbahasa arab! ;)) -------


Cuba kita 'serap' cerita unta tadi dengan diri ramai muslim di tanahair kita hari ini...kita lahir dari ibu bapa yang muslim, bersekolah di sekolah Islam ( darjah 1-6 paling kurang ), setengahnya masuk pula meneruskan pengajian ke kolej dan universiti islam, tetapi masih juga tidak memahami Islam yang sebenarnya. Kalau perempuan, batas aurat yang sempurna juga masih samar-samar, dan banyak lagi contoh2 lain yang menunjukkan pemahaman dan pelaksanaan ramai orang Islam pada agama mereka sendiri masih dangkal.

Tak perlu lihat orang lain...muhasabah diri kita sendiri dah cukup :)

Kalau kita resah tak dapat update status fb sehari, adakah kita juga rasa resah kalau tak dapat update bacaan al Quran setiap hari?

Kalau kita rasa hari kita belum sempurna selagi belum baca akhbar harian, maka sepatutnya kita lebih rasa tak sempurna sebagai seorang Islam selagi tak baca al Quran walau selembar...begitulah seterusnya.

Kita selalu berdoa memohon petunjuk, meminta dilorongkan ke jalan para anbiya dan solehin, sedangkan petunjuk itu sebenarnya telah ada di depan mata, al Quran dan sunnah Rasul-NYA...hanya kita yang tidak/masih belum mahu memahami....

Untuk peringatan kita bersama...

Tuan rumah : Adeh! terasa sungguh...terkena batang hidung...muhasabah diri...

Sumber... sini fb ustazah Noraslina Jusin

FOLLOW BLOG ORANG OVERSEA

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 5/31/2011 05:44:00 PM


Blog dari penulis Indonesia pertama yang di follow!
Nampak menarik...
Memang rajin follow blog orang...hehehehe

Klik sini untuk ke paparan blog yang baru di follow itu! ihwansalafy

Mulanya tergerak hati nak follow kerana tertarik dengan hujahnya berkaitan




.:.: Sudah di Kuala Lumpur yang terchenta :.:.

Ha! bagi yang masih dalam proses mencari calon pasangan hidup... Sila Baca...

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Saturday, May 28, 2011 at 5/28/2011 08:47:00 PM


Sebelum pulang ke Semenanjung bertemu yang sayang-sayang di sana...
Nak share sesuatu yang baru dapat dari Resipi

Ini juga rentetan dari entri lepas Pendekat Jodoh

Eh, kenapa semenjak dua menjak ni suka post entri2 macam tu..doa cepat dapat jodoh la..doa dipermudahkan jodoh la..hehe...


Jawapannya: Entah, nak kata belum kahwin...dah sebenarnya... **hehe**

Mungkin sebab sekarangkan mood cuti sekolah plus mood orang ramai melangsungkan perkahwinan...
Dapat pula sahabat baik yang baru sahaja melangsungkan majlis pertunangannya minggu lepas

Tu la mungkin datangnya mood nak share doa-doa ni...
Selain usaha, Islam juga menggalakkan kita sentiasa berdoa...
Kerana "Doa itu senjata mukmin"

"Eh...jodoh ni tak payah cari la... nanti dia datang sendiri...
Allah dah tentukan ...tak payah susah-susah cari"

Tidak, sebenarnya!
Jodoh itu perlu diusahakan, agar ia dipermudahkan datang kepada kita...
Usaha dengan cara yang betul...bukan songsang yang pasti banyak membuahkan kekecewaan hati!

Salah satunya, adalah dengan sentiasa berdoa...

Ini yang kita baca dari Resipi


DOA DIPERCEPATKAN JODOH


Surah Taha ayat 131 dan 132...

Kadang mak-mak kita asyik bising suruh anak-anaknya kahwin cepat, sedangkan kita belum bertemu mana-mana calon yang sesuai pun...
Ha bolehlah amalkan ayat ini selalu...
Mohon bantuan dari-Nya agar dipermudahkan dan dipercepatkan jodoh yang baik itu untuk kita.

Dan yang ini pula biasakan kita baca...


DOA UNTUK MEMOHON MENDAPAT ISTERI YANG BAIK LAGI SOLEHAH DENGAN ZURIAT YANG MENYEJUKKAN HATI....



SELAMAT BERCUTI SEMUA... SERONOKNYA DAPAT PULANG
KE SEMENANJUNG LAMA SIKIT....
HARAP SELAMAT PERJALAN PULANG ESOK...

PERKAHWINAN..WALAU SIAPA PUN PENERAJUNYA, TETAP AKAN ADA MASALAH!

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Friday, May 27, 2011 at 5/27/2011 10:36:00 PM




Perkahwinan, walau siapapun penerajunya, tetap akan ada masalah yang melanda. Sebagai ujian kesetiaan, rasa cinta & terlebih lagi sebagai pemangkin keimanan bagi orang-orang bertaqwa. Andai fokus perkahwinan berkisar kepada persoalan, 'kenapa?' & 'bagaimana?', maka 'siapa?' dalam satu-satu perkahwinan itu tidak lagi menjadi punca yg menghentikan denyut kasih suami isteri di pertengahan usia. Teruskanlah bercinta hingga ke syurga-NYA. Moh kita, semoga ALLAH menunjukkan hidayah dan taufiq-NYA, ameen :)




Dulu..pernah menanya seseorang...

Ciri isteri yang bagaimanakah anda cari?
(Kerana dikala usia hampir menginjak 30-an masih belum bertemu peneman setia ''isteri'')

Jawabnya:
Seorang WANITA yang TAHU bahawa DIA ADALAH SEORANG ISTERI
SEDAR DIA ISTERI

Kerana ramai dalam kalangan wanita sekarang TERLUPA bahawa dia adalah seorang yang bergelar ISTERI kepada seorang SUAMI...

Maka ... dengan itu, si gadis pun JATUH CHENTA mendengar akan jawapan si teruna...hehehe...
(entah tak tahu ..mengapa...mungkin tarikan jawapan yang unik dan ikhlas mungkin)

SELAMAT BERCINTA HINGGA KE SYURGA

Sekian ... sketsa malam ini...

BERTEMU DAN DIDUGA =TEMUDUGA

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Wednesday, May 25, 2011 at 5/25/2011 08:42:00 AM


Oho sungguh tak fresh...
Ingat nak update semalam tapi penat lak,

Jadi ingat-ingat semula temuduga SPP semalam,
Rasanya walaupun itu dikira temuduga paling lama pernah dihadiri,
Tapi temuduga tu agak manis untuk diingat-ingat.

Bukan boleh jawab,
Tapi lelama duk dalam tu tak rasa macam kena temuduga,
Tapi rasa macam dapat jumpa lecturer yang bagi ingat semula pelajar-pelajarnya benda yang dah dilupai apa yang dipelajari masa kat u dolu-dolu...

Apa yang kami baca, eh silap yang saya baca, satu pun tak ditanya,
Adeh...
Bagai nak rak baca PIPP, NKRA, 1 Malaysia, Wawasan 2020, FPK, FPI, Teori Pembelajaran...

Tup tup lain yang ditanya,
Yang langsung tak baca!

Makanya, buat-buat macam ingat jela, eksyen jawab merapu mana yang boleh... Janji bercakap...

Tapi dia tak marah, dia suruh kami bincang semula,
Patutlah ramai yang kata Dato' tu baik..hehehe

Alhamdulillah, apa yang macam kami tak dapat jawab, dia pula yang explain semula jawapan sebenarnya.
Tu rasa macam belajar semula n remain apa yang dah terlupa dolu-dolu...
Tapi memang banyaklah soalan kena tanya... sebab by grouping, jd lebih banyak ala ala perbincangan... hampir sejam lebih tu!

Tak sempat sarapan pagi semalam,
Tapi tak rasa pun lapar...
Perut mengecut...hehe (kecut perut)

Habis je tu,
Dato' benarkan keluar, terus perutku berbunyi riang...
Adoiiii, laparnya...
Tak pe...janji dah lepas, alhamdulillah...

Harapnya luluslah hendaknya...Amiiiiiiinnn.

** Housemate dapat tukar ke Semenanjung, ikut suaminya...
Aku? tinggallah di sini...Tak mau duk sorang...sewa mahal bah!....Sapa mau jadi house mate.... mari mari...hehehe...


PENDEKAT JODOH !

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Tuesday, May 24, 2011 at 5/24/2011 12:29:00 AM


Jumpa ini kat facebook tadi...
Ha bagi yang masih mencari-cari bolehlah cuba
doa ini:

(Klik gambar untuk besarkannya yea)


Doa Pendekat Jodoh
(Ihsan Fb dan Darussyifa)


**Tukarkan dhomir 'hi' bagi wanita yang ingin didekatkan jodohnya..
Manakala bagi lelaki boleh saja ikut seperti doa yang tertulis dia atas.


Dulu sebelum bertemu jodoh dengan suami , saya selalu amalkan Surah al-Mumtahanah...
Sambil-sambil baca tu niatlah agar Allah permudahkan jodoh kita dengan Mr. Right Dunia Akhirat...





Tengok......
My fren....
Sudah pun meniti hari bahagia nya...
Selamat Bertunang Siti Zulaika dan Amin...



** Doa apa Ika baca erk...hehehe


Moga dipermudahkan menuju jalan ke jinjang pelamin pula....

Amin: Jaga Cik Ika ni baik2 tau...
Tahniah both of u!

Gambar dicurik save dari blog Bakal isteri Encik Amin....

LAGI BLOG MENGHINA ISLAM DAN NABI S.A.W

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Monday, May 23, 2011 at 5/23/2011 09:35:00 PM


Astaghfirullah...
Dah macam2 penghinaan yang dibuat...
Adakah mereka rasa azab Allah itu hanya mainan?
Apa yang mereka fikirkan tentang diri mereka ni? hebat sangat kah?

Macamana nak buat report tentang blog yang menghina Islam ni?

Lihatlah kebodohan sendiri dipamerkan di dalam kata-kata nista nya ni...




MASAM MASAM MANIS

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Sunday, May 22, 2011 at 5/22/2011 06:42:00 PM


Serba tak kena je rasanya...
Mana taknya banyak urusan tak settle lagi..
Temuduga Spp selasa ni rasanya yang asyik membuatkan hati ni serba tak tentu
Dapat pulak kertas peperiksaan murid yang pastinya tak sempat siap ditanda sebelum bercuti panjang ke Semenanjung..
Apa la agaknya cara untuk tidak membawa kertas2 mereka ni pulang?...huhu

Jadi student ada peningnya,
Jadi cikgu ni bertambah lagi peningnya...

Walau apa pun, ini yang kita pilih...
Ini jugalah yang akan kita lalui..
Hidup kena banyak bersabar...

Tapi sungguh saya tak suka akan temuduga!
Huh...
Walau apa pun jenis temuduga..saya tak suka...

Kerja kerajaan ni memang kena melalui banyak proses temuduga erk..
Owh, macamana la saat kita ditemuduga Allah di muka pengadilan kelak...
Itu lebih tidak terbayang takutnya...

Minggu lepas my hubby datang jumpa wife nya nih!
Hehe...
Seronokla sekejap..dapat melepaskan rindu...
Suatu yang tak terbayang sebelum kahwin lagi adalah hidup berjauhan begini...
Jauhnya beribu batu!!!

Hidup ni adakalanya indah belaka..
Adakalanya terasa pahit untuk dilalui..
Adakala manis, pahit, masam, masin dan segala jenis rasa itu bercampur...
Contonya macam sekarang ni!

Hati rasa seronok nak pulang bercuti...
Tapi diterjah pulak dengan gerun temuduga dan kerja2 yang masih banyak belum selesai...

Ramai yang nak jadi guru..
Ramai juga yang cakap kerja sebagai guru ni senang..
Cuti banyak..
Masa singkat...

Siapa kata?
Cubalah rasa sendiri..

Berapa ramai yang memilih profession ini setelah lelah mencari pekerjaan ...
Dan akhirnya, merungut kerja banyak maaaaaaaa...
Hahaha..

Pernah juga didengari "Menyesal saya"

Alamak! menyesal kenapa pulak...
La, kalo tak nak jadi cikgu, banyak lagi kerja lain dalam dunia ni..
Janganlah bekerja hanya kerana terpaksa..
Kesian kat anak2 didik kita tu..

Teringat kata-kata seseorang:

Anak murid belajar dari kita..
Kita pula belajar dari anak murid..
Belajar apa tu?
Belajar sabar!

Kadang-kadang murid boring bosan penat dengar syarahan kita..
Tapi diorang tetap sabar duduk dalam kelas...
Bukankah kita juga patut belajar sabar!
Walau pun kekadang mereka susah untuk dengar kata + macam tak masuk je dengan apa yang kita terangkan..
Sabarlah!
Fikir cara agar mereka lebih tertarik!

=== Sekarang rasa cepat aje penat, nape erk...huhu===




MALAM PERTAMA

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 5/22/2011 06:48:00 AM


Di malam yang hening , merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil...malam yang dinanti2kan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi.

Alam bagaikan mengerti , hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.

Satu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka , menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka.

Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini , jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing , jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan...tidak pernah mereka berjalan beriringan...tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan , satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin...Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.

Malam semakin larut....Si suami membasahkan tubuhnya...menyucikan diri , aneh?..bisik isterinya..di malam2 begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh?..lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong...agak lama...sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu...Alangkah terkejutnya , suaminya seakin mati..kaku dengan gerakan sujud..dan terdengar esakan kecil...umpama merintih.

Dia tahu!, apa yang dilakukan oleh suaminya..dan dia akur...itulah Cinta suaminya yang sejati...dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu...ataupun dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya...tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu..

Dia menunggu....berteleku di atas taburan bunga mawar diatas katil empuk itu.

Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya...isterinya menunduk malu..

Isteri : Mengapa awak pilih saya?

Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah)

Isteri : Ramai kan yang berniqab

Suami : Kerana Awak ada Agama

Isteri : Ramai kan yang ada Agama

Suami : Kerana Awak adalah Jodoh ketentuan dari Allah S.W.T

isteri kehabisan soalan...dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.

Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak...tetapi saya melihat di rumah awak ..dihadapan ibu bapa awak ..ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak...dan ketika awak membuka niqab...saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.

Isteri : Saya tidak Cantik....

Suami : Baiklah beristerikan perempuan yang berkulit hitam , berbibir tebal...tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik , daripada memiliki isteri yang berkulit mulus , tetapi tiada agama dalam dirinya..tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya.Tetapi adakah perempuan sedar ..mereka yang menampakkan kecantikan yang haram mereka dedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak...Wana'uzubillah..

Isteri : Saya juga ingin cantik...

Suami : Sayang..kecantikan awak takkan kekal...awak akan dimakan usia..tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?

Isteri: Itu yang saya mahukan...

Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari...malah lebih dari itu?

Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?

Suami : Ada Caranya...malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!

Isteri: Yakah..?, tunjukkan caranya!

Suami : Rasulullah pernah berkata “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Isteri : Saya Kurang faham... dimana alat-alat mekapnya?

Suami : Rasulullah pernah berkata " Dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah bersabda :

“Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).

Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?

Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu ...Awak ada wudukkah?

Isteri : Ada...nanti sekejap..

Suami : Lihat Surah Al-Waqiah , "Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung ". (ayat 35 ) , Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru . Dalam keadan mereka itu muda dan perawan . Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya " dan kami jadikan mereka itu gadis perawan " (ayat 36)

Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti...

Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi " (–tentang wanita-) penuh cinta (–kepada suami mereka- ) lagi sebaya umur " (ayat 37) . Dalam Ayat ini , Allah menerangkan mereka ini-wanita- terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga asyik kepada mereka . Cinta mereka hanya kepada suami mereka sahaja. ( Tafsiran Ibn Abbas)

Isteri : Sohih tu bang...tapi saya nak bayangkan macamana cantiknya saya dalam syurga nanti..

Suami: Baiklah...tunggu sekejap saya ambil kitab hadis , lihat , ini ada Riwayat dari Hadis Tabrani , sambungan dari yang zahir lebih baik dari yang batin...yang saya ceritakan tadi...ingatkah?

Isteri : Oh..ada2 ingat....

Suami : maka bertanya lagi Ummu Salamah : Dengan apa ?–yang menyebabkan mereka lebih baik – Baginda pun bersabda : dengan solat mereka,puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah . Malah Allah memakaikan pada muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit mereka berwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning –yakni emas- rantai mereka daripada permata ,sikat mereka daripada emas . Lalu mereka berkata : kami kekal –didalam syurga- dan kami tidak akan mati lagi , kami memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal –didalam syurga dan kami tidak akan berpindah , kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah , beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan )untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami . Lalu Ummu Salamah bertanya lagi : Wahai Rasullallah , ada dikalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki , atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian , cerai atau lainnya) , kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga , maka siapa yang akan menjadi suaminya (didalam Syurga) , Baginda menjawab : dia akan memilih yang terbaik dikalangan mereka dari segi akhlak . Nah ! Hadis ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari .

Isteri : Alhamdulillah ..baru saya faham...maksudnya jika saya berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri2 dari firman Allah dan Hadis ..maka saya akan masuk syurga dan menjadi lebih cantik dari bidadari!

Suami : Wanita yang merupakan ahli syuga juga mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya . Dan nikmat yang diperolehi oleh wanita atau lelaki didalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya , apakah yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang nescaya kita akan mendapatkannya ? Pada pandangan saya , orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala wanita pula disamping berhajat kepada suami -akan tetapi kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka . Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga ?

Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya kutip..tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari suami saya!

Suami : Ya ..saya juga muzakarah dengan Awak , lagi satu...bidadari Syurga yang bukan dari kalangan isteri saya akan memarahi awak juga!

Isteri : hah!..bidadari marah saya?..kenapa..macamana awak tahu?

Suami : buka kitab hadis tadi..baca “Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya : Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal ra).

Isteri : Wah....saya amat takut jika awak meninggalkan saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat berjumpa awak di syurga!

Suami : “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” (HR. Ibnu Majah dan Tirmidzi).

Isteri : Alhamdulillah...baru saya faham sejelasnya...terima kasih abang...tetapi itukan banyak persoalan tentang saya...bagaimana saya dalam keluarga yang taat kepada perintah Allah...yang menghidupkan sunnah Rasululullah dan akan mendapat nikmat Syurga...bagaimana dengan diri abang?

Suami : Oh itu masa tidak mengizinkan..biarlah kita berbicara satu bab dengan teliti...insyaAllah esok malam kedua kita bicarakan soal itu ya...nanti kita minta ahli-ahli u-jam tolong buatkan artikel!

Isteri : Asyik2 U-jam...Baiklah...jadi sekarang saya nak tuntut tanggungjawab abang!

Suami : Selamat membaca ya pengunjung u-jam...jangan lupa share artikel ini dan letakkan link u-jam sebagai sumber....penat dah menaip ni...hangpa copy paste ja... =)

Artikel Asal Penulis : Ibnu Rahman

Rujukan : Al-Quran & Hadith , Kitab Muktabar

link- http://u-jam.blogspot.com/

BUKAN BERBALAS PANTUN YEA

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Saturday, May 21, 2011 at 5/21/2011 07:57:00 PM



Ni bukan berbalas pantun... Saje menghilangkan rasa bosan...
Jom baca adegan berbalas puisi nih!...


Istriku,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.
Ingatlah bahtera yg kita kayuh,
begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.

Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu.....
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...



Suamiku mentariku **cewah** betul rrrrr


***Balasan Puisi sang istri***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu..
kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan...
kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...

Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangancuma mancis saja!!!!!
Please lah...!!!

sumber : http://tokayahmotivasi.blogspot.com/

BUKALAH MATAMU

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 5/21/2011 01:31:00 AM

Kedua-duanya ni lagu Maher Zain..




Satu dalam versi lagu asal tapi diedit dengan perasa cerita yg menyentuh hati.. (walau sekadar cerita kartun)




Dan satu lagi lagu yang diterjemah ke dalam Bahasa Ibunda kita... dengan tambahan klip video yang sangat mempersonakan...

Dan yang last ni lagu Insyaallah yang telah dinyanyikan sendiri oleh Maher Zain dalam versi Bahasa Melayu...

I likeeeee....




Jom tengok....

NAMA ANAK...

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 5/21/2011 12:04:00 AM




Ni Humaira Awatif yang cute mute



Tau tak malam ni dapat lagi satu nama...

Haha...
Tanda-tanda pun tak der...
tapi kepala ni asyik terlintas je nama-nama best..

Setakat nilah...
Nama-nama yang i likeeeeeee

Wan Nuwairah
Wan Nadzifah
Wan Nuzhah
Wan Mohd Imran
Wan Mohd Aisy

yang lelaki kena ada Mohd...
hehe

Mak lang Maira rasa nak gigit gigit pipi maira...~~~hehehe~~~


eemmm... adik ipar baru je selamat melahirkan anak keduanya...
Tahniah !!!

Harapnya kami pun akan menyusul...
Aminnnn...


"Anak itu rezeki dan ia merupakan anugerah terhebat bagi setiap pasangan suami isteri"

Ni atuk @ aki maira yang chomellll

UJIAN PADA ORANG PEREMPUAN

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Thursday, May 19, 2011 at 5/19/2011 11:12:00 PM


Betol sesangat........

SKILL PUJUK ISTERI

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 5/19/2011 10:23:00 PM


Santai dengan Ustaz Kazim malam ni erk....


Pujuk tu kena ada skill



Hehe..yang ni belum lagi...



Doa Sang Perindu

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Wednesday, May 18, 2011 at 5/18/2011 09:58:00 AM


Ya Allah aku mohon kekuatan dari-Mu
Tabahkanlah hati kami menghadapi segala dugaan ini
Hati ini terkadang terlalu lemah dan rapuh..
Mudah terusik, mudah tercarik
Menanggapi mihnah dari-Mu
Terkadang aku lupa akan hikmah-Mu


Kuatkan jiwa kami tika berjauhan
Teguhkan hati-hati kami tika berdekatan
Permudahkan urusan kami tika bersama mahupun sebaliknya
Dekatkan jiwa kami dalam redha-Mu


Permudahkan kami untuk hidup bersama dalam kasih-Mu Ya Rabb





Rindu: orang yang sudah pulang....~~~huhuhu~~~

CALON ISTERI, 1

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Sunday, May 15, 2011 at 5/15/2011 10:01:00 AM

Ini isteri Encik Wan Mohd Zaid


Semalam ada seorang kawan tetiba meminta aku mencarikannya seorang calon isteri..
Eh, mimpi apa dia ni?
Betul 2 ke main-main?

Kataku kalau mahu jadi orang sabah boleh ku kenalkan dengan orang sini... hehe
Tetiba dia pun usha-usha friend ku di facebook ..
Terjumpala dengan seorang yang sememangnya sahabat baikku...
Tapi... opsssss....
Bakal tunangan orang tu...
Jangan cuba-cuba ~~ngeh ngeh~~

Nasihatku cuma satu untuk dirinya dan sesiapa yang ingin mencari pasangan hidup..
Kita selalu meletakkan hendak yang baik, cantik, beriman, hormat orang tua dan sebagainya
Yang semuanya pasti mengimpikan pasangan yang perfect la gitu...

Tapi, sebenarnya apa yang penting adalah diri kita yang utama...
Jika inginkan yang baik... perbaiki lah diri...
Ingin yang beriman... Cubalah pertingkat jiwa kita ke arah iman dan restu-Nya...

Setelah segala usaha kita lakukan,
Pasti yang baik dan beriman itu datang dengan sendiri...
Bukankah Allah telah mengingatkan kita ...
"Sesungguhnya yang perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik"

So, tak perlu risau lagi...
Ya memang benar, jodoh itu perlu di cari...
Tetapi dalam mencari yang baik, jangan lupa koreksi diri sama
Agar dalam pencarian itu kita mendapat yang terbaik!

Dan yang paling penting:
Selalulah panjatkan doa kepada-Nya agar dipermudahkan kita bertemu dengan jodoh yang sebenar..
Dipermudahkan segala urusan dan mohonlah agar Dia membantu setiap langkah kita dalam mencari redha-Nya..


SAYA SAYANG CIKGU SAYA !

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Saturday, May 14, 2011 at 5/14/2011 07:47:00 PM

Selamat Hari Guru
Isnin ni 16 Mei kan...
Satu tarikh yang tak pernah saya lupakan...
(Tarikh lain selalu lupa...hehe)

Selamat Hari Guru...
Kepada semua guru-guru yang telah mendidik saya hingga menjadi insan seperti hari ini...
Buat... guru yang amat diingati:

Cikgu Aminah (yang baru je berpencen 22 April lalu)
Semoga cikgu sentiasa dalam berkat ilahi hendakNya..
Tiada kata yang dapat saya lafazkan...
Banyaknya jasa cikgu.. bukan sekadar mendidik...
Malah menyayangi kami seperti anak sendiri...
Terima Kasih cikgu...

Buat cikgu yati..
Cikgu antara guru Bahasa Melayu yang sangat saya suka...
Saya sayang cikgu...
Cikgu penggerak jiwa saya menjadi manusia kental..
Hingga berjaya kini...

Sebenarnya ingin ku dedikasikan seluruh ucapan terima kasih ini buat semua guru yang telah mendidik ku dari tadika hinggalah ke universiti...
Hatta rakan seperjuangan yang banyak menjadi guru dalam hidup ini...

Dan Selamat Hari Guru buat Wan Mohd Zaid bin Wan Osman..
Anda adalah guru saya dunia akhirat...

Ibu, ayah keluarga juga guru yang sangat saya sayang...
Tanpa kalian, saya tidak mengenal apa itu erti sebenar kehidupan ini...

SELAMAT HARI GURU semua guru-guru di sekolah, di rumah dan di mana-mana sahaja!

"Hatta mereka yang pernah menunjukkan arah jalan kepada kita juga merupakan guru!

GURU-GURUKU : ANDA TERBAIK !!!






Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberiKami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

PERLU KE CANTIK TAPI MENYAKITKAN?

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Thursday, May 12, 2011 at 5/12/2011 09:51:00 PM



Perlu ke cantik tapi menyakitkan?

Perlu ke cantik demi mendedahkan segala urat @ aurat yg ada?
Perlu ke cantik untuk menunjuk kepada semua mata di sekeliling?
Perlu ke cantik semata mencari keredhaan manusia?

Cukuplah suami yang melihat kamu cantik...
Cukuplah jiwa mu cantik, walau wajah tidak secantik mana
Kerana dengan kecantikan jiwa mu itu akan terbias diwajah...
Kecantikan dalaman akan lebih kekal dan pastinya akan disenangi ramai...


Kecantikan luaran...sementara cuma..
Kecantikan yang pasti tiba waktunya hilang jua...
Kecantikan hakiki itu yang akan mengikat pasangan anda..
Mengikat hubungan persahabatan yang abadi...
Mengikat tarikan jiwa sesama manusia...

Fikirkanlah kembali untuk apa cantik yang dikejar...
Dunia ini pasti ada penghujungnya...
Manusia juga begitu..
Ada tarikh luputnya...

Jadi, bersyukurlah dengan seadanya ciptaan -Nya yang Maha Hebat itu...

MAKLUMAN : BELUM LAGI LA...

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Monday, May 9, 2011 at 5/09/2011 10:41:00 PM


Semenjak dua menjak ni , rasanya macam lebih banyak entri perasaan..

Tak de idea pun nak create entri baru malam ni…
Kepala ni dh tak galak macam dulu mencurah-curah idea..
Dapat lak line internet kat sini … macam seafooooood….


Sekarang.. kalo buat status pape kat fb…mesti ada je komen sangkutkan dengan soal anak..
Adoyai.. macam-macam la…
Belum lagi la…
Mestilah nak cepat … anakkan pembawa rezeki…
Tapi Allah belum izinkan… Sabar aje lah kan…


Kekadang terfikir gak, ada hikmahnya belum lagi ni,
Yela sorang dihulu sorang dihilir.. kalo sakit ke apa kan susah sengsorang ni..
Ada baiknya Allah belum rezkikan ni…

Kisah Seekor Kupu-kupu

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Sunday, May 8, 2011 at 5/08/2011 03:37:00 PM



Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu.

Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.

Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.

Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang.

Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.Kita mungkin tidak akan pernah dapat 'terbang' jauh.

Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati...Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..

Kita memohon kebijaksanaan...Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.

Kita memohon kemakmuran...Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.

Kita memohon cinta...Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati...Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Tuhan membimbing Kita...Adakah jika saya tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa saya tidak mendapatkan segala yang saya inginkan? Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita.


Sumber: Copy dari Internet..tapi tak ingat dari mana...

Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)