SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Wednesday, April 27, 2011 at 4/27/2011 11:05:00 PM


SOLAT SELEPAS HAID :PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..

Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!


Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )


Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"


Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.


Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..


Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :


1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.


2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)


HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.


-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.


Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.


Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!


TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

(Sumber dari teman-teman di facebook)

MEMPERKENALKAN MATA PELAJARAN BARU DALAM SISTEM PENDIDIKAN!

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Saturday, April 23, 2011 at 4/23/2011 07:46:00 PM


Hari jumaat...p singgah kedai buku Lumen dibandar Sandakan untuk cari bahan bacaan..sbb mcm dah gian nak cari buku...

Masuk kedai...alahai sikitnya buku...huhu...
Cari satu port... ermmm...nape tak der buku beshhhh ni...huhu..susahnya nak cri buku...huhu..
Tu wani borong buku kat pesta buku semalam ...hehe (lepas gian)

Tapi ada 1 buku yang wani jumpa....

Ini dia:-
~
~
~
~
~


Perjalanan 3 jam lamanya memang membosankan... apa lagi buku tu wajib jadi peneman!

Wah tak sangka buku ni sangat berbaloi2...
Sangat berinformasi!
Tak salah pilihanku!
&
Ika juga sudah dirasuk... hehe ...sudah digoda untuk membeli buku ini dipesta buku semalam...

Ermmm...
Apa lagi nak promote sikit..
Ia satu terjemahan dari Indon.. Tapi diterjemah dengan sangat baik ke dalam Bahasa Melayu!
Setiap kata-katanya begitu menusuk kalbu!
Sungguh tak tipu... sampai aku terleka..menyelak, membaca dari muka ke muka yang berikutnya,
Tak mahu terlepas walau satu patah kata!

"Padahal, orang pertama yang harus menghargai diriku ialah aku sendiri. Akulah yang harus mengajar orang lain cara untuk menghormati, menghargai dan mencintai diriku. Bagaimana mungkin aku dapat mengharapkan orang lain jika aku sendiri tidak melakukannya terhadap diri sendiri?"
*Petikan m/s 76

"Pelukan tiada kesan sampingan yang tidak menyenangkan dan semulajadi. Tidak perlu menggantikan bateri, tahan kempis, tidak kemik dan tiada bayaran bulanan. Tidak dikenakan cukai, tidak mencemarkan alam, dan sememangnya boleh dipulangkan sepenuhnya." *Petikan m/s 87

"Setelah berkahwin, suami isteri seperti dua permukaan syiling; tidak dapat saling berdepan, tetapi sentiasa bersama" -Hemant Joshi *Petikan m/s 134

Nak lagi?
Kena belilah...
Amat berguna..

Dan ketika membacanya...
Aku tersenyum sumbing... seperti membaca kisah sendiri!!!
Cubalah ...

Terbitan Pelangi Novel Sdn. Bhd.
Harga Semenanjung cuma RM 12.90..
Beli di Pesta Buku? lagi baik Rm10 je lebih kurang...
Masukkan dalam list pembelian & bacaan anda!
MESTI !!!

P/S: Jarang sekali wani baca kata pengantar, buku ni kata pengantarnya pun wani tak terlepas membacanya...

Perkahwinan adalah MATA PELAJARAN KEHIDUPAN yang dijadikan Allah untuk kita hambanya belajar banyak perkara...
Selamat Membaca!

Aku RASA Lebih di-R-E-D-H-A-I

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 4/23/2011 01:47:00 PM


Semalam jengjalan kat pesta buku PWTC dengan my fren ..
G hari first...xla best sgt..sbb mgkn blm kemuncaknya lg kan...
Tapi semlm je ak ada kesempatan untuk p sna...
Jd my fren itu telah dipaksa rela... (x yer) dia yg paksa dirinya sendiri untuk amik cuti ...hehe


Tentang pesta buku...tak total lg ...tapi ghasa2 nya lebih 2ratus melayang gak..hehehehe huhuhuhu
Takpe, ak kalo part buku 2 3 ratus berjalan ke tangan cashier tu pun mcm tak rasa sgt...
entahla tak tau knp... tp disebabkan belum gaji, knala gak control!....huhu


Em, selain merewang2 memajukan perniagaan @ booth rakyat malaysia kat pesta buku tu...
Kitorang sempat gak singgah Mall dkt Pwtc tu...cari...tuttttt
hehe...
My fren? beli kasut la plak kat situ... mujur tak de yang hati ini berkenan.
Eh sekarang ak dah jadi manusia realistik? mengukur baju di badan sendiri? hehe (Bajet ciput ... test test... kua... selamat duit eden!)


Bukan ini yang nak diceritakan ... ada sesuatu yang tak sengaja atau lebih tepat automatik @ secara tak langsung @ tidak dirancang ...(eh panjangnya intro) wani tersebut....

My fren bertanya : Apa perasaan lepas kawen ni?
Beta menjawab : Aku rasa hidup ini lebih di R-E-D-H-A-I....


Serius, 3 tahun kami kenal sebelum akhirnya melepasi alam itu dengan sekali lafaz ....
Aku terima nikahnya .... Alhamdulillah...

Walau hidup dialam rumahtangga ini lebih lagi ranjaunya,
namun ak rasa hidup ini lebih diredhai-Nya...
Tiada lagi perasaan serba salah, mahu apa jua rasa yang tidak menyenangkan itu...

Kerana sesungguhnya ALLAH menjadikan perkahwinan ini sebagai satu
MATA PELAJARAN : KEHIDUPAN ! (detail? ------ tunggu entri berikutnya)


SUKA... AKU SUKA DUDUK SINI...

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Tuesday, April 19, 2011 at 4/19/2011 09:19:00 PM



Suka...

Aku suka duduk sini...
Suka suka...
Aku suka tinggal sini...
Suka suka suka...
Aku suka berada di sini....

Suka suka suka suka...
Aku kena berlapang dada suka ditempatkan kat sini...

Aku tak tahu apa sebenarnya yang aku rasa...
Nak kata tak suka... sebenarnya aku suka gak duduk sini...
Rakan2 sekerja yang tak lokek membantu...
Pentadbiran yang baik ... banyak bagi tunjuk ajar... tidak terlalu menekan walau aku hanya orang baru di sini..
Amat memahami...

Di sini aku jumpa dengan orang-orang baik...
Orang-orang yang sentiasa sedia membantu...
Orang-orang yang sering ingatkan aku perkara yang aku banyak terlupa...
Orang-orang yang sentiasa ulang "Kalo ada apa-apa perlukan bantuan bagitahu saja"

Walaupun aku dikelilingi orang-orang yang baik,
Tapi kenapa kekadang aku mengalami depresi?
Iye ker?
Tensen...
Boring...
Sunyi...


Bukan aku tak pernah berjauhan dari keluarga sebelum ni...
Seawal tingkatan 1 lagi aku dah sekolah jauh dari rumah...
Masuk form 6 sekejap nun di hujung Pahang...

Pergi pulak merantau ke negeri orang jauhnya hampir sehari perjalanan...
Pulang pun 2 3 bulan sekali aje....
Ada gak aku menjelajah ke negara orang... sekejap je..hehe
(yang penting, aku merata dah duduk)


Tapi yang peliknya masa tu aku cool je..
Kita tak kesah..mana pun...
Kita tetap boleh hidup...
Macam kata-kata seorang sahabat
"Wani campak mana2 pun tetap boleh hidup"


Namun, aku tetap berasa musykil...

Kenapa di sini aku rasa lain sangat?
Macam tak biasa berjauhan dari keluarga...
Macam tak biasa hidup sendiri...


Emmmm......

Aku rasa aku tau jawapannya...
jeng... jeng... jeng...
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~


Ni bekas duit mas kahwin beta pada hari kejadian hehe cerita lama


Dulu aku masih single mingle...

Di mana pun aku cuba menyesuaikan diri...
Meletakkan diri hingga selesa...
Tapi aku bukan tak boleh menyesuaikan diri kat sini k!

Cuma, rasa macam ................... tah tak tau nak cakap ...

Kini aku faham ... kenapa ada kawan ku yang sanggup berhenti kerja untuk tinggal bersama isterinya setelah penat memohon tukar tapi tak juga berjaya!
Kini, aku faham perasaan mereka yang berjauhan dari suami/ isterinya...
Kerana aku juga sedang merasainya...


Panjang sungguh diari malam ni...
k.. ~tata~

TERIMA KASIH KEPADA KESILAPAN

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Monday, April 18, 2011 at 4/18/2011 08:23:00 PM

Ha jangan salah faham...
Bukanlah tajuk tu suruh kita selalu buat silap... pastu terima kasih pada kesilapan tu...


Ini kes kesilapan yang tidak disengajakan...
Kadang kita terlalu menyesali kesilapan yang dah tak sengaja kita lakukan..
Tapi kita kena sedar bahawa...kadang-kadang setelah melakukan kesilapan..
Kita mampu menjadi lebih baik!

Tak percaya?

Tak percaya sudah...
hehe

Contoh mudah, macam matematik...
Jika tidak disebabkan kita salah buat sesuatu soalan tu...
Kita takkan jadi orang yang lebih hati-hati tuk wat latihan or jwb peksa akan datangkan..
Biasanya orang akan lebih alert pada kesilapan yang dia dah buat...
Menyebabkan kita berazam tak nak buat silap lagi tok soalan tu...
Betol tak?

Tapi kalo dah biasa buat, betul je..
Kadang tu kita macam kerek cket...(iye ker)
hehe...
Tak hati-hati...
Sedar2 kita buat salah dalam final exam..
Tak ke haru tu...

Tu contoh paling mudahla...
Dalam kehidupan ni lebih lagi...
Tengok keliling...
Fikir pusing2...
Tengok bagaimana kita menguruskan kesilapan yang pernah kita buat...
Sama ada dalam kerja, rumahtangga, urusan harian atau apa sahaja...

Tengok...pasti akan ada kesilapan lalu yang perlu kita ucapkan TERIMA KASIH!


Kerana sesungguhnya, setiap sesuatu yang berlaku itu dibawah kawalan Allah...
Dia yang lebih tahu..
Apa yang perlu atau tidak untuk kita...
Apa yang baik atau sebaliknya pada kita...
So berdoalah...

p/s: Jangan lupa berdoa erk

Selingan :

"Terima kasih itu mungkin kurang berharga pada si pemberi...
Tapi cukup berharga pada si penerima!
Maka jangan lupa cakap terima kasih pada semua orang yang dah tolong kita...
Hatta pada pemandu bas!"


dan lagi satu..(amik kat sebelah tu)

UCAPKANLAH

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 4/18/2011 10:57:00 AM

ALHAMDULILLAH...
Mudahan pagi isnin ini membawa kebaikan pada kita semua...
Alhamdulillah lagi sebab kita masih berkesempatan bangun menghirup udara segar subuh tadi...
Sujud kepada-Nya...
Sebagai hamba....


ALHAMDULILLAH...
Pagi ini kita masih berkesempatan makan dan minum walau tidak selazat mana,
Namun masih ada enaknya... memenuhkan perut dari rasa lapar dan dahaga...


ALHAMDULILLAH....
Hari ini kita masih diberi peluang menyambung tugas sebagai khalifah dimuka bumi-Nya


ALHAMDULILLAH
Atas segala nikmat dan rahmat-Nya yang tidak terhingga...


Siapa yang terlupa ucap ALHAMDULILLAH...
Maka marilah kita sama-sama mengucapkan alhamdulillah macam lagu raihan tu....

TAK BEST TAU GITU !

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Sunday, April 17, 2011 at 4/17/2011 10:50:00 AM


Ada 1 blog ni aku baru jenguk dalam 2 hari ni...

Nampak ok...sempoi... ada lawak...ada cerita...


Tapi yang tak berapa berkenannya kenapa dia suka guna perkataan 'bongok'
Tak faham betul...
Cerita dia tuh bukanla marah sangat...
Tapi dah macam tersuka plak tangan dia menaip perkataan tu!


Sekali pun dia blogger suka2... tapi jangan la tulis pun suka2..
Perkataan tu kan tak manis didengar... ditulis mahupun disebut...
Gunalah perkataan yang baik sikit... walaupun nak menzahirkan ke'bengang'an anda ...
Dalam kamus dewan tu bersepah perkataan lain...
P tengok... study molek2 dlu apa yang patut ditulis n apa yang tak patut...


Buat aku membebel pepagi buta! haisyyyy

AKU RINDU ORANG SEMENANJUNG

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Saturday, April 16, 2011 at 4/16/2011 08:22:00 PM

Apa perasaan bile berjauhan ni?

= Boring time tak de teman bercakap! (Sebab memang suka bercakap... kecuali penat!!..hehe)
= Kekadang tensen gak ... duk jauh bukan tempat kita sengsorang lak tuh! (yeke sengsorang?)
= Ada kawan kata xpe...sabar la...ko duk jauh belajar erti rindu windu....org yg selalu
duk dekat tak tau pun apa itu rindu.. (iye ker?) isk isk isk gitu rupanya ...


cikgu-cikgu semenanjung kat sini kebanyakannya semua sudah berpunya @ sudah berkahwin...
eh bukan kebanyakan..memang semuanya sudah berkahwin!


2 orang senior tengah menunggu jawapan keputusan permohonan mereka tok berpindah balek ke semenanjung mengikut suami masing2...

Aku?tak boleh apply pun....
Sebab? baru sangat...
Mulai batch kami kena orientasi setahun plak...adeh macam2 ..
Sabau jela...


Mula2 dulu memang macam bengong sket duk sni ... yela ..sorang di hulu sorang di hilir...
Kak ngah yang buat ayat mengusik anta mesej : "tak nangis ke kena tinggal? adeh... Nangis ke? Takla kita kuat.. huhu perahsan!! bergenang la gak...


Tapi dah lama2 ni... so far ok la gak..
Cuma kekadang sunyi + boring !

"Jangan ikut hati.. Nanti mati !
Jangan ikut rasa, nanti binasa !
Jangan ikut kata, nanti merana !"

p/s : Cik Siti Zulaikha ... sila terangkan maksud status anda di fb ... hek hek...

Cukuplah sudah segmen karut mengarut malam ni...

Suka entri nih

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Friday, April 15, 2011 at 4/15/2011 01:18:00 PM


Serius suka entri ni... boleh baca sini ....
Baca erk ...

Komen aku:
1. Suami kena dahulukan ibu bapa berbanding isteri...
2.Memang sangat tergaru.. hukhuk terharu...adeh... (sebab sekarang aku seorang isteri)
3. Nantila komen lg...nak masuk kelas....hehe

Bercakap tentang JODOH

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Wednesday, April 13, 2011 at 4/13/2011 08:29:00 PM



Tengah banyak kerja sebenarnya nih..heh heh heh...
Tapi nak update gak blog yang dah bersawang nih....

Nape tetiba nak cerita tentang jodoh erk malam ni?
Coz tadi ada baca kat blog orang femes sini (eden suka baca secara pukal...entri2 lama la biasa nya di godek2) hehe
Banyak gak dia cerita tentang putus cinta la.. merana la...& .....
Dan 1 lagi blog ni sini

emm... part jodoh ni.. bukan kerja kita...
Dia penentunya...
Jangan pelik la kenapa dia pilih si dia? bukan si dia?
Kenapa dia tak pilih aku?
Dan banyakla lagi soalan yang berlegar-legar kan....
Sebabnya... semuanya telah tersurat...dah ditetapkan...

Ada yang bercinta lama...tak menjadi...
Banyak je halangannya...
Kenapa erk?

Sebab sudah sememangnya itu ketetapannya...
Kadangkala kita lihat kenapa la hubungan kita menjadi payah dgn si dia...
Sedangkan dah diusaha pelbagai cara dan gaya...
Tapi tetap berat juga...

Kerana Allah dah menetapkan dia bukan bersama kita..
Ada yang terbaik untuk kita..
Namun, bukan kerana dia tidak baik..
Tapi kerana dia tercipta untuk insan lain...

Setiap insan ada pasangannya...
Jangan mengeluh bila dia tak dapat kita miliki...
Jangan bersedih saat dia pergi meninggalkan kita...

Pasti ada hikmahnya...
Pasti akan hadir seseorang yang benar2 diciptakan sebagai jodoh kita bukan...
Bersabarlah...

:.:. Doa dulu-dulu : (Sebenarnya dulu aku takut putus cinta dan takut gak bercinta)
So yang datang biasanya bo layan sikit.... bukan sebab sombong ... cuma hati ni rasa berat nak terima.. bukan kerana dia tidak baik...

Tapi mungkin juga sebab aku selalu berdoa...
Agar pabila aku menerima cinta... biarlah dia yang sebenar! tiada putus cinta... bercinta lagi... putus dan bercinta lagi... huhu... takut ...

So, dalam hati ku selalu ulang doa agar insan yang ku terima nanti adalah benar bakal suami ku dunia akhirat...

Alhamdulillah... akhirnya kami selamat diijabkabulkan pada 22 Jan lepas...
Syukur... Allah telah mengabulkan doa ku...
Itulah cinta pertama ku dan insyallah yang terakhir... .:.:.:


Ingat ni wani !!!!

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Tuesday, April 12, 2011 at 4/12/2011 10:30:00 PM



Kata-kata hikmah:

Jangan kata pada SOLAT aku ada KERJA
Kata pada KERJA sekarang waktu SOLAT

Syahid Ali Rajaie

Ingat ni wani !!!!

Ku lihat dia ... Pandangan pertama

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 4/12/2011 08:41:00 PM


Ku lihat dia
Pandangan pertama
Ternyata indah
Senyuman liriknya

Ku ingin dia
Saat pertama
Berjumpa dengannya
Membuat ku gelisah

Waktu berlalu
Hari demi hari
Hatiku dambakannya
Untuk bercinta lagi

Ku lihat dia
Pandangan pertama
Berjumpa dengannya
Membuat ku gelisah

Waktu berlalu
Hari demi hari
Hatiku dambakannya
Untuk bercinta lagi


Terjumpa kat sini :

http://susudalambotol.blogspot.com/search/label/Tentang%20Suami.

Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)