4..at...

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Wednesday, June 30, 2010 at 6/30/2010 12:14:00 PM

Penat...
Teringat...
Keringat...
Jumaat...

depan...
selesai tanggungjawab paraktikal ku...
tak sabar nak balek kampung...
nak makan jagung...
mak simpan jagung kat kak lang sikit ea..

Aku seorang PENCURI?

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Friday, June 25, 2010 at 6/25/2010 11:26:00 AM


Aku semakin lesu,

Boleh juga jadi bisu,

Kekadang terkeliru,

Bila hidup hanya meniru,

Jadilah aku manusia tak mampu,

Biarpun begitu…

Tapi semakin hari, semakin tabu,

Aku cuba jua untuk tidak jemu,

Namun mampukah aku?

Kerana bila berhadapan dengan karenahmu,

Darahku tiba-tiba naik mendudu…

Moga “Dia” dapat membantu…

Kerna..

Aku hanyalah… seorang Guru.

KOREKSI DIRI:

Kini aku hanyalah bertugas sebagai guru praktikum yang semangat masih berkobar-kobar setiap hari..

Namun, bagaimana setelah aku berkhidmat di kala usia mencecah 40, 50 tahun…

Adakah aku akan lalai leka, jemu dengan kerutinan itu..

Kerana ramai yang kalah dengan kerutinan dan kebiasaan tersebut...

AKU SEORANG PENCURI? :

Puisi ini menjadi menifestasi kepada kerja rutin yang dilalui seorang guru @ mana-mana penjawat awam umumnya.

Bukankah kerutinan itu selayaknya mampu memahirkan, menjadi lebih pakar?

Namun hakikatnya, tanpa disedari ia boleh juga melesukan ramai orang, menjemukan…

Jadi apakah penawar bagi kebuntuan ini?

Sebenarnya aku takut dengan kelesuan yang telah banyak menjangkiti warga pendidik yang sudah senior..

"Aku terlalu takut dengan kelesuan itu…sungguh…

Takut.. pabila kelesuan itu timbul dari kerutinan yang

mampu membuatkan rezki ku jadi tidak berkat..

Maka nafasku pasti tersekat..

Kerana apa yang ku dapat…

Belum tentu ada nilai di mata-Nya yang Maha Hebat…

Sungguh akal fikirku penat…

Semakin tenat…

Kerana terlalu berani MENCURI MASA kerja yang singkat…"

IMPAKNYA :

Ramai yang tidak sedar bukan?

Mungkin kesannya tidak dapat dilihat sekarang.

Namun ia pasti dibalas…

Bukankah Allah itu Maha Adil?

Mungkin dalam bentuk yang berbeza…

Boleh jadi ia dibalas melalui anak-anak kita yang juga menjadi manusia pencuri hak orang lain…

:. Bukan tangannya panjang tapi… panjang tangan?!! .:

Atau boleh jadi juga mereka menjadi manusia yang mencuri…

Mencuri IDEA orang lain!

Ah! pasti rosak segalanya…

HEBATKAH HIDUP SEORANG PENCURI?

PERHATIKANLAH apa lagi yang kita telah CURI sepanjang sisa hidup yang telah berlalu pergi..

PULANGKANLAH semula KESEMUANYA, sebelum TERLAMBAT!


Pendek je...

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Thursday, June 24, 2010 at 6/24/2010 02:49:00 PM


Sedikit lega...rasanya ak dah hbs di 'observed' ...mudahan natijahnya beroleh sepertimana yg diharapkan...kerana sesungguhnya ia bukan untukku...tetapi untuk mu ibu dan ayah yang telah banyak menabur jasa kepada ku hinnga ke menara gading...juga buat insan-insan tersayang yang telah banyak membantu dan berkorban sepanjang usia ku 24 tahun ini... juga buat si dia yang banyak memberi dorongan dan motivasi..."mudah-mudahan kita dapat menjalani kehidupan yang lebih baik tahun depan" hehe. Mak ayah doakan kak lang ea.

POLIGAMI?!

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Thursday, June 17, 2010 at 6/17/2010 05:10:00 PM

Baru-baru ini penulis ada terbaca tentang satu kisah poligami yang unik. Bukan unik apa sebenarnya, cuma si isteri menceritakan bahawa mereka telah berpoligami lebih 7 tahun.. Bagaimana suaminya berlaku adil dan menyatakan bahawa dia masih menyayangi dan melayan isteri pertama serta anak-anak dengan penuh rasa cinta dan adil..
Entahlah sebak sebenarnya sepanjang membaca kisahnya itu..

Walaupun jelas-jelas dia asyik menyanjung dan memuji suaminya itu sekalipun tidak menafikan tetap berasa susah untuk menerimanya pada awal poligami dulu. Namun bagaimana suaminya mengambil hati dan memberikan layanan yang sedikit pun tidak berubah dari sebelum pernikahan keduanya, malah lebih lagi hingga pahitnya bermadu dirasakan sebaliknya. Mereka mampu pulang beraya ke kampung suami bersama-sama dengan menaiki 1 kereta, dapat bergelak ketawa bersama-sama seolah-olah sahabat baik.

Lihatlah, betapa suami ini mampu berlaku adil terhadap kedua-dua isterinya. Mungkin jika ada wanita yang membaca kisah beliau, ada pula yang teringin menjadi isteri ketiga atau keempatnya..hehe..

Namun entah mengapa, sekalipun kisah ini merupakan satu dari sejuta kisah poligami yang menampakkan keadilan seorang suami mengendalikan 2 bahtera rumahtangga, penulis tetap merasa sesak di dada kiranya dimadukan.. (cewahhh…belum kahwin dah fikir tentang hidup bermadu.) Tapi itulah wanita, jiwanya lembut, tidak sukar memujuknya. Jika kena caranya pasti sejuk kembali. Begitulah wanita yang mudah sekali memaafkan.

Namun, hakikat poligami yang banyak diamalkan suami-suami sekarang terlalu rapuh hujahnya. Masih terumbang-ambing mendidik diri sendiri, inikan pula ingin berlaku adil terhadap isteri-isteri yang dimadukan. Maka, banyaklah institusi keluarga yang anak-anaknya terbiar akibat si bapa yang terlalu seronok berkeluarga baru hingga mengabaikan amanah Allah.

Jika inilah yang dimainkan oleh suami-suami yang berpoligami, maka rosaklah asas utama yang membentuk sistem kekeluargaan itu. Jika ketua keluarga sudah pincang peranannya, mana mungkin keluarga sakinah itu dapat dibentuk selayaknya. Fikirkanlah wahai lelaki yang ingin berpoligami..

Bak kata Dr. H.M Tuah:
“Poligami itu adalah untuk menyelesaikan masalah bukan menambah masalah”

Dan menurut Saifulislam pula:
“Berbahagialah dengan seorang isteri”

Jadi, renung-renungkan….

Cuti...

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 6/17/2010 05:08:00 PM


Emm…cuti…terasa membosankan rupanya.

Keje banyak tapi masalah mind setting yang kata cuti kena cuti,

So bercuti sesungguhnyalah…huhu

Kerja yang sedia ada dipandang sepi je…tapi hati rasa tak sedap je coz ada perkara yang tak selesai lagi nampaknya…

Emmm tapi dari zaman sekolah lagi, sememangya aku tak reti study masa cuti…kerana sememangnya cuti adalah untuk cuti dan merehatkan seluruh minda yang sentiasa sarat dengan pelbagai benda…

erkkk…betul ke?

Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)