Rindunya ….

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Thursday, October 22, 2009 at 10/22/2009 12:54:00 PM


Rindunya ….

Rindunya kenangan lalu..

Orang kata : “ Janganlah hidup dengan kenangan

tapi teruslah maju dengan harapan masa hadapan”

Namun tak salah sesekali terkenangkan…

Bukan untuk diratapi sekadar mengingat kembali..

Emmm… ahad lepas penulis sempat pergi ke Sua Rasa TV9 kat Shah Alam..

Tiada apa yang menarik sangat melainkan gerai-gerai yang sangatlah banyak..

sampai tak larat nak jalan semua tempat.

Sekadar cuci mata (’’,)

Tapi ada satu booth yang menarik perhatian penulis..

Booth al-Risalah..

Bila masuk ke dalam tu terimbau kenangan di Mesir dahulu..

Mereka memaparkan tempat-tempat sejarah yang pernah dilawati krew TV9 untuk tayangan al-Risalah di televisyen.

Antaranya adalah Bumi Anbiya’ yang pernah penulis sampai iaitu Mesir..

Walau sekejap cuma, namun otak seolah-olah berputar terkenangkan memori di sana tidak lama dahulu…


RINDUNYA…

“Moga Allah berikan daku keizinan untuk sampai ke sana untuk kali kedua..

Mungkin dalam tempoh yang lebih lama…”

AMIIN…


Sekadar berkongsi gambar-gambar kenangan masa di sana...



Ke masjid Imam Syafiee...Imam Mazhab Kita




Cenderahati sepanjang menuruni Jabal Musa


Antara masjid yang turut dilawati Presiden Barack Obama ketika melawat Mesir



Menuruni Jabal Musa



Matahari dah nak terbit... Pemandangan dari atas Jabal Musa




Dekat Wadi Arbain


Matahari terbenam...


Atas Jabal Musa



Sempat melihat adat perkahwinan orang sana




Tengoklah...hehe...

Jom ke Pedalaman dan Diari Seorang Guru..

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Wednesday, October 21, 2009 at 10/21/2009 02:28:00 PM

Tajuk di atas merupakan dua judul buku yang menjadi antara koleksi kesayangan penulis.
Penulis agak tertarik dengan cara penulisan guru muda ini (Jom ke Pedalaman) dalam menarik minat bakal-bakal guru khasnya untuk berkhidmat di sana..
Kerana sememangnya di sana amat memerlukan guru-guru yang berdedikasi dan komited seperti beliau..
Sebenarnya penulis juga bakal guru.. dan insyallah akan menamatkan pengajian pada tahun depan..




Dulu, hakikatnya penulis tidak pernah bercita-cita langsung untuk menjadi seorang guru,
Apatah lagi menyukai bidang ini..
Hampir-hampir ingin menukar kursus ke bidang lain semasa di awal-awal memasuki universiti dahulu

Alhamdulillah…Allah lorongkan penulis untuk kekal dalam bidang ini..
Memandangkan ayah terlalu gembira kerana mendapati anaknya melanjutkan pengajian dalam bidang perguruan..
Penulis cuba untuk teruskan..
Namun hari-hari yang dilalui tika itu amat membosankan kerana mempelajari bidang yang sama sekali kurang diminati…
Tapi terfikir juga, “sampai bila aku ingin terus begini?”
Belajar tanpa hati dan perasaan..
Sekadar menunaikan tanggungjawab…

Namun,
Ada sesuatu yang berjaya merubah hati dan pandangan penulis..
Penulis ni jenis yang suka membaca…(bahan lain selain buku pelajaran…terutama novel)
Suatu hari tu, penulis ada terbaca novel roommate yang bertajuk
“Diari Seorang Guru”
Mungkin bagi mereka yang tidak berada dalam kondisi penulis…
Pastikan tidak merasa apa-apa sangat setelah membaca buku tersebut..
Tapi lain pula bagi penulis..


Alhamdulillah buku tersebut banyak memberikan pandangan baru terhadap cara pemikiran penulis,
Penulis mula menyukai bidang perguruan ini..
Sedikit demi sedikit mula jatuh cinta dengannya.
Namun masih tidak sepenuhnya.







Tapi syukur kerana Allah membuka ruang hati ini untuk mencintainya..
Penulis cukup berterima kasih kepada penulis buku tersebut..

Dan buku kedua yang cukup penulis hargai ialah karya penulisan seorang guru Sains ini (Jom ke Pedalaman)..
Amat terkesan dihati
Jika dulu penulis sentisa tercari-cari buku yang boleh menaikkan semangat untuk mencintai bidang perguruan ini..
Namun setelah mendapat cinta tersebut…
Penulis tercari-cari pula buku yang dapat menguatkan diri bagi menempuh dugaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan mendatang.
Alhamdulillah sekali lagi, penulis ditemukan dengan buku yang berjudul JOM KE PEDALAMAN ini.
Rasanya ia boleh menjadi bahan bacaan WAJIB bagi setiap guru pelatih, bakal guru dan guru-guru sekalian…
Selamat Membaca dan merasainya sendiri…


“Sentiasalah mencari jalan untuk membahagiakan diri…
Kerana setiap usaha itu pastikan ada jalannya”

Kisah Kucing...

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Saturday, October 17, 2009 at 10/17/2009 09:42:00 PM



Hayatilah....
Adakah ini sekadar kisah kucing...
Tidakkah kita merasai bahawa ia adalah kisah kita juga??
Selagi punya waktu...
Berfikirlah..
Bertindaklah...
Berdoalah..
Agar setiap langkah kita sentiasa dalam pemeliharaan-Nya..
Amiiin

Ketika Cinta Bertasbih

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Friday, October 16, 2009 at 10/16/2009 02:19:00 AM




emmm...lagu ni agak popular jugak yer..
penulis yang agak terlewat mendengarnya...
entah tak tau nak komen aper...layanzzzz jer la...

Aku Ingin Mencintai Mu...

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 10/16/2009 01:54:00 AM





Aku terlalu ingin mencintai-Mu..
oooo kasihhhhh....

AKUKAH MANUSIA ITU??

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 10/16/2009 01:36:00 AM

Benarlah....setelah didatangkan hujan itu pasti akan dihadiahkan-Nya dengan pelangi..
sekalipun kita sangat bersedih dengan kehilangan panasnya sinaran pancaran mentari...

Hidup ini tak selalunya indah..adakala kita berasa gembira hingga terkadang sampai terlupa untuk bersyukur kepada si Pemberi nikmat itu...

Cukup ramai sekali yang pabila susah datang menjenguk, tika itu tidak berhenti sujud memohon kepada Allah...

Tapi ke mana pula perginya ketika diberi nikmat melimpah ruah...
ITULAH MANUSIA...

Renung-renungkanlah



UJIAN TANDA SAYANG

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Thursday, October 15, 2009 at 10/15/2009 03:13:00 AM

Ujian Tanda Sayang…
Ya Allah kini aku benar2 rasa diuji
Kekadang tak kuat untuk bertahan lagi..
Entah…
Serasa mahu menangis…
Tapi…
Tiada air mata untuk ditangisi…
Mungkin juga kerana kerja yang banyak menyebabkan otak ini tidak terlalu memikirkannya..
Namun ia turut mengganggu..

Memang benar.. “Ujian itu Tanda Sayang”
Sering juga kita didatangi mesej-mesej motivasi bukan..
Namun tika itu tidak sangat terkesan dihati..
Mungkin kerana jiwa saat itu tenang sahaja…
Tapi tatkala hati gundah sebegini..
Teringat-ingat pula kata-kata itu..

“Janganlah bersedih ketika mana Allah hilangkan matahari kita
dengan kehadiran hujan..
Kerana setelah itu…
Dia ingin menghadiahkan pelangi yang begitu indah
untuk pandangan mata..

Fahamlah diri ini bahawa ujian itu hanya untuk
insan yang benar-benar layak memikulnya.
Dia tidak akan sesekali membebankan dengan dugaan dan ujian
yang tak mampu dipikul hamba-Nya itu sendiri.
Seperti mana firman-Nya:

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

MENGIMBAU KENANGAN

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Friday, October 9, 2009 at 10/09/2009 11:23:00 PM

Rindunya kenangan di Bumi Anbiya dulu...
Tapi alhamdulillah tercapai juga hasrat untuk belajar di sana walaupun sekejap jer
at least Allah makbul
kan juga doa ku...
alhamdulillahhhhh

Harap2 dapat ke sana lagi dan dapat terbang lebih j
auh ke Makkah pula....
Doakanlah yerrr...

kat Mathoriah... tak der niqob...sapu tgn pun blh daaa


OTW nak ke Alexendariah...singgah sekejap kat qaryah al-asad.
eh mana asadnya...
huhu tak mau gambar dgn asad...dia sambut kitorg dengan pancutan air kencingnya...
mujur terselamat


Kenangan kat PIRAMID...
Tinggalan sejarah yang ALLAH izinkan untuk terus kekal di Buminya
ini sebagai tuntutan agar kita berfikir




Kat depan Kubu Salahuddin Al-Ayubi
Simbol kekuatan Islam...
Masih ada kah lagi pahlawan terbilang sehebat beliau???


Duduk bersantai sekejap di istana al-Farouq...
Raja terakhir Mesir...

Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)