JUMAAT... PENGHULU SEGALA HARI.. HARI RAYA ORANG ISLAM... KITA BERAYA SETIAP JUMAAT TAU!
Assalamualaikum...(perkara yang saya jarang lakukan bila menulis di blog... memberi salam bukan... maaf)
Seronoknya jumaat kali ini... CUTI! Alhamdulillah... dapat bersantai dari kelelahan bekerja... Yang tak berapa seronoknya CUTI! ... bOHrING =BOSAN + BORING
Rakan serumah menghadiri walimah kawan mereka... Kawan yang itu pula cuti-cuti Malaysia ke SEPILOK ... (tempat orang Utan ... tak muat ... xleh ikut...haha huhu... Kawan diseberang taman pula, ke SERVAY khabarnya, membeli keperluan mungkin ... Kawan yang itu, sudah terbang pulang ke kampung, menanti saat kelahiran pejuang sulung dari zuriat mereka suami isteri! Tahniah .... Tak kurang juga ada yang kurang sihat ... (syafakillah!)
Dihubungi yang berada di seberang laut China Selatan ... Sibuk kerja .... naaa ...bukan kerja kerajaan ... (peduli apa dia dengan cuti orang kerajaan... hahaha) (Moga Allah merahmati kamu dengan usaha rezeki yang halal itu untuk keluarga kita)
Ku hubungi lagi 'dia' manala tahu juga seperti ku ke'bOHring'an juga ... Rupanya sedang bergumbira di 'OPEN HOUSE'
eRM....kataku dalam kesayuan "Semua orang bergumbira ... Aku juga yang kesunyian"
Balasnya lambat sedikit :"huhu... tak pe la, ada masa nanti ko plak gumbira, aku pulak yang sunyi .. Life kan ..."
Arghhh.. tersentak aku!
Benar itulah kehidupan ... Ada masa kita bergembira ... Tapi Allah tak mahu kita terus alpa, dengan memberikan kita sentiasa gembira ... sesekali DIA berikan kita rasa sunyi itu ... Agar kau tak lupakan KU ... MAHA PEMBERI RASA GEMBIRA DAN SEDIH ITU ...
* Moga tahun hadapan memberi sinar dalam hidup kami suami isteri ... Doakan permohonan pertukaranku BERJAYA ... Aku tahu ... borang permohonan itu hanya wasilah, orang-orang KPM itu hanya penyebab lulus gagal permohonan itu nanti ...
Maka layaknya kita kembali merayu kepada-NYA! Memohon kepadanya ...
Kerana DIA Maha Hebat! Yang lebih Berkuasa dari setiap sesuatu !
Antara joran dengan ikan mana satukah yang kalian suka?
Tersebutlah kesah, Ahmad sedang memancing ikan, Arakian, banyaklah akannya mendapat ikan besar-besar, segar, lagi menyelerakan.. (Goreng pun sodap..hehehe)
Tapi, tetiba datanglah seorang wanita cantik lagi mengiurkan (dari ikan yang telah ditangkap tu) meminta belas ihsan pemuda hensem itu barang seekor dua ikan ditangan buat santapan pengalas perut nan kelaparan @ agak kebuluran itu...
Makanya, dia berfikir-fikir sejenak... (Macam ni lamanya...............................)
Ahmad pun, merasakan bahawa wanita cantik itu perlu dibantu..
"Kasihan sungguh dia... Ermmm... ikan ni memang banyak... Dia pun nampak sangat lapar tu..ermmmm...." ,monolongnya di dalam hati sendiri
"Tunggu sekejap ye , wahai wanita cantik" , kata Ahmad.
Namun, bukan kepalang terkejutnya wanita cantik itu... Bukan ikan yang diterimanya,
Habis tu apa pula yang diberi Ahmad ni! Ahmad ni pekak ke tersilap dengar..
Hei, perempuan cantik tu minta ikan la.. Aduh buat malu betul Ahmad ni... Ada ke patut dia bagi perempuan cantik tu JORAN! Alahai Ahmad...
Tahulah perempuan tu cantik, jangan la sampai memalukan diri sebegitu rupa..huhuhu
"Aku tidak tersilap wahai bidadari cantik", kata Ahmad setelah melihat kerut wajah wanita itu..
"Ambillah joran itu... Pasti ia amat bermanfaat buat mu... Aku memang mempunyai koleksi joran yang banyak... Yang itu aku hadiahkan kepadamu... Aku pulang dulu..."
Dalam maladeni sayu di hati atas sikap Ahmad sebentar tadi, Wanita itu melangkah perlahan mendekati gigi sungai tidak jauh dari situ... Duduk bersimpuh sambil menahan kelaparan, sesekali tersedu-sedu mengingatkan perlakuan lelaki sebentar tadi...
Sedar tak sedar, tiba-tiba JORAN yang diberi lelaki tadi tiba-tiba bergerak... Seolah-olah direntap sesuatu.. Takut joran dihanyutkan air, wanita itu segera menariknya berhati-hati...
Bukan kepalang terkejut bercampur gembira yang tidak terhingga IKAN PATIN rupanya...
Wah, boleh buat IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK NI.. (alamak terliur sudahhhh)
P/s: Apabila ada yang meminta ikan kepada kita, berilah ia joran... Agar esok, dia menjadi manusia yang HIDUP... Tidak lagi meminta-minta... Malah boleh pula memberi!
Nampak sedikit kedekut plus tidak bereprikemanusiaan memperlakukan wanita cantik itu begitu..Namun, itulah pendidikan terbaik untuknya..
Agar esok dia tidak lagi berulang-ulang, meminta ikan .. Jika semua pemberi ikan sudah mati... Makanya, dia juga akan mati kebuluran kerana tidak pernah belajar cara mendapatkan ikan itu sendiri!
Kesimpulannya, didiklah anak anda atau sesiapa sahaja dengan cara yang betul agar mereka boleh HIDUP sendiri, berdikari apabila kita telah tiada nanti...
Kekadang ada yang menilai diri ini sombong dan kurang mesra.. biasanya dipertemuan pertama atau hanya dilihat dari jauh...
tapi hakikatnya aku ni jenis yang banyak cakap gak..hehe
Caranya: 1. buka start 2. tekan: control panel 3. tekan: clock, language and region 4. tekan: regional and language option 5. tekan: change keyboards and
languages 6. tekan: change keyboards. 7. tukar arabic (saudi arabia) dan
tekan 'ok' 8. pastu perati kat taskbar, kat bawah
sekali sebelah kanan,
satu line ngan 'Start'
ade tulisan EN (EN tu untuk English),
tekan kat EN tu dan
tukar AR (AR untuk bahasa arab) 9. langkah terakhir, tampalkan pelekat