Selepas sebulan...

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Wednesday, May 28, 2014 at 5/28/2014 02:36:00 AM


Tak boleh tidur
Dikanan kak long fatimah
Dikiri kak ngah fasihah


Ummi mata tak layu lagi
Yang pasti bila mata dah layu nanti,
Fasihah akan bergilir mengejutkan ummi dengan Fatimah ;)


Word of the day:
#Bila MAHU, semua JADI

Puteri kedua

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Saturday, May 10, 2014 at 5/10/2014 10:45:00 PM

Hari ni 15 hari usia puteri keduaku
Maknanya sudah 15 hari juga tempoh berpantang
Dah kira siap 8 jun nanti baru cukup 44 hari ;)

Masa pantangkan kak longnya oh rasa satu penyeksaan sungguh nak tunggu 44 hari
Kali ni lebih cool

Puteri kedua lahir awal 12 hari dari tarikh jangkaan iaitu pada 26 April 2014 bersamaan 26 Jamadilakhir 1435H bersamaan hari keputeraan Sultan Terengganu.ecececeh...

Selamat dilahirkan secara normal pada jam 2.32 petang dengan berat lahir  2.79kg.Alhamdulillah.

Pengalaman kali ni bersalin pada hari sabtu.lega. 
Sebab bimbang juga sakit tu datang masa kat sekolah 
Jumaat malam perut kerap mengeras tapi belum rasa sakit. Tidur pun lena hingga ke subuh.

Kak long fatimah yang kurang sihat juga molek lena.pagi subuh dia kejut ummi nak susu.
Bangun solat, buat keje.merelax sikit.
Kemudian dalam jam 7.30 pagi lebih kurang rasa tak sedap perut. Biasala pagi terus masuk tandas.  Tapi rasa tak selesa perut tu berterusan dalam kadar yang tak keterlaluan.. atau nama lainnya kontraksi la tu... hihi

Dalam kepala terus fikir kena kemas apa yang patut, pakaian nak berpantang di kampung, basuh pinggan mangkuk yang berlonggok disingki. Dan kononnya nak basuh baju.Oh , tak sempat. Kontraksi dah makin kuat. 

Ingat nak tunggu adik datang untuk tolong jagakan Fatimah sebelum ke hospital.Tapi suami dah cakap 'Jom jela, tak yah tunggu Tikah.t dia datang terus ke hospital je' Lagipun rumah kami ditingkat 3. dan tiada lift. huhu .Kalau tunggu sakit kuat lagi takut tak larat pulak nak turun tangga. 

Dalam jam 11 kami gerak ke HUKM . Setiba di sana.Doktor sahkan baby dah berak dalam perut. Dan bukaan sudah 5cm.Terus masuk labour room.

Masa tu masih bersendirian menahan sakit sebab suami menjaga Fatimah.Adik lewat tiba.Jam 1.30 baru dia sampai dan suami masuk bersama menemani hingga baby kami selamat dilahirkan.

## Kanan : Kak long fatimah
## Kiri : Kak ngah fasihah



Sakit kali ni sekejap je . Mungkin betulla orang kata anak kedua lebih mudah. Tapi sakitnya macam lebih sikit..Entahla. :)

#Peringatan buat yang menanti hari. Masa sakit kontraksi datang awal- awal tu bawa la diri tu pergi makan. Sebab bila kontraksi dah makin kuat memang tak lalula nak makan apa dah. Tula silapnya saya sampai habis muntah masa dalam labour room.Sebab?
Perut kosong!
Pagi tu cuma sempat minum susu je.Kurma tak sempat beli :(
Selesai melahirkan lapar tu hanya Tuhan yang tahu. 
Masa lahirkan kak long steady je.Tak lapar sebab dah makan kurma banyak2. Kali ni tak sempat ...

Apa pun,alhamdulillah.sudah 2 puteriku ...



Terima kasih kepada semua yang mendoakan.
Terima kasih kepada semua yang sentiasa disisi terutama suami dan keluarga. 

Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)