HARAPAN HARI ESOK 21. MAC....

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Sunday, March 20, 2011 at 3/20/2011 06:16:00 PM






Esok dah mula sekolah...
Rasanya masa zaman masih student sekolah dulu..
Waktu mula nak buka cuti la saat paling malassssssssss sekali...


Tapi tak tahu lah...
Sejak dah kembali ke sekolah semula...
Rasa boring pula cuti sekolah ni...
Nak start ke sekolah esok pun macam tak de feel lagi..
Tak tahulah apa nak ditakrifkan perasaan yang bergelodak kat dalam ni...

Nak menambah cuti pun tak mau..
Nak start kerja semula pun tak tau apa perasaan ni...


Tapi tak pe la sekurang-kurangnya masa akan lebih terisi sepanjang hari persekolahan
Tidaklah seperti sepanjang cuti seminggu ni hanya memerap sahaja dirumah
dan sekali sekala keluar membeli barang keperluan di bandar...


Walau apa pun perasaan kita untuk menghadapi tugas esok..
Diharapkan ianya sentiasa diiringi restu suami, ibu bapa, keluarga dan yang lebih penting restu dari-Nya..
Agar setiap langkah kita menuju ke sekolah esok sentiasa dipayungi rahmat-Nya..


Mengajar di sini tidak semudah yang difikirkan..
Namun harapan kita-kita yang berada di sini -:) ,
Hendaknya Allah sentiasa bantu kita untuk memberikan yang terbaik buat insan-insan memerlukan di sini...




Hendaknya setiap apa yang diluahkan oleh pendidik sepertiku harapnya adalah kata-kata yang digerakkan oleh Allah...
Mudah-mudahan kita tidak menyampaikan sesuatu yang sia-sia...


Hanya satu harapanku di sini,
Agar aku dapat mengubah sesuatu menjadi manfaat untuk ummah..
Tak banyak pun tak mengapa...
Janji ianya ada sebelum aku meninggalkan kawasan bermakna ini...
Kerana aku tahu sesungguhnya ini adalah tempat yang DIA tetapkan untukku...
Walau terpaksa berjauhan dari suami...
Namun aku redha....




20 Mac 2011
Sandakan, Sabah
Hasnorwani Jamaludin

LaLaLaLaLaLa ;) ;) ;)

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Saturday, March 19, 2011 at 3/19/2011 10:38:00 PM






Banyak dengar dia sebut bill gates dlm ni kan...hehe

Tapi dia bukan panggil Bill gates sebenarnya...

Cuma arab biasa payah nak sebut jim so dorang tukar kepada sebutan ga (kaf yang ada titik tu)

And dia sebut fil gates sbnrnya...

tapi nyanyi laju mcm dgr Bill gates si kaya raya tu pulak...



Lagu ni tak gunakan Bahasa Arab Fushah

Guna bahasa 'ammi rasanya @ bahasa pasar...

Tak sempat belajar banyak tentang bahasa pasar ni sebab g sekejap je ke Mesir aritu...

Tapi tak pe kita ikut jela binatang2 ni nyanyi ea...



p/s: pesanan dalam lagu ni...

Kalo tak silap la...dia ada sebut 'cucilah tangan sebelum makan' -:)

NYANYI LAGI EA...

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 3/19/2011 12:05:00 AM




اليوم سنتعلّم عن الفواكه.

فمنها : عنب ، تفاح ، بطيخ ....

حيا نغني الآن ، أنشودة الفواكه !!!!


Hari ni kita nak belajar tentang buah-buahan pulak..

Antaranya anggur, epal , tembikai .....

Jom kita nyanyi sekarang !!! Lagu Buah2an....


BEST TAU !!!!!

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Thursday, March 17, 2011 at 3/17/2011 11:49:00 PM





Dua tiga kali ulang lagu ni
Sweet sangat...
Terutama bila dia laung asyroooohhhh
Hehe ... comel je sore si kecik tu...


Perasan tak yang dia kaitkan setiap nombor tu dengan sesuatu keadaan tertentu?
Tujuannya untuk memudahkan kita ingat... (Kaedah pertama)


Kaedah kedua : Ulanglah banyak kali...macam dalam lagu tu...
Kaedah ketiga : belajar berlagu ... lagi cepat ingat !!


CINTAI BAHASA ARAB KERANA IA BAHASA AL-QURAN !!!





Yang ni pun menarik belajar alif ba ta
macam kita belajar ;
A Ayam
B Bola
C Cawan

Tapi ni versi Arab...menarik...huruf hijaiyyah...
Sungguh BELAJAR & MENGAJAR Bahasa Arab itu sangat menarik...
I miss to teach B.A !!!!

Seronok and tenang je dengar lagu ni...
Sebab tiap-tiap huruf tu disertakan ilmu bukan semata bagitahu, contohnya ;


(Huruf SIN) sin-nun = sa-'ah (jam maksudnya) peliharalah waktu ! Disekolah mahupun di rumah.

lagi satu...

(Huruf MIM) mim-mun =masjid
Tapi ditambah lg pendidikan itu dengan bgth yang masjid tu BAITULLAH di situ dilaksanakan setiap solat...


Jom nyanyi sama-sama.....LALALA

Alifun Arnab

... يجري يلعب يأكل جزر

السلام عليكم.. ITS THE BEST SALAM, SPREAD IT EVERYWHERE

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 3/17/2011 04:36:00 PM







Islam = Religion = 宗教 = الدين

Islam = Way of life = 生命の方法 = طريقة حياة

Islam = Peace = 平和 = السلام

Islam = Respect = الإحترام

Islam = loving = المحبة

I♥LOVE YOU ALL FOR THE SAKE OF ALLAH ♥

(jumpa ni kat you tube)


~~Tapi sekarang aku sedar yang manusia perlu tahu erti syukur untuk mengerti apa itu bahagia.~~

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 3/17/2011 03:35:00 PM





~~sebelum ni, aku selalu kata dalam hati.. kamu, kamu, kamu semua... Jangan terlalu cepat menyangka aku bahagia sebab aku kadang2 lupa bahagia itu apa? Tapi sekarang aku sedar yang manusia perlu tahu erti syukur untuk mengerti apa itu bahagia.~~

"Ika wani jumpa ni kat blog kamu tadi..hehe"
Minta quote yea...Kan kamu selalu bilang yang wani suka geledah blog kamu...hehe
Memang pun !!!!


Tepat sekali ika...
manusia kena tahu erti syukur untuk mengerti apa itu bahagia..
Kerana bila dia inginkan bahagia sedangkan tidak tahu bersyukur..
Macamana bahagia tu nak datang...


Kerana itu kita perlu bersyukur atas setiap yang kita terima sama ada baik atau sebaliknya...
Dan syukur pasti akan membawa bersama bahagia dalam hidup anda !!!!!

Kan DIA dah bagitahu...
"Barangsiapa yang bersyukur pasti akan ku tambah lagi (nikmat itu)"

Jika yang sedikit pun kita tidak tahu bersyukur...
Bagaimana DIA nak berikan yang banyak !
Maka.. kenalah bersyukur...
Walaupun dapat sikit !

Kerana dengan kesyukuran kepada yang sedikit itu
Akan mendatangkan rezeki + bahagia yang lebih besar dalam hidup kita !!


:.:.:. Yang sedikit itu apabila ada berkat-NYA...
Pasti akan menjadi lebih baik dari yang banyak !!! .:.:.:
Fikir-fikirkan....


TAK HABIS LAGI MOOD WEN WEN

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 3/17/2011 01:11:00 AM









BASAH LIDAH

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 3/17/2011 12:41:00 AM


Ikut cakap Bonda @ Dayah...
Zikir sikit sebelum tidur...


YANG NI SAYA SOKONG !!!

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Wednesday, March 16, 2011 at 3/16/2011 11:33:00 PM

"Mula rasa meluat dengan pasangan suami isteri bercerita berlebih-lebihan hal rumahtangga mereka dalam FB nih. Perlu ke untuk tatapan umum?? Sedangkan nabi suruh rahsiakan hal rumahtangga masing2"
Rujuk wall : Ahmad Tarmizi (Ibnu Yusoff)





>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

نتعلّم اللغة العربية مع يو تيوب

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 3/16/2011 09:40:00 PM




تعال نتعلم معا

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 3/16/2011 09:36:00 PM

Terjumpa ni kat fb...

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 3/16/2011 08:19:00 PM



Terlalu ramai yang suka kepada horoskop...
Konon bukan horoskop...
Ada yang islam punya...
Kajian diri...
Ikut bulan kelahiran Islam la pula...
Jom cuba baca link yang diberi tu....

كل عام وانت حبيبي

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 3/16/2011 07:47:00 PM




عيد ميلاد سعيد

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 3/16/2011 05:13:00 PM










Sebenarnya rindu sangat dengan Bahasa Arab...Jadi tu yang tayang lagu arab kat sini bersempena ucapan Sanah Helwah dari sahabat2 semalam...

Kenangan semalam?
Walaupun jauh dari yang tersayang..
Namun tetap ada manisnya...

Nantilah cerita ea...
Layan lagu ni?
Faham ker?
Wani pun tak faham semua...
Tapi buat buat faham jer...hehe

&
&
&
&

Suka doa ustaz saya ni...Syukran Ustaz Syed Hilmi





Belajarlah menghargai jika ingin dihargai

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 3/16/2011 04:25:00 PM


Walau tajuknya tercatat kalimah "H.A.R.G.A"



Namun ia bukan sesuatu yang boleh dibeli dengan mana2
mata wang yang sememangnya terkenal dengan harga yang
sangat bernilai yang membolehkan si pemiliknya membeli apa sahaja
yang terlintas dalam akal fikirnya..


Kerana itu ada kata-kata menyebut :
"Wang bukan segala-galanya"


Tapi ada juga yang menjawab:
"Sememangnya wang bukan segala-galanya...
Tapi tanpa wang anda tidak akan dapat segala-galanya"


Betul atau salah bergantung kepada otak anda mencerna makna dan sejauh mana positifnya akal fikir anda bergerak...


Walaubagaimana pun..memang jelas apa jua jawapan anda seharusnya anda tahu menghargai setiap apa yang hadir dalam hidup anda...
Hatta seulas nasi yang masuk ke dalam kerongkong!
Apatah lagi berkenaan kasih sayang yang anda terima dari sesiapa jua yang pasti ramai sekali tidak perasaan akannya...
Kerana manusia seringkali hanya perasan akan sesuatu yang sangat berharga pabila ia hilang dari pandangan mata atau dari dunia yang fana' ini...
Bukankah begitu??


Manusia suka memberi alasan...
Manusia suka mengelak...
Manusia suka menyatakan sebaliknya...
Manusia suka menidakkan hakikat...


Kerana manusia seringkali suka merugikan diri dan menyesali sesudah segalanya tidak lagi dapat dikembalikan ke asalnya....


:.:.:.:. Belajarlah menghargai sebelum semuanya pergi dari anda.:.:.:


Kerana saat datangnya rasa untuk menghargai itu..
Dan anda sudah terlewat...
Tiada lagi makna bagi sebuah harga yang anda ingin hulurkan itu..

Menyesal itu baik...
Namun, jika ia sudah terlambat... tiada lagi gunanya...


"Sesal dahulu pendapatan...Sesal kemudian tiada gunanya"





Cerna minda anda!!!
Gerakkan rasa itu!

DOA UNTUK DIRI

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Tuesday, March 15, 2011 at 3/15/2011 09:50:00 PM


Malam semalam sebelum menjelangnya 15 mac 2011
Aku sempat berdoa untuk diri...


Align Center
Agar esok diberikan kemudahan dan segalanya berjalan lancar, diberkati-Nya...
Kerana esoknya itu adalah hari ulangtahunku yang ke 25...
Tak sangka sudah 25 bah!!



Harap2 Allah bantu aku untuk meneruskan hidup melewati usia yang masih tersisa
yang tidak dapat kita check baki akaunnya di mana2 laman sesawang mahupun talian hayat atau apa sahaja kecanggihan



Kerana itu hak mutlak Allah yang mengetahui dan menentukannya
Tidak boleh dijangka adakah aku masih berkesempatan menemui usia baru ku yang ke 26 atau tidak...
Hatta tidak dapat diketahui samada masih berkesempatan menghirup udara-Nya pada usiaku yang ke 25 tahun 1 hari itu...
Segalanya hanya dia yang lebih tahu!



Jadi...tiada dayanya aku menolak keinginan hati agar memohon ke hadrat-Nya memanjangkan usiaku dalam keberkatan..
Dapat hidup disamping suami tercinta...kekal bahagia; bercinta hingga ke syurga hendaknya...
Dapat menjalankan tanggungjawab amanahnya terhadap keluarga dikampung..ibu ayah yang sudah tua...
Adik adik tersayang dan anak didik yang masih memerlukan tunjuk ajar...



Ya Allah...
Permudahkan segala urusanku dalam apa cara sekalipun..walau di mana pun aku...
walau bersama siapa pun aku...
Tiada lain yang dapat ku panjatkan pergantungan..
Hanya kepada-Mu...
Bantulah hamba-Mu yang lemah ini...



Berkati usiaku...suamiku...keluargaku...anak didikku....dan seluruh umat Islam....

Rewang2 fb

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Monday, March 14, 2011 at 3/14/2011 11:56:00 PM

HIDUP PENUH WARNA

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 3/14/2011 11:08:00 PM






Tak sabar nak tunggu pukul 12 mlm ni..hehe...
Nak call free orang jauh...
Tunggu...

Tetukar template blog

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Sunday, March 13, 2011 at 3/13/2011 11:11:00 PM

Huhu
tertukar template blog..
akhirnya jadi cenggini...otak penat dah nak susun n edit semula..
so terbengkalaila sebegini..
harap maaf

akan diusahakan diperbaiki semula 2 3 hari lagi...
insyallah

sok nak g sekolah
so, kena tido awal...
harap tak terkesan dengan background blog yg serba tak kena ea...huhu
Aslmkm n slmt mlm dari sandakan...

KITA HANYA MANUSIA BIASA

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 3/13/2011 09:30:00 PM






Kita hanya manusia biasa...
Punya hati dan perasan...
Walau sekuat mana seseorang itu pasti hatinya masih berfungsi...
Tika sedih, sayu ...
Tika marah...
Tika kecewa...
Tika segala rasa bercampur baur....

Kita hanya manusia biasa...
Mudah terkesan dengan sikap seseorang...
Mudah terasa dengan tingkah seseorang...
Mudah tersayu dengan kata-kata seseorang
Walau sekuat mana dia dimata orang lain...
Pasti jiwanya tersentuh jua
Tatkala hatinya disakiti...
Tatkala nalurinya tidak dipeduli....

Walau semua mata yang melihat mengatakan dia tabah...
Ketahuilah dia manusia biasa...
Yang punya segala detak rasa ...
Yang punya hati yang sama seperti manusia lain...

Cuma bezanya dia dengan orang lain...
Mungkin...
Bagaimana cara dia mengawal rasa itu
dari terbias menampakkan segala duka...

P/S: Tiada kaitan dengan penulis....


Bukan nak cerita tentang CEO FACEBOOK yang kaya raya ni!

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 3/13/2011 01:39:00 AM


Sebenarnya dah lama tertanya2
Kenapa orang suka tulis tentang suami or kekasih hati dia kat facebok@fb

Emmm...bukan tak boleh tulis...
Coz kekadang diri pun ada gak tulis berkaitan perkara yang sama...
Cuma jangan la keterlaluan menulis perkara tu je..
Sbb fb ni open n menyebabkan sema yang tertakluk menjadi friend kita akan boleh baca setiap yang kita tulis..

Apa salah sesekali kita tulis sesuatu yang menyumbang kepada pembangunan ummah dan jiwa...
Bukan banyak kali pun..."sesekali je"...bolehkan?!

Kerana selalu juga berlaku, fb dijadikan medan meluahkan perasaan marah pada seseorang @ medan kata mengata orang serta tempat bertelagah...
Kan tak berapa manis tu...

Kita masih boleh bercerita panjang tentang perjalanan + aktiviti harian bersama suami@ isteri
Cuma jika kita kurangkan berita tersebut kepada 50% dan selebihnya banyakkan kepada menyumbang kata-kata semangat or motivasi or apa aje selain yg berunsur negatif,
bukankah lebih baik

Ianya bersifat lebih umum
Boleh dijadikan teladan & peringatan kepada rakan2 fb
Bukankah itu lebih elok dan tidaklah menyebabkan pembaca yg terlintas baca tu boring dengan isu yang sama sahaja yang kita ketengahkan dalam wall fb tu...
hehe

Fikir2kan & selamat beramal

P/s: Pesanan buat diri Hasnorwani yang selalu lupa!!!!!

Berita cuaca di tempat baru....he3

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Saturday, March 12, 2011 at 3/12/2011 05:32:00 PM




Hujan di Sandakan masih lebat...
Berhenti dalam 5 minit sambung semula hujan...
Begitulah tidak berhenti-henti...

Tadi sempat ke bandar membeli barang harian..lalu la tepi laut sandakan...
air laut memang bergelora kuat...
Walaupun Sandakan kurang terdedah terhadap kesan ts
unami yang dikuatiri memberi kesan terhadap perairan pantai Sabah...
Namun aku tetap ada sedikit gerun....
Payung hampir patah tadi gara-gara angin + hujan kuat...
Nak berjalan pun susah sebab angin kuat sangat

P/s: Tapi gambar2 yang tuan hamba masukkan dlm blog ni semuanya hamba copy dr blog org lain...
Dan lagi satu ni semua gambar2 laut sandakan dalam keadaan cantik n tenang...hehe

Gambar2 ni semua disedut terus dari laman web http://yatiroza.blogspot.com
dan blog promosi sandakan :
Harap diizinkan....


T cerita panjang ya...

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 3/12/2011 01:52:00 PM

SIDIH SIKIT

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Saturday, March 5, 2011 at 3/05/2011 08:27:00 AM


Ada sikit sidih rasa di hati...huhu
Abang nak balek kl dah ptg ni,,
Tinggalkan daku sendiri di Sabah...huhu
Bila la lagi boleh jumpa ni..huhu

Tok leh tulih panjang panjang..
Mau berginang ayer mata ku

p/s buat diri:
Ini keputusan yang ekau buek
So kena terima...
pasti ada sabab musabab plus hikmahnya kau di sini
bersabar la ea wahai diri

Dedikasi buat Wan Mohd Zaid...

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Friday, March 4, 2011 at 3/04/2011 01:59:00 AM


TERBALIK SUDAH...
NI SEBENARNYA DARI WAN MOHD ZAID BUAT MY LOVE ; HASNORWANI YANG JAUH DIPERANTAUAN...CEWAH...
LAYANZZZZ...



For The Rest Of my Life


I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there is a couple words I want to say
Chorus:

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)