"Dulu selalu meremehkan kerja GURU konon mudah dan banyak kelebihan...sekarang baru
rasa apa itu kerja GURU...buat penyakit darah tinggi ja!!!!"
Ini kata-kata seorang pendidik baru...
Mengenai sebuah realiti...
Tidak lagi bermimpi..
Menjejak... mengimpi...
Terus berusaha memahat strategi,
Anak bangsaku perlu ''menjadi"!!
Lihat, ramai yang hendak jadi cikgu sekarang..
Atas pelbagai alasan...
Ada yang memang berjiwa pendidik..ingin melihat anak bangsa berjaya sehebat dirinya, malah lebih lagi.
Namun, tak kurang juga menjadikan profession ini pilihan terakhir setelah lelah mencari kerja
layaknya ijazah yang digenggam!
Cikgu tak lagi seperti dulu..
Perginya seawal pagi,
Pulangnya tengahari..
Rehatnya panjang berhari-hari...
Cuti sekolah dinanti-nanti,
Hidupnya riang tidak terperi,
Kerjanya sedikit, lapangnya lama berehat diri...
Cikgu sekarang tak seperti dahulu,
Cutinya terisi tuisyen dan beban,
Menanda kertas, buku, merancang transformasi,
Cuti panjang tinggal separuh cuma,
Bukan merungut... itulah realiti...
Bersedia sebaiknya apabila anda benar memilih profession ini.
Jangan kelak memakan diri,
Hanya menunggu saat-saat gaji,
Ikhlas dihati hilang dibimbangi,
Anak didik tak lagi menyenangi,
Cikgu sendiri, sepi mahabbah diri,
Yang tinggal rungut, jerit pekik,
Lelah setelah memilih sendiri...
Kerana cikgu kini tak lagi seperti dulu!