Aku mencari T.E.N.A.N.G

Posted by HASNORWANI ... | Labels: | Posted On Sunday, February 26, 2012 at 2/26/2012 12:54:00 PM


Tuhan sentuh aku dengan cinta-Mu
Basuh rindu dendam hatiku
Berlari mencari diri-Mu
Terbata meraba di fatamorgana dunia


Tuhan ampun bila hamba terlena arungi sang hidup
Menangis tercenung nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon Engkau ampuni sang jiwa


Lewati sepi lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising di dalam tawa
Hanya dengan-Mu aku tenang
Aku tenang



Berlari mencari terlempar tak pasti
Terbata meraba di fatamorgana dunia
Menangis tercenung nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon Engkau ampuni sang jiwa


Lewati sepi lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising di dalam tawa
Hanya dengan-Mu aku tenang
Aku tenang
Aku tenang
Aku tenang













.:.: Alhamdulillah hari ini genap 5 bulan 'dia' bersama dalam rahimku ...
Walau terkadang sunyi dengan kejauhan sang ayahnya ..
Walau terkadang hati terasa terlalu inginkan sang ayahnya bersama ..
Namun, ku tahu itulah ujian dariNya
Agar kami lebih bersedia dengan segala kemungkinan mendepan


Menghadapi hidup yang mungkin jauh lagi pancarobanya
Dalam mencapai impian ke syurga ...






Dekatkan kami dalam rahmat-Mu ya Rabbul Izzati..
Hanya pada-Mu kami memohon dan berserah.

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi

Posted by HASNORWANI ... | Labels: , , , | Posted On Friday, February 24, 2012 at 2/24/2012 06:28:00 AM


Salam peeps! OK, ini adalah antara entry-entry terakhir tahun ni!
Today I’m going to talk about a rather important issue in Malay language; which is lost in translation of words from Jawi to Rumi.

Sewaktu menelaah Bukumuka sekejap tadi (takdelah sekejap, adalah dalam 3 jam yang lepas), saya terbaca status kawan saya dari Brunei. Namanya Rashid Rahman Hassan. Nama panjang: Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit. Untuk yang tak tau, Rashid ialah pemenang tempat kedua Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2011 dekat PICC awal tahun ni, dan dia mewakili negara Brunei.
Ini ialah status dia yang saya printscreen dari facebook:

clip_image002

Agak menarik status dia! Tiada pagar makan padi. Tetapi burung pegar. Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.
OK, saya terus mintak keizinan dia nak share, dan lepas je dia bagi kebenaran, terus saya copy paste letak dalam status saya, tapi saya tambah sikit:

clip_image004

Saya tambah bahagian batuk dalam status saya, atau sebenarnya batok. Daripada kecik lagi, saya selalu pelik kenapa “melepaskan batuk di tangga” tu bermaksud buat kerja separuh jalan?


Cikgu-cikgu Bahasa Melayu saya masa sekolah rendah pun takde explain lebih lanjut pasal apa batuk tu. Jadi saya assume maksudnya kita batuk dekat tangga. Tapi memang tak boleh relate, kenapa batuk dekat tangga tu maksudnya buat kerja tak habis? Kenapa batuk? Bukan bersin di tangga ke, sendawa ke, menguap ke?
Masa sekolah menengah, barulah cikgu saya (tak ingat dah cikgu mana...) cakap yang sebenarnya bukan batuk, tapi batok. Disebabkan perubahan ejaan jawi ke rumi, ramai orang tersalah anggap bahawa batok tu bermaksud batuk.

Apa batok tu? Batok tu sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. Macam lepas guna getah paip dalam tandas, tak letak hujung dia dekat pemegang lah lebih kurang. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.
Inilah contoh batok tu ye kawan-kawan:

clip_image006

“Kau ada batok dekat rumah? Kau mampu?”

Untuk burung pegar pulak, saya cuba google gambar dia. Kemudian jumpa dekat wikipedia.

clip_image008

Namaku Si Pegar, bukan Pagar!

Ha, nilah contoh burung pegar, atau dalam Englishnya berbunyi ‘pheasant’. Saya pun letak gambar ni dekat facebook.

Dekat Malaysia rupanya kita panggil ayam pegar, dekat Indonesia pulak dipanggil burung pegar. Tapi ayam ke, burung ke; kedua-duanya bertepatanlah dengan peribahasa ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. OK, patutlah. Selama ni ingatkan pagar. Sebab tulah rasa pelik, kenapa pagar makan padi? Lagipun zaman dulu mana ada orang pagar sawah padi (ada ke? Rasa macam takde...).
Rupanya orang maksudkan pegar. Pegar ni digunakan macam burung hantu lah agaknya. Kawalan biologi untuk membunuh tikus dan serangga perosak dekat sawah padi. Tetapi ketika mengharap burung pegar ini tolong makan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ni makan pulak padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuan punya sawah untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak; dia sendiri jadi binatang perosak. Jadilah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. (Baca lanjut)


So kita dah tahu ni, jom sama-sama sebarkan! Jangan biarkan kesilapan ni menghantui anak cucu kita! (ini adalah SERIUS!)


Di cetak rompak penuh dari blog INI   (Harap diizinkan tuan blog)

Berubah hobi

Posted by HASNORWANI ... | Labels: , , | Posted On Friday, February 17, 2012 at 2/17/2012 09:57:00 AM


Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Salam jumaat yang penuh barakah ...


Moga jumaat yang indah ini bisa membangkitkan semangat kita untuk meneruskan perjuangan hidup yang belum berkesudahan ...

Berbahagialah mereka yang beruntung apabila telah memilih jalan kebenaran dalam menelusuri hidupnya di dunia fana' ini...



Wah, wah intronya... hehehe







Lama sudah rasanya tidak menulis di sini ...
Bukanlah tiada idea sangat cuma tangan seperti malas menggerak tari di atas keyboard acer pemberian ayah terchenta ini ...

Akibatnya berhabuklah blog usang nan kesepian ini ...






Buang habuk dulu












Seperti biasa, sebenarnya hari ini hanya isu biasa yang mahu ditulis ....

Hobi....

Saya bukanlah pakar dalam bab masak-memasak ni, sekadar boleh aja...

Memandangkan adik beradik semua perempuan dan ramai kakak yang pro bab dapur, menyebabkan saya lebih banyak memilih untuk menyelesaikan urusan kemas mengemas rumah contohnya pada hari raya atau waktu adik beradik berkumpul ...





Malangnya, saya kurang mahir dalam bab masak memasak...
tapi bukanlah beerti tak minat memasak... 
Minat tu tetap ada...



Cuma sebab selalu ketandusan idea, masakan pusing yang sama saja dan lebih kurang aja ...







Tapi nampaknya sekarang ni seperti sedikit ada perubahan.



Sejak berbadan dua, memasak seperti menjadi hobi harian pula..
Walaupun masih dalam keadaan 'terkedek-kedek' belajar memasak,
Namun semangatnya jelas ketara...

Setiap hari, ada sahaja yang tekak ni teringin nak makan...
Almaklumlah jauh diseberang laut, sendirian tanpa keluarga dan suami tersayang...

Hidup banyak berdikari mengisi kekosongan ruang waktu yang ada...
Nak minta emak yang masakkan pun jauh dan kena tunggu cuti panjang saja...

Keinginan orang mengandung ni semua nak segera aja ...





So, pilihan terakhir yang ada adalah masak sendiri ...
hehehehe...

Semalam terbau-bau orang rumah sebelah masak ayam masak merah gayanya...
Uih, keteringinan tu jelas ternyata...

Akibatnya, pagi ni awal pagi lagi siapkan sarapan cekodok ikan bilis sama panaskan mee goreng mamak malam tadi... 
Selepas sarapan terus masak ayam goreng belada bersama sayur campur ikut citarasa sendiri... hahah


Gambar? Tak perlulah ...








Selamat menjamu selera di hari jumaat...


Hari ini memang hari yang menceriakan!


Tak sabar menunggu jam 11. 30 malam nanti!!!






Mee goreng mamak beberapa hari lepas








** Rekod terbaru : semalam dah menyiapkan tanda paper sivik sejurus sahaja murid selesai menjadi ujian setara satu ... Wah aku tak pernah efektif sebegini... 


Hari ni menanti paper untuk subjek PI selesai dijawab untuk ditanda... Jika ada kelapangan ...(Hujung minggu tak elok diganggu dengan kerja)




Mari bercuti!   -:)





First ultrasound

Posted by HASNORWANI ... | Labels: , , | Posted On Thursday, February 9, 2012 at 2/09/2012 05:19:00 AM



Subuh sudah di sandakan .... (5.11 a.m)


Pagi semalam buat scan ... yes... first scan! after 4 month .... 


Sekarang dah namapak tulang belakang baby, hidung dia, peha dia, kaki - tangan, kepala.. semuanyalah! anak ummi semuanya dah cukup sifat doktor kata... alhamdulillah!


Terujanya bila dapat tengok baby... 
Nampak tenang je kat dalam tu...
Jadi anak baik yea..


Moga sayang selamat lahir ke dunia jadi anak soleh/ solehah.


Miss u...
Ayah yang jauh di k.l tu pun teruja sebenarnya tapi saja buat cool sebab dia tak dapat tengok hehehe...






Owh sungguh teruja melihatnya buat kali pertama ...
Tak sabar nak tunggu baby dalam wajahnya yangs sebenar

(Ni bukan ultrasound yang dibuat semalam ... ni cilok kat youtube jek...
Doktor print out kertas sekeping je, tiada rakaman videonya)

So, doakan anak ini sihat membesar jadi insan berguna dunia akhirat!

Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)