Mood Bermadah

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Sunday, May 30, 2010 at 5/30/2010 04:03:00 PM

"Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi."



"Cintailah apa yang ada, jangan cintai apa yang tiada"


"Sukailah apa yang kita dapat, walaupun kita tidak dapat apa yang kita suka"


Inilah realiti..kita selalu disilaukan dengan kaca diseberang jalan sedangkan permata didepan mata...masih tak nampak..akhirnya kita yang melepas...

semuanya berpunca kerana tidak tahu menghargai dan bersyukur dengan kurnian-Nya...


So... cintailah CINTA!

Pentingkan CINTA Utama berbanding cinta pertama...


Jangan terleka dengan indahnya bait kata...
tapi hayati dan fikirkanlah maksud disebaliknya...

Chanteeeek

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 5/30/2010 10:09:00 AM

Musim orang kahwin...

So nak cakap pasal etika mencari jodoh...cewah...
Em ..biasanya atas kriteria apa seorang lelaki memilih pasangan hidupnya yea..
Sebab cantik? menawan?

Agaknya apa definisi cantik pada kita yea?

Putih berseri, ayu bertudung, seksi + seksa yang memandang or apa-apa sahaja..
Cantik itu berbentuk relatif...
Bergantung kepada cara berfikir seseorang..

Ada yang kata putih cantik...
Ada pula yang kata sawo matang tu lagi cantik...
Tak kurang juga yang mengiktiraf hitam berkilat tu cantik...
hehe..bukan hitam berkilat..tapi hitam manis menawan la...

Bak kata Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya "Nota Hati Seorang Lelaki".... katanya:

"... jangan tengok pada kulit wajah yang luntur,
tetapi lihat pada jasa yang ditabur,
... bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar,
tetapi lihat pada kesetiaan yang tidak pernah pudar...
Itulah kecantikan seorang isteri walaupun mungkin dia bukan isteri yang cantik"

Walau atas dasar apa pun kalian memilih pasangan hidup..hargailah dia..
Terimalah seadanya...
Sedarlah tiada apa yang kekal abadi di atas muka bumi ini..
Lebih-lebih lagi kecantikan luaran...

Hanya kecantikan dalaman sahaja yang mampu bertahan...
So, carilah ia...
Sabarlah jika kalian dapati isteri yang dinikahi tidak seperti yang diangankan..kerana mungkin di situ ada ujian dan hikmah tersembunyi...

Bukankah, Allah itulah Pemberi Hikmah Teragung...
Fikir-fikirkan....

Barakallahu lakuma......

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 5/30/2010 03:36:00 AM




Sempena walimah sahabat-sahabat ku yang bakal mendirikan satu lagi perintah Allah..
Maaf sekali lagi kerana tak dapat hadir...
Lagu ini mungkin dapat mengganti diri..

Barakallahu lakuma,
Wa baraka alaikuma,
Wa jama'a bainakuma fi khair...


Ceritera Sg. BESAR...

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 5/30/2010 02:42:00 AM

Jumaat...cuti wesak...
Yang tak balik sila keluar rumha...buat amal jama'ie rumah ...cabut rumput...huhu
Tak pela ..best gak...

Tengah-tengah cabut rumput..
Makkk...lari lipannnnnnn...

Kawan2 lain: eh tu bukan lipan la...
Diri : erkkk...bukan ker? Tapi rupanya sebijik cam lipan...takut woooo...

Yela sunat bunuh tu...merbahayakan...kan kan kan...
tapi lipan ni warna-warni..hehe..bukan lipan rupanya kawan2 ku kata...

So, teruskanlah operasi amal jama'ie rumah ...


KEESOKAN harinya..masuk bilik air...baru nak mandi..tiba-tiba..muncullah seekor lipan dari tah memana...huhu..terus keluar panggil kawan...

(Dalam gelabah)...Tolong...lipan dalam bilik air..

Kawan: (mcm nak tak nak je percaya) ye ke lipan tu..

Diri : (dalam ketakutan) betul...ni memang lipan la.. boleh pulak dia ingat den tak kenal lipan lagi tu...

Kawan: (Slow-slow jalan masuk bilik air...) opssssssss lipan betul rupanya... (sambil berusaha bunuh lipan tu...coz den memang takut nak bunuh binatang...hukhuk..)

Tq my Pren...

p/s: Jgn main dengan lipan tau... BAHAYA!!. eH..ada ke orang nak main dengan lipan..hehe..

al-kisah...di hari cuti hujung minggu...


Kalau dah suka....

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 5/30/2010 02:03:00 AM



Inilah jadinya bila den dah suka...
Ada orang sukakan sesebuah lagu tu disebabkan rentaknya..
Tapi penulis mudah jatuh hati pada sesebuah lirik lagu tu terlebih dahulu...

Kerana lirik tersebutlah yang benar-benar ingin disampaikan oleh penulisnya, bukan?
Best lagu ni...

"For The Rest of my Life"
Hayatilah....



Khas buat anak didik di SAM Sg. Hj. Dorani

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Sunday, May 9, 2010 at 5/09/2010 07:52:00 AM


Peperiksaan sering menyebabkan ramai dari kita stress bukan..
Tak kurang juga yang sampai sakit kepala memikirkannya.
Namun, ada satu kata-kata yang sentiasa membuat penulis tenang apabila hendak menghadapi peperiksaan..
Bukanlah persediaan itu terlalu rapi…
Tapi ketenangan jiwa akan mampu untuk mengarahkan tindakan kita menjadi orang yang lebih rasional dan komited terhadap tanggungjawab kita..
Betul tak?


Sekadar penghibur hati yang gundah mungkin..
Hayatilah bait kata-kata ini:

If you stressed by EXAM,
REMEMBER!!
STRESSED is just DESSERTS..
Spelled backwords..
So, EXAMS are just a piece of cake… (yum yum yum)


Jadi sekarang..bila dah rasa tertekan dengan exam…
Anggap je peperiksaan tu sebagai salah satu DESSERTS yang amat menyelerakan..
Buku-buku dalam pelbagai bentuk tu sebagai perencah kepada kejayaan kita kelak..
Moga kita sentiasa berusaha menuju jalan kemenangan..Insyaallah..

Good Luck..
Dan Salam Kejayaan bagi semua yang telah dan bakal menempuh peperiksaan.
Maaf atas segala salah silap..
Terlanjur kata..Tersalah menegur..
Terasa dalam memberi peringatan..
Tersalah sangka… Terguris hati..
Dan saya doakan semua sahabat-sahabat agar berada dalam lindungan Ilahi hendaknya..Insyaalah…
Salam semua… Salam Keceriaan dan Salam Permulaan kepada langkah kehidupan yang baru..

Sepintas Lalu

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 5/09/2010 07:29:00 AM

Minggu pertama praktikal...
Tak banyak yang dapat ditulis...
Masih baru mengenali suasana sekolah, murid-murid...
Masih cuba membiasakan diri dengan tempat baru,

Kekadang serasa seperti yang dipelajari semasa di kampuss dulu agak sukar diaplikasikan ketika berada di sekolah sebenar..
tapi kita perlu cuba jugakan..
Chaiyok2 SMPI 06/07



P/S: Slmt pengantin baru Cik Afidah dan pasangan..
Tengah-tengah praktikal ni pun sempat lagi sahabat-sahabatku melangsungkan hari bahagia ni...
Alhamdulillah, moga segala yang dirancang berjalan dengan lancar...
Dan bertambah keberkatan sepanjang melalui bahtera rumahtangga...

Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)