Nah, tengok puas-puas; bakal-bakal ibu 2012 SM St. Mike

Posted by HASNORWANI ... | Labels: | Posted On Sunday, April 15, 2012 at 4/15/2012 09:30:00 AM





Buat tatapan kawan2 semenanjung yang sibuk suruh upload gambar
Macam 'retis' pula rasanya

Dorang sibuk sangat nak tengok gambar terbaru bukan apa,
Nak tengok perut bakal mommy la tu


Ha tengok puas-puas
Gambar ni gambar semalam  ; 14 April 2012
Fresh sangat la kan
Gambar yang di ambil sempena Program LDP sekolah , Team building , main masak-masak pula
Penatnya Allah je yang tahu huhu

Gambar ni jela yang ada ea
Dah lama tak bergambar

Masa ni bakal mommy kat 2 hujung tu dah pun masuk 27 minggu,
Insyallah seminggu lagi cukup 7 bulan



Serius nya aku buat air ...



Bakal mommy untuk anak keduanya; kawan maman la tu



Yang ni pun bakal menyusul bagi awan dania nya kawan, tak tau la anak sapa yang keluar dulu ni hehe




Teka mana satu bakal ibu itu?


hehehe
.: Yang kecil molek pakai baju putih tu ....




Dan bakal ibu yang sedang menunggu hari je tu
Berjubah molek di depan sekali




Ramaikan yang akan cuti bersalin tahun ni 


Haha


5 orang !


Pengsanla sekolah mencari guru ganti




* Semua gambar di ambil dari page Kelab Guru
Harap diizinkan




*** Edit 1 Mei : Berita terkini; 6 orang rupanya bakal baby 2012 ...wohoaaa....semoga semuanya selamat!

Saturday night

Posted by HASNORWANI ... | Labels: , | Posted On at 4/15/2012 12:58:00 AM

Alone...
Lonely...Saturday night.
Who has the same feeling?



Akhirnya ia gugur jua ...





Airasia ??

Posted by HASNORWANI ... | Labels: , , | Posted On Saturday, April 14, 2012 at 4/14/2012 12:39:00 AM




Serius lawak!

Memang kelakar, i like!

Yang selalunya announcement tu nerd je... first time naik dulu dengar la juga
Tapi la ni, naik je airasia tu memang bajet badan bagi selesa pastu terus layan mata...

Tak de nak tunggu dia terbang dulu ke... memang terus jalan

Bayangkanlah bila flight 0715 a.m. tu
memang wajib kena bangun jam 4 pagi la
Bergerak dari rumah lagi kan

Sampai je Sandakan terus nak menyambung kerja sampai jam 6 pula
Memang mengantukla



Tapi video ni memang best :)
Cool je dia..




Di sebalik best yang tak pernah aku dengar pun sepanjang berpuluh-puluh kali naik flight ni
Kesian kat my husband minggu lepas

Flight dia delay sampai 7 jam
Flight yang sepatutnya berlepas 4.20 petang
Ditangguh penerbangan hingga jam 10.30 malam

Giler lama
Rugi tak beli insurans (memang selalu buang insurans flight tu hehe)

Sebab apabila ada insurans tu boleh claim kalau airasia delay melebihi 2 jam!

Kalau flight petang or malam memang kemungkinan delay tu ada


Antara faktor delay baru ni, sebab flight rosak!
Aduh, seram aku nak melepaskan dia pergi

Namun, alhamdulillah selamat sampai.
Tapi kesian pukul 5 pagi baru sampai rumah jumpa bantal.


.:.: Orang yang sekali sekala naik flight memang rasa teruja, tapi aku yang setahun lebih 10 kali menghabiskan duit kat Tony Fernandes tu memang dah naik muak dah... Menunggu berjam-jam

Lambat sikit, kena tendangla tak boleh naik.
Kalau tiket harga 40-50 ke tak pe jugak
Alahai, ujian hidup




Rindu padanya menjenguk rasa

Posted by HASNORWANI ... | Labels: , , | Posted On Tuesday, April 10, 2012 at 4/10/2012 04:57:00 PM

Beratnya melepaskan dia pergi

Moga perjalanan panjang itu dirahmati Allah




Tidak dapat mengiringi perjalanan pulangnya
Namun ku titipkan doa disepanjang gerak langkahmu 
agar sentiasa dipelihara-Nya




Moga selamat sampai ke destinasi
Hanya Allah penghubung jiwa kita






** Baby aktif menendang -nendang ni, mungkin rindu ayahnya...




And baby !

eg-tukar

Posted by HASNORWANI ... | Labels: , | Posted On Sunday, April 1, 2012 at 4/01/2012 05:20:00 PM



Hari ni 1 April 2012
Semua guru-guru sibuk mengisi borang online eg-tukar


Tahun lepas sudah memohon tapi tidak berjaya ...huhu


Harap permohonan tahun ini kita semua BERJAYA!


Harapan setinggi langit ke tujuh agar permohonan kali ini dipertimbangkan selayaknya oleh pihak berwajib ...


Kami memohon bukanlah kerana suka-suka atau kerana tidak sukakan penempatan sekarang ...
Tidak sama sekali, di mana pun ditempatkan kami tetap seorang guru yang akan berusaha mendidik semampu mungkin.


Namun, kami juga mungkin seorang isteri, seorang ibu, seorang ketua keluarga, seorang anak yang ada tanggungjawab memberat atau apa saja ...


Tolonglah lihat, perhatikan kelayakan kami ...


Janganlah hanya kerana ketidakcukupan di sini atau kerana ketiadaan "kabel car" permohonan kami langsung tidak dipandang ...


Bagaimana institusi pendidikan ingin bergerak menuju ke arah yang lebih progresif
Jika warga pendidiknya seringkali tertekan dengan masalah dalam keluarga yang mendesak ...


Suami perlukan isteri mereka, begitu juga sebaliknya
Anak-anak lebih lagi perlukan perhatian kedua ibu bapanya


Bagaimana apabila semua ini dipisahkan
Pastinya kualiti kerja akan terganggu


Kerja itu suatu ibadah 
Namun, institusi kekeluargaan yang sempurna lebih lagi perlu dilunaskan tanggungjawabnya


Izinkan kami merasai hidup berkeluarga selayaknya


Izinkan emosi kami stabil mendidik anak bangsa tanpa rasa gundah dengan keadaan anak dan suami sendiri yang jauh beribu batu


Moga tahun 2012 membawa sinar harapan yang cerah buat kami


Ya Allah bantu kami dalam permohonan kali ini
Tiada yang dapat membantu selain Engkau
Tuhan Yang Maha Kuasa
Tiada kekuasaan yang lebih hebat dari-Mu
Mudah-mudahan segala urusan kita dipermudahkan Allah


Perkenankanlah doa kami .... Amiin Ya Rabb

Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)