Akhiri cerita sedih semalam

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Sunday, May 20, 2012 at 5/20/2012 05:32:00 PM




Semalam dah rupa tak comelkan
So hari ni hari ahad kita smile secara normallah ya ...
Ceriakan sendiri hati yang tak berapa nak ceria...


Gara-gara hilang mood semalam
Melayang duit hamba dekat 200
Aduh...

Buat apa ea, shopping barang baby sikit
Makan-makan banyak :)
Barang ibu baby pun tak ketinggalan ... ~lalalalala~


Keluar merewang sekitar Sandakan (macam la banyak sangat mall kat Sandakan ni)
Dari jam 2-6.setengah bersama Kak Izrani and baby Awan Dania di giant!
Sambung lagi perjalanan ke pasar malam di Batu 4 
(akhirnya pemahaman ku tentang Sandakan tak de pasar malam telah dihapuskan :) ) ... 
Pertama kali g ...

Akhirnya, poket kering sudah 
Balik badan sangat penat dan tidur !



Sebenarnya  semalam dah niat nak masak gulai lemak pucuk ubi
Akibat berita sedih semalam
Tak selera nak memasak
Makan apa ada je


Tapi hari ni 
Mood... malas nak dilayan sangat
Selera memasak datang semula
Maka, siap sudah masak lomak yang diidamkan
Plus ikan masin..
DONE!!



Gambar dari En Google ...
Malas nak capture yang sendiri punya


Tapi rupanya lebih kurang yang ni la gak .... :) 

Ekspresi pagi sabtu :(

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Saturday, May 19, 2012 at 5/19/2012 07:20:00 AM


Esok, genap kandungan 32 minggu @ 8 bulan insyaallah
Dan, 
Hari ini @ pagi ini...
Mendapat keputusan perpindahan tidak lulus lagi ...
Ermm....

 Bagaimanalah nanti...
Segalanya ku serahkan kepada-Nya...


Berusaha untuk terus tabah
Anak ni nanti keluar tengok dunia kena letak nama 
" Siti Tabah atau Muhammad Sabar ni"
hehehehe




Gurau je  :)


Selamat Hari Guru semua!

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Wednesday, May 16, 2012 at 5/16/2012 10:25:00 PM




Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


GURU O GURU-USMAN AWANG
1979









~~Flowers are red~~  Zain Bhika

Wajah Terindah

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Tuesday, May 15, 2012 at 5/15/2012 11:43:00 PM


Forum perdana hal ehwal islam :

Wajah Terindah



Forum yang sangat bermanfaat
Hargailah wajah terindah kita semua
Yang setiap insan itu hanya ada satu sahaja 'wajah terindah' ini
Tiada gantian
Tiada tukaran
Hanya 'dia'


Wajah terindah yang rela melakukan segalanya demi kita semua
Menjaga tanpa meminta balasan
Dialah milik wajah terindah
Anugerah terhebat setiap insan
Bersyukurlah
Dan sayangi mereka selagi ada

Jika telah pergi,
Titipkanlah doa untuk mereka
Mereka sentiasa harapkan doa kita


**Rindukan wajah terindah**


Selamat Hari Guru buat 'wajah terindahku'
Walau dikau bukan seorang guru di sekolah
Namun, kerana dikaulah
Telah lahirnya zuriat yang bergelar guru pada hari ini

Engkaulah guruku dunia akhirat
Yang mengajar erti hidup
Engkaulah cinta hati ku
Dunia akhirat
Redhailah akan kehidupan kami ini







PEJUANG ?

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Friday, May 11, 2012 at 5/11/2012 11:32:00 PM



Menghayati lagu WARISAN dari Sudirman



Aku 
Bukanlah seorang pejuang
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini ...



*Hakikatnya kita semua dilahirkan adalah sebagai seorang PEJUANG!
Walau bukan dengan gaya seorang perajurit, kita semua adalah PEJUANG!
BerJUANG demi diri,
BerJUANG demi keluarga,
BerJUANG demi anak-anak,
BerJUANG demi anak didik,
BerJUANG demi menempuh kehidupan yang penuh pancaroba,
BerJUANG demi segalanya.

BerJUANGlah jangan berhenti.
Tiada erti putus asa.
Biar tiada yang melihat,
Biar tiada yang peduli,
Biar tiada yang keah,

Kita tetap akan berJUANG.


Kerana lahirnya kita bermula dari perJUANGan 
Berlumba-lumba, berJUANG mahu menjadi manusia sedari dalam rahim ibu lagi.
Hiduplah bermaruah sebagai seorang PEJUANG!

Selamat Hari Guru buat semua pendidik
Moga daya usaha dan perjuangan kita dirahmati Allah...
Amiiinnn

~ INDUKSI ~ "LULUS" ~ TUKAR ~

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Monday, May 7, 2012 at 5/07/2012 01:43:00 AM



Selasa ini kursus induksi
Macam seram pun ada
Lama dah tak exam
Baca-baca, tutup, cuba ingat semula, Aduh tak ingat! Kenapa ni??? :(

Buat assignment pun macam susahnya nak siap
Semua dah lupa, rujukan gaya APA pun kena selongkar semula internet
(Syukur en. google banyak membantu)

Induksi ooo induksi,
Cepatlah berlalu hendaknya

Dan.....

Moga semua lulus!
Serta dipermudahkan segala urusan ke arah pengesahan jawatan.


Dan hujung bulan ni, keputusan pertukaran akan diumumkan...
Harapnya permohonan kali ini diluluskan
Saya nak balik semenanjung
Baby nak jadi orang semenanjung nak jumpa ayah hari-hari! :)

Doakan saya lulus semua!!!

AMIINNN..

Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)