Mata Manusia
Posted by HASNORWANI ... | Labels: pandangan pertama, Puasa, Ramadhan | Posted On Wednesday, August 3, 2011 at 8/03/2011 06:37:00 AM
Manusia...
Apakah jenis makhluk itu?
Dari spesis apakah ia?
Amfibiakah? Mamaliakah? atau Herbivorkah?
Jangan marah naaaa...
Di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, 'ana' menyusun 10 jari tangan dan diiringi 10 jari kaki memohon ampun, atas segala salah silap dalam kata-kata, pemikiran mahupun pena lidah yang menggerak laju di papan kekunci 'hp orang' ini.... Lantas melakar di dalam 'http://nikmatsyukur.blogspot.com/'

Harapnya, Ramadhan kali lebih baik dari ramadhan sebelumnya....
K, cukup... tinggalkan ucapan selebihnya untuk raya pula nanti... :-)
Berbalik kepada tajuk "MATA MANUSIA"
Sebelum itu sudah terjawabkah anda apa itu MANUSIA?
![]() |
| Ini bukan manusia daaaa..... |
Berkenaan mata manusia pula...
Mata ini boleh dijadikan alat untuk menggoda...auwwwwww...puasa puasa.... 'Jaga mata tau!"
Mata juga boleh menzahirkan kemarahan, kegembiraan, kesedihan, kesayuan...
Semuanya boleh tergambar dari pandangan mata galak, riang, sayu, kuyu, bulat, sepet dan sebagainya...
Namun, pandangan manusia ini kerap kali mudah menilai pada PANDANGAN PERTAMA...
Adakah semua pandangan pertama itu benar?
Tidak pernahkah anda tertipu dengan pandangan pertama?
Ramai manusia suka menilai pada pandangan pertama mereka...
"Eh, buruknya dia"
"Oh, cantiknya dia"
"Eeeee.... Smartnya dia, musti wangnya berjuta-juta ...hehe..tumbuh tanduk"
"Aik, selekehnya dia, mesti miskin tu"
"Ala, kesiannya, naik basikal buruk je... mesti tak de kerja tu"
Alahai, sayangku... Kenapa matamu terlalu mudah membuat penilaian pada pandangan pertama?!
Kamu langsung tidak mengenali dia sepenuhnya...
Sekadar melihat dari jauh
Adakah cukup itu sebagai bukti penilaian
Tidak pernah bt uji kaji sains kah kamu?Fikirkanlah....
"Boleh jadi mereka yang kamu keji atu nilai itu jauh lebih baik dari kamu!"
** Aku kurang memerlukan nilaian manusia, terutama pada nilaian pertama kerana dia belum benar-benar mengenali diri ku...**
Bukan tidak boleh menilai...
Namun, berfikirlah sebelum kamu membuat penilaian itu?
Walaupun aku belum lagi mengenalinya sepenuhnya,
Namun, mungkin boleh jadi aku mengenalinya lebih banyak dari kamu!
Sekian, Salam Ramadhan.
Jangan curi minum masa ambil air sembahyang tau... Batal posa ttttttttttttt........
~~Tapi kenapa kamu akan pakai cantik masa nak pergi temuduga?! tetttttt... first impression tu!!~~




