Pagi semalam buat scan ... yes... first scan! after 4 month ....
Sekarang dah namapak tulang belakang baby, hidung dia, peha dia, kaki - tangan, kepala.. semuanyalah! anak ummi semuanya dah cukup sifat doktor kata... alhamdulillah!
Terujanya bila dapat tengok baby... Nampak tenang je kat dalam tu... Jadi anak baik yea..
Moga sayang selamat lahir ke dunia jadi anak soleh/ solehah.
Miss u... Ayah yang jauh di k.l tu pun teruja sebenarnya tapi saja buat cool sebab dia tak dapat tengok hehehe...
Owh sungguh teruja melihatnya buat kali pertama ...
Tak sabar nak tunggu baby dalam wajahnya yangs sebenar
(Ni bukan ultrasound yang dibuat semalam ... ni cilok kat youtube jek...
Doktor print out kertas sekeping je, tiada rakaman videonya)
So, doakan anak ini sihat membesar jadi insan berguna dunia akhirat!
Lamanya tak update ... Pembawakan budak agaknya ...keh keh keh ...(kata jela malas sebenarnya)
Alhamdulillah, Allah berikan rezeki lagi kepada kami.. Walaupun tidak secepat rakan-rakan lain yang mendirikan rumahtangga lewat 2011 ini, Namun kami masih bersyukur, kerana cepat atau lambat sesuatu kejadian itu tersimpan rahsia tersembunyi milik-Nya..
Bagaimana mahu dikhabarkan ya ... Malam pertama mengetahui di dalam jasadku terkandung satu lagi nyawa lain ... Sungguh aku tak dapat tidur ... Tak tahu apa yang berlegar , Tika itu aku bersendirian di rumah sewa negeri di bawah bayu, Manakala suami berada di Kuala Lumpur,
Tidaklah terlalu sedih menanggapi keadaan terpaksa bersendirian ke klinik bagi mengesahkan kandungan berbanding orang lain yang bergembira mengetahui berita zuriat pertama bersama suami tercinta.... Aku tidak meminta lebih, cukup bagiku tika itu mengetahui sahih aku disahkan mengandung , alhamdulillah ...
Terserlah keterujaan lewat kiriman sms suamiku dikejauhan tika itu ... Aku juga tak kurang kegirangan!
Simptom-simptom trimester pertama
Habis sudah topik pengalaman menerima berita gembira itu ...
Berbalik kepada topik utama ...
Alhamdulillah, setakat ini Allah izinkan aku sihat tanpa muntah-muntah atau loya kebiasaan wanita mengandung lain .
Syukur juga DIA izinkan hingga hari ini (lebih kurang 2 bulan setengah) janin ini mendiam di dalam rahimku dengan selamat tanpa sebarang masalah walaupun saban hari menerima hentakan kesan dari ulang alik Ijok ke K.L ... Harapnya benar-benar kami selamat.
Suka makanan masam? Erm... dulu pernah cakap dekat kawan, kalau nak cam aku mengandung senang aje mungkin, mesti masa tu aku suka makan masam-masam... sebab masa tidak mengandung aku memang alergik dengan makanan masam. Langsung tak suka dan tak boleh masuk. Dari zaman sekolah lagi... Tapi sangkaan tu meleset rupanya, sampai sekarang aku masih mengekalkan rasa itu. Masam bukan pilihanku. (Mungkin juga kesan daripada aku tidak berasa loya-loya mengikut kelaziman orang lain)
Perasaan malas yang agak luar biasa ... Adoi, yang ni aku tak suka!
Tak suka berjalan-jalan @ malas la tu ... Padahal semua orang tau aku kaki jalan..hehehe... Pernah ke? pulang Semenanjung aku memerap je kat rumah... Oh, tak pernah! Tapi yang ni, baby tak suka jalan-jalan.. nafsu berjalan-jalan tu TIADA! Kalau pergi pun, mesti nak cepat balik je. ermmmm...
Mengidam? belum lagi? Tapi semua yang ada depan mata aku nak ngap! Aduh! walaupun tak timbang, aku tau berat aku naik ni . hahaha...
Ada yang mengesan bahawa aku lebih sensitif ... Ha ah yang ni memang pun .. Aku pun perasan .. Ada ketika tak pasal-pasal nak kecik hati ... padahal perkara tu kecil je pun ... Mengada ni..
Cepat penat.
Owh yang ni ... huhuhuhu ... jerawat menyerang wajahku dengan dahsyat nya ... Yang paling sadis, buat pertama kali dia naik kat atas bibir, bengkak jap bibir ... Aduh, dugaan betul.
Terakhirla buat masa ni hehe ... pulang aje dari Semenanjung aku demam yang agak teruk juga la ... Sangat sejuk, sensitif benau.. kena hujan sikit je terus demam ... Dapat pulak dah lama tak demam, memang payahla nak baik... Batuk berpanjangan, dari Sabah membawak pulang ke Semenanjung, dah kurang, boleh tetiba batuk teruk semula... ish.. ish..ish.. Mungkin sebab doktor-doktor yang aku buat rawatan tak bagi sekali antibiotik ... (Sekarang baru betul-betul memahami kepentingan antibiotik ni)
No ganjil ni la yang terakhir.. hehe .. tak boleh rasa lapar, bila datang je rasa lapar tu, mesti naik ke kepala jadi macam pening sekejap ... huhu ...
Habis sudah.
** 2.27 a.m. : mata membulat segar akibat minum kopi tadi malam ... Padan muka!
Dia melangsungkan pernikahannya lewat sebulan dari tarikh pernikahanku dengan suami
Entah, bagaimana ia bermula... Kami menjadi rapat.
Semua rakan-rakan sepersekolahan pelik,
Bagaimana aku boleh serapat itu dengannya
Mungkin kami sama-sama kategori nerd di zaman persekolahan dulu...hahahaha
Bermula di universiti kami sering berhubung dan bertemu
Saat aku sudah terikat hati dengan suami
Dia masih menyendiri mencari Mr. Right yang sesuai
Tapi tak lama, setelah bertemu dengan ex-schoolmate kami sendiri mereka mengikat janji memeterai kasih bahagianya pada bulan yang sama dengan tarikh perkahwinanku Februari lalu
Setelah perkahwinan itu serasa ku hanya sekali dua kami berhubung
Setelah itu sepi..
Tahu-tahu hari ini dia kembali menyahut salam ku yang lalu dengan membawa berita bahawa mereka bakal menimang cahaya mata mungkin awal tahun depan
Alhamdulillah!
**Merenung masa depan
Dah besar nanti saya nak jadi ulama'!
Syukur, walau kami belum diizinkan merasai nikmat itu,
Namun ku turut merasa gembira buat sahabat baikku itu!
Tahniah!
Harapnya rezeki kami Allah permudahkan ... Amiin
Adik ipar yang mendirikan rumah tangga awal seminggu dari ku juga sedang menanti saat gembira menimang zuriat pertama mereka.
Setiap kali ada yang menanya, Apa la yang boleh ku jawab... Selain jawapan masih honeymon...ngeh ngeh ngeh... Ada ke honeymoon tapi berjauhan camni...hehehehe
Tidak mengapa! Allah sudah aturkan yang terbaik buat kita.. Teruslah berusaha, berdoa... Pasti ada hikmah tersembunyi di sebalik rahsia-NYA itu.... Aku masih bersabar, menanti dan terus berdoa
** Zuriat adalah kurniaan TERHEBAT dari YANG MAHA HEBAT buat setiap pasangan suami isteri!
Sepetang dengan mereka cukup mendamaikan
Ngeh ngeh ngeh ......... .... .. .
Kita insan terpilih lahir ke dunia! Dari berjuta.... kita yang BERJAYA Hebatnya 'insan itu' bermula dari rahim ibunya lagi
Kekadang ada yang menilai diri ini sombong dan kurang mesra.. biasanya dipertemuan pertama atau hanya dilihat dari jauh...
tapi hakikatnya aku ni jenis yang banyak cakap gak..hehe
Caranya: 1. buka start 2. tekan: control panel 3. tekan: clock, language and region 4. tekan: regional and language option 5. tekan: change keyboards and
languages 6. tekan: change keyboards. 7. tukar arabic (saudi arabia) dan
tekan 'ok' 8. pastu perati kat taskbar, kat bawah
sekali sebelah kanan,
satu line ngan 'Start'
ade tulisan EN (EN tu untuk English),
tekan kat EN tu dan
tukar AR (AR untuk bahasa arab) 9. langkah terakhir, tampalkan pelekat