Perbanyakkan amalan sunat dalam memelihara amalan wajib

Posted by HASNORWANI ... | Labels: , , | Posted On Sunday, December 18, 2011 at 12/18/2011 06:40:00 PM

Kelebihan Solat Sunat Dhuha..


Baca SINI dan SINI (nak lebih lagi google lah sendiri ya)


Moga kita diberi kekuatan untuk menyempurnakannya... 











Ini pula Doa Rabithah



Nak lebih baca Kelebihannya


Lebih mudah dihafalkan

Selamat beramal!








YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini

telah berkumpul kerana mengasihiMU,

bertemu untuk mematuhi perintahMU,

bersatu memikul beban dakwahMU,

hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk

mendaulat & menyokong syariatMU,

maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya...

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini

akan jalanNYA yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu

yang tidak kunkung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan

limpahan iman dan keyakinan

dan keindahan tawakkal kepadaMU,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan

ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

maka matikanlah pemilik hati-hati ini

sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,

Engkaulah sebaik-baik sandaran

dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,

Perkenankanlah permintaan ini..

Simptom-simptom trimester pertama

Posted by HASNORWANI ... | Labels: , , , , | Posted On Thursday, December 15, 2011 at 12/15/2011 02:28:00 AM



Lamanya tak update ...
Pembawakan budak agaknya ...keh keh keh ...(kata jela malas sebenarnya)


Alhamdulillah, Allah berikan rezeki lagi kepada kami..
Walaupun tidak secepat rakan-rakan lain yang mendirikan rumahtangga lewat 2011 ini,
Namun kami masih bersyukur, kerana cepat atau lambat sesuatu kejadian itu tersimpan rahsia tersembunyi milik-Nya..


Bagaimana mahu dikhabarkan ya ...
Malam pertama mengetahui di dalam jasadku terkandung satu lagi nyawa lain ... 
Sungguh aku tak dapat tidur ...
Tak tahu apa yang berlegar ,
Tika itu aku bersendirian di rumah sewa negeri di bawah bayu,
Manakala suami berada di Kuala Lumpur,


Tidaklah terlalu sedih menanggapi keadaan terpaksa bersendirian ke klinik bagi mengesahkan kandungan berbanding orang lain yang bergembira mengetahui berita zuriat pertama bersama suami tercinta....
Aku tidak meminta lebih, cukup bagiku tika itu mengetahui sahih aku disahkan mengandung , alhamdulillah ...


Terserlah keterujaan lewat kiriman sms suamiku dikejauhan tika itu ... 
Aku juga tak kurang kegirangan!








Simptom-simptom trimester pertama



Habis sudah topik pengalaman menerima berita gembira itu ... 


Berbalik kepada topik utama ... 



  1. Alhamdulillah, setakat ini Allah izinkan aku sihat tanpa muntah-muntah atau loya kebiasaan wanita mengandung lain .
  2. Syukur juga DIA izinkan hingga hari ini (lebih kurang 2 bulan setengah) janin ini mendiam di dalam rahimku dengan selamat tanpa sebarang masalah walaupun saban hari menerima hentakan kesan dari ulang alik Ijok ke K.L ... Harapnya benar-benar kami selamat.
  3. Suka makanan masam? Erm... dulu pernah cakap dekat kawan, kalau nak cam aku mengandung senang aje mungkin, mesti masa tu aku suka makan masam-masam... sebab masa tidak mengandung aku memang alergik dengan makanan masam. Langsung tak suka dan tak boleh masuk. Dari zaman sekolah lagi... Tapi sangkaan tu meleset rupanya, sampai sekarang aku masih mengekalkan rasa itu. Masam bukan pilihanku. (Mungkin juga kesan daripada aku tidak berasa loya-loya mengikut kelaziman orang lain)
  4. Perasaan malas yang agak luar biasa ... Adoi, yang ni aku tak suka!
  5. Tak suka berjalan-jalan @ malas la tu ... Padahal semua orang tau aku kaki jalan..hehehe... Pernah ke? pulang Semenanjung aku memerap je kat rumah... Oh, tak pernah! Tapi yang ni, baby tak suka jalan-jalan.. nafsu berjalan-jalan tu TIADA!  Kalau pergi pun, mesti nak cepat balik je. ermmmm...
  6. Mengidam? belum lagi? Tapi semua yang ada depan mata aku nak ngap! Aduh! walaupun tak  timbang, aku tau berat aku naik ni . hahaha... 
  7. Ada yang mengesan bahawa aku lebih sensitif ... Ha ah yang ni memang pun .. Aku pun perasan .. Ada ketika tak pasal-pasal nak kecik hati ... padahal perkara tu kecil je pun ... Mengada ni..
  8. Cepat penat.
  9. Owh yang ni ... huhuhuhu ... jerawat menyerang wajahku dengan dahsyat nya ... Yang paling sadis, buat pertama kali dia naik kat atas bibir, bengkak jap bibir ... Aduh, dugaan betul.
  10. Terakhirla buat masa ni hehe ... pulang aje dari Semenanjung aku demam yang agak teruk juga la ... Sangat sejuk, sensitif benau.. kena hujan sikit je terus demam ... Dapat pulak dah lama tak demam, memang payahla nak baik... Batuk berpanjangan, dari Sabah membawak pulang ke Semenanjung, dah kurang, boleh tetiba batuk teruk semula... ish.. ish..ish.. Mungkin sebab doktor-doktor yang aku buat rawatan tak bagi sekali antibiotik ... (Sekarang baru betul-betul memahami kepentingan antibiotik ni)
  11. No ganjil ni la yang terakhir.. hehe .. tak boleh rasa lapar, bila datang je rasa lapar tu, mesti naik ke kepala jadi macam pening sekejap ... huhu ... 


Habis sudah.


** 2.27 a.m. : mata membulat segar akibat minum kopi tadi malam ... Padan muka!

Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)