Apabila berlaku kehilangan,

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Thursday, January 28, 2010 at 1/28/2010 04:19:00 PM


Apabila berlaku kehilangan, kita jadi gundah…

Apabila terjadi kekurangan, kita naik marah…

Apabila terdapat kecacatan, kita serba gelisah...


Akan tetapi…..

Bilamana ada kesempurnaan, kita lupai siapa yang kurniakan…

Bilamana ada kelebihan, kita lupa siapa yang berikan…

Bilamana ada kecantikan, kita lupa siapa anugerahkan…


Aduhai manusia aduhai insan,

Apa pun darjat apa pun pangkat,

Di sisinya…

Kita adalah hamba hina…


Petikan:

Diari Sufi (m/s 96)

Siti Munazakiah

Penerbit : Mustread Sdn. Bhd.

TETIBA RASA NAK MENGGAMIT MEMORI...

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Tuesday, January 26, 2010 at 1/26/2010 10:39:00 AM


Sekitar U.M yang kucintai...hehe
Dalam Kelas...
Hari Interaksi SMPI
Kat Kolej Kediaman Ungku Aziz (11th)
eh...kat konvo KUIS pun adalah....

Kat bilik SMPI
Masih di bilik kuliah Fakulti Pendidikan
Stesen bas UM

Nilam Puri

Jamuan Anak Pahang

Ramai yang dah jadi "Puan" sahabat-sahabat aku ini

Dalam kelas...Majmuah 9


Majmuah 9 dalam Kenangan

Sem akhir di Nilam Puri sebelum berangkat menyambung wadah perjuangan ke kota metropolitan UM KL

Zaman yang amat kurindui

Zaman kanak-kanak ribena..hehe

Zaman persekolahan..

Hidup penuh keriangan..

Di SMAP...

KULIYYAH AL-LUGHAH WADDIN, PEKAN

By Dean Alfange

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Monday, January 25, 2010 at 1/25/2010 02:59:00 PM


An American's Creed -

By Dean Alfange



I do not choose to be a common man
It is my right to be uncommon...
If I can. I seek opportunity... Not security.


I do not wish to be a kept citizen,
Humbled and dulled by having the state to dream and build, to
Fail and succeed.


I refuse to barter incentive for a dole.
I prefer the challenges of life to the
Guaranteed existence; the thrill of
Fulfillment to the stale calm of utopia.


I will not trade freedom for beneficence
Nor my dignity for a hand out. I will
Never cower before any master nor bend
to any threat.


It is my heritage to stand erect,
proud, and unafraid; to think and act for
myself; enjoy the benefits of my
creations; and to face the world boldly
and say, "This I have done with my own hand,
I am a man. I am an American.


(I am a Malaysian!!)

FIKIRKAN BOLEH

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Saturday, January 23, 2010 at 1/23/2010 12:15:00 PM




Jika kau fikirkan kau boleh

Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

AKU TIDAK MEMILIH MENJADI INSAN YANG BIASA..

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Friday, January 22, 2010 at 1/22/2010 01:41:00 PM


Aku tidak memilih menjadi insan biasa
Memang hakku untuk menjadi luar biasa



Aku mencari kesempatan bukan perlindungan
Aku tidak ingin menjadi warga yang terkonkong
Rendah diri dan terpedaya kerana dilindungi pihak berkuasa
Aku siap menghadapi risiko terencana
Berangan-angan dan membina
Untuk gagal dan sukses


Aku menolak menukar insentif dengan derma
Aku memilih tentangan hidup daripada derma
Aku memilih tentangan hidup daripada kehidupan yang terjamin,
Kenikmatan mencapai sesuatu, bukan utopia yang basi.


Aku tidak akan menjual kebebasanku,
Tidak juga kemuliaanku untuk mendapatkan derma
Aku tidak akan merendahkan diri
Pada sembarang atasan dan ancaman.

Sudah menjadi warisanku untuk berdiri tegak, megah dan berani
Untuk berfikir dan bertindak untuk diri sendiri
Untuk meraih segala keuntungan hasil kerja sendiri
Dan untuk menghadapi dunia dengan berani dan berkata:
Ini telah kulakukan!
Segalanya ini memberikan makna seorang Insan.


Edited by : Hasnorwani

MASIH ADAKAH LAGI???

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Wednesday, January 20, 2010 at 1/20/2010 05:03:00 PM

Saya gemar melawat seorang guru yang berjiwa besar ini...

http://jimi-wiser.blogspot.com/2009/02/cikgu-siti.html

Di sini saya nak kongsi satu cerita yg sy copy dari blog guru tersebut...
Harap diizinkan...
Buat renungan...
Muhasabah...
Di manakah kita sekarang???
Mampukah kita jadi sepertinya...
Masih adakah lagi?.......



Cikgu Siti

Inilah kisah saya pada tahun 1993 yang masih kekal dalam ingatan.

Ada seorang guru wanita di sekolah saya. Ada kisah yang meruntun jiwa tentangnya.
Cikgu Siti yang saya kenali memang serius ketika mengajar. Kerap juga dia bercanda dengan kami. Ada masanya, dia akan beri kami duit seringgit kalau dapat jawab kuiz cepu emas yang melucukan. Dulu saya kurang minat dan mahir Bahasa Malaysia tapi kian lama kian mantap.

Saya pernah nampak dia hulur wang RM1 kepada Arifin, kawan sekelas saya yang selalu tak bawa wang ke sekolah. " Makan nasi ya, jangan beli keropok ", ujarnya. Banyak kali juga. Arifin anak yatim. Ibunya meninggal tahun lepas kerana penyakit TB. Walaupun pakaiannya tidak kemas dan sesekali bau hapak, cikgu Siti selalu dakap dan usap rambut Arifin. Kadang-kadang saya nampak dia beri nasihat kepada Arifn supaya jaga kebersihan pakaian dan tubuh badan.

Pagi itu Cikgu Siti masuk ke kelas macam biasa. Tiba-tiba, Arifin muntah. Kami semua panik dan tak kurang juga yang menekup mulut dan hidung. Saya lihat Arifin macam nak pitam. Muka pucatnya menzahirkan dia sakit. Cikgu Siti terus dukung tubuh kurus Arifin dan keluar kelas. Agaknya ke bilik sakit, kami mendesus. Sebelum keluar, sempat cikgu pesan sambung latihan tatabahasa semalam. Kami akur.

Selepas setengah jam, Cikgu pun balik ke kelas. Saya lihat tudung cikgu basah dan ada kesan warna. Bau muntah masih ada. Rupanya di bilik sakit Arifn muntah lagi. Cigu Siti guru PBSM. Tentu dia dah beri rawatan yang berkaitan. Tapi, muka Cikgu tetap manis. Dia senyum. Tak ada pun suara mengomel tudung maniknya berbau busuk. Sesekali dia mengibas-ngibas tudungnya yang lembab supaya cepat kering, andaian ku.

Sesekali bila teringat kepada Cikgu Siti, saya rasa sangat terharu kerana khabarnya Arifin kini seorang business man yang berjaya. Dia tidak lagi memakai sepatu yang koyak seperti ke sekolah suatu masa dulu. Bajunya berjenama. Rambutnya yang dulu tidak bersikat kini disisir rapi.

Ketika kami berjumpa (reunion) setahun lepas, saya masih ingat ucapannya di hadapan pentas.

" Saya tidak akan pernah lupa seorang guru yang berhati luhur memberi saya makan ketika saya lapar sepiring nasi. Saya tidak akan pernah lupa seorang guru yang berhati luhur mendakap mesra tubuh saya yang kurus dengan penuh kasih sayang dan meminta saya memanggilnya ibu. "

" Saya tidak akan lupa raut seorang guru yang memberi saya harta sebesar dunia (ilmu) dan malah membelikan saya sebatang pensel untuk saya tulis. Kecilnya saya yang kehilangan kasih sayang ibu, tetapi besar saya dianugerah Tuhan pula seorang guru. "

Kami mendengar sambil terdiam. Saya pasti sangat-sangat orang yang dimaksudkannya itu.

" Sewaktu saya tidak pengsan kerana gastrik, seorang guru yang selayaknya ibu telah merawat saya dengan penuh kasih sayang dan ambil berat. Dengan kereta buruknya, dia menghantar saya pulang. Saya masih ingat bunyi decit keretanya ketika terlanggar lopak di jalan. "

" Hari ini saya berdiri sebagai seorang usahawan berjaya. Seorang yang berkelulusan master dari universiti tempatan. Berkereta mewah, bergaji besar. Malah, pen yang kutulis juga beratus harganya. "

" Tapi, aku tak pernah lupa kepada bunyi decit kereta buruk cikgu Siti. Aku tak pernah lupa pada bau hanyir muntah yang kulambak di atas pakaiannya. Aku tak pernah lupa dakapan erat cikgu menenangkan aku ketika aku menangis teringat arwah ibu semasa mendapat keputusan UPSR 4A ketika itu. "

Suara Arifn tertahan-tahan. Sesekali ada juga basah kelopak matanya. Ujarnya lagi….
"Andai suatu hari nanti jika kita bertemu lagi, cikgu…. Akan kulafaz terima kasih sebesar dunia. "

Saya tidak dapat menahan air mata mengenang besarnya pengorbanan seorang guru biasa bernama Cikgu Siti Nazura. Demikian pengaruh beliau kepada anak didiknya.

* Saya kini seorang jurutera kanan sebuah syarikat binaan terkemuka di Selangor. Terima kasih, cikgu!

Luahan Rasa ..Setelah Sekian Lama...

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Sunday, January 17, 2010 at 1/17/2010 11:03:00 AM



ASSALAMUALAIKUM SEMUA..


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG YANG SEDERHANA INI..


Maaf kerana rasanya seperti terlalu lama tidak mengupdate blog ni..
Maaf juga sebab jadi mcm chipsmore (kejap ada kejap tak de)

Sebenarnya penulis agak sibuk dengan perkara lain..

Memandangkan ini adalah tahun dan semester akhir penulis di U.M..
Rasanya inginlah buat sehabis baik (dah last sem baru ingat nak buat sehabis baik..huhu)
Walau apapun, selagi ada ruang waktu..hendaklah kita berusahakan?! (CHAIYOK2)


Setakat ni result tak menentu..kejap turun kejap naik..

Tapi jika dikira2 naik dengan turun..macam turun je yang lagi banyak...

Pernah sekali je dapat 4.0 flat..

Ya Allah masa tu hanya DIA sahaja yang tahu bahawa saat yang ku nanti2kan, akhirnya dapat jua dikecapi...
alhamdulillah..

walau sekali cuma...
Tapi itulah kenangan paling manis kerana tika itu penulis berkongsi kegembiraan dan kejayaan tersebut bersama "insan2 tersayang"

Namun biasalah, bila ada dipuncak bukan mudah untuk mengekalkannya bukan..
Untuk result terakhit setakat ni masih dalam zon selamat..
Namun masih ada satu sem berbaki dan praktikal yang mampu merubah segalanya...

Hanya usaha, doa dan tawakal sahajalah yang mampu ku pergiatkan..

Harap sahabat2 dapat mendoakan agar keputusan akhir penulis nanti beroleh natijah terbaik yang amat penulis cita-citakan... (Amiiiiiin)

Tahun ini juga bakal menampakkan banyak perkara baru yang akan merubah serba sedikit kehidupan penulis...


Dari bergelar seorang pelajar...kepada siswazah
Dari seorang siswazah....kepada seorang yang berkerjaya @ ....... (mengikut kehendakNYA)


Dari seorang ..... kepada seorang ......??????

Hehe... biarlah rahsia...
Sampai waktunya, penulis akan hebahkan...

Doa sahabat sahabat amat penulis harapkan...
Syukran kepada semua yang sentiasa berada dibelakang penulis tak kira dalam apa jua keadaan...

Terima Kasih semua....




YA ALLAH YA RABB..DENGARLAH RINTIHANKU..
MAKBULKANLAH DOAKU


SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU HIDUP DENGAN ADANYA "HARAPAN"

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Tuesday, January 12, 2010 at 1/12/2010 08:43:00 PM


Apa itu MZJ?

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Monday, January 11, 2010 at 1/11/2010 10:06:00 PM

Jemputan ke sebuah blog...

http://planetmzj.blogspot.com

Suatu masa dulu, saya pernah menulis sedikit berkenaan buku "JOM KE PEDALAMAN"

kini, guru tersebut telah memiliki blog sendiri yang lebih memudahkan kita untuk berhubung dengan beliau mungkin...

Bagi yang berminat untuk mengikuti dengan lebih lanjut silalah ke blog tersebut

SETIAP TITIS KERINGAT DAN JASA YANG TAK MAMPU DIBALAS.....

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Friday, January 8, 2010 at 1/08/2010 01:27:00 AM

APA ERTI KESELESAAN KEPADA KITA??

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 1/08/2010 01:08:00 AM

DULU dan SEKARANG

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Monday, January 4, 2010 at 1/04/2010 02:49:00 PM

assalamualaikum semua.

Ayat ni penulis pinjam kata-kata sahabat penulis...
saje nak kongsi...


"Dulu lain.. Sekarang lain.."

dulu.. sekolah agak dhaif..
tapi murid tetap aktif..

dulu.. tak banyak bahan canggih..
tapi murid tetap selalu sengeh..

dulu.. cikgu banyak guna papan hitam..
tapi murid tetap boleh faham..

sekarang.. teknologi datang sudah..
pengalaman murid bertambah indah..
ilmu ditimba semakin bercambah..

erk.. habis dah idea..

Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)