Posted by
HASNORWANI ...
|
|
Posted On Tuesday, November 17, 2009 at 11/17/2009 04:14:00 AM
Seseorang pernah mengatakan kepada penulis...
"Dalam hidup ni, kita tidak akan dapat DUA"
Jadi apa yang penulis boleh ulas... Dalam kehidupan ni kita mesti memilih antara DUA Kerana mustahil bagi kita untuk memiliki kedua-dua kehendak itu sekali gus... Betul tak?
Dalam hidup ni kita kena tahu memilih antara kehendak dan keutamaan Ramai yang mengikut nafsu, inginkan kedua-duanya sekali Namun akhirnya keciciran semua.. Bukankah merugikan...
Hidup perlu memilih!!! Tapi bukan terlalu memilih. Kerana pilihan yang tepat menentukan corak masa depan kita..
PILIHAN DITANGAN KITA.. TIADA SIAPA YANG BERHAK MENENTUKAN HALA TUJU HIDUP.. MELAINKAN KITA SENDIRI..
KITA YANG PATUT MEMILIH JALAN MANA YANG INGIN KITA LALUI... SEMUANYA DITANGAN ANDA..
Posted by
HASNORWANI ...
|
|
Posted On Saturday, November 14, 2009 at 11/14/2009 05:14:00 PM
Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya
mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...
lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...
si ayah hanya tersenyum...
si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang,
pasti kereta itu akan menjadi miliknya.
Beberapa bulan berlalu...
ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya telah
beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..
hatinya berbunga keriangan...
satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..
si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga
hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...
si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu
Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak,
menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...
si anak terkesima...
sungguh.. .bukan itu yg kuhajatkan
dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...
matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan;
seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya
Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak
itu...penutup kotak dibuka...
apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...
si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan. ..
amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak.. .
"ayah sengaja mempermainkan saya...
ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...
bukannya ayah x mampu utk membelikannya...
sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak... katanya keras...
al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...
si anak terus meninggalkan si ayah..
tanpa memberi walau sesaat utk si ayah bersuara...
pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..
lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...
memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya
10 tahun berlalu..
si anak kini merupakan seorang yang berharta...
punyai syarikat sendiri...
dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...
cukup membahagiakan. ..
namun hatinya tersentuh...
Sudah 10 tahun..
sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...
sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...
dari peguam ayahnya...
ayahnya meninggal dunia semalam...
dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...
si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta
Dan... buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...
si anak pulang ke banglo ayahnya...
memerhati kan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...
hatinya sebak..bertambah sebak
apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya...
Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada disitu...
bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...
perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..
membelek2- nya dengan penuh keharuan...
tiba- tiba...
jatuh sesuatu dari Al-quran itu...
segugus kunci...
di muka belakang Al-quran itu...
sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu
Kunci itu segera dipungut...
hatinya tertanya-tanya. ..
nyata sekali...di dalam sampul surat itu...
terdapat resit pembelian kereta idamannya...
dibeli pada hari konvokesyennya. ..
Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah...
sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..
hadiah teristimewa utk putera kesayanganku. ...
air mata si anak menitis deras...
hatinya bagai ditusuk sembilu..
penyesalan mula bertandang..
Namun semuanya sudah terlambat...
Sekadar renungan bersama: Berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati......
Satu cerita yang menarik Saya kurang meminati filem hindustan... Tetapi filem ini mempunyai mesej padat dan berguna untuk kita hayati... Bukan sahaja kepada guru.. Malah ibu bapa sendiri.. Pendidikan melalui filem... Bukan tiada anak-anak seperti ashaan di Malaysia ni.. Tapi atas faktor kurang 'peka' ibu bapa dan guru-guru mungkin boleh menjadikan insan seperti ashaan anak yang gelap masa hadapannya.. Kenalilah, fahamilah, pelajarilah akan setiap tindak tanduk anak dan pelajar kita..
Kekadang ada yang menilai diri ini sombong dan kurang mesra.. biasanya dipertemuan pertama atau hanya dilihat dari jauh...
tapi hakikatnya aku ni jenis yang banyak cakap gak..hehe
Caranya: 1. buka start 2. tekan: control panel 3. tekan: clock, language and region 4. tekan: regional and language option 5. tekan: change keyboards and
languages 6. tekan: change keyboards. 7. tukar arabic (saudi arabia) dan
tekan 'ok' 8. pastu perati kat taskbar, kat bawah
sekali sebelah kanan,
satu line ngan 'Start'
ade tulisan EN (EN tu untuk English),
tekan kat EN tu dan
tukar AR (AR untuk bahasa arab) 9. langkah terakhir, tampalkan pelekat