Jemputan ke Walimah

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Thursday, February 11, 2010 at 2/11/2010 11:14:00 AM


Nak update blog...tapi tak tau nak tulis pe...boleh ke macam tu..hehe

Ramainya sahabat-sahabat yang tengah menghitung hari untuk melangsungkan hari bahagia masa raya cina ni..
yang sedihnya tak de satu pun kenduri yang dapat ku penuhi jemputannya..maaf yea...

Tah...eh malasla nak mengarut panjang2 lagi..kepada ex-Smap yang ada terjenguk blog hamba yang sederhana ni sila la ke kenduri Natasha Akma ni yea...


Sujud Syukur

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Wednesday, February 3, 2010 at 2/03/2010 10:46:00 PM


Sy teringin berkongsi ilmu yg di paste (hehe) tentg sujud syukur..
pasni jgn lupa sujud syukur selalu yer..
tanda kita berterima kasih akan segala nikmat-Nya.

Ust Abdul Kadir

Soalan:

Assalamualaikum..ust, bagaimanakah cara melaksanakan sujud syukur mengikut sunnah?

Jawapan:

Sujud syukur sama seperti sujud tilawah di luar solat. Sebahagian ulama berpandangan sujud syukur perlu kepada wudhu manakala sebahagian yang lain berpendapat tidak perlu kepada wudhu. al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-’Uthaimin memilih pendapat yang mengatakan tidak disyaratkan mesti dalam keadaan berwudhu.

Dilakukan dengan cara bertakbir kemudian turun sujud. Dia boleh membaca di dalam sujudnya mana-mana bacaan sujud biasa seperti:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأعْلى
atau:

اللَّهُمَّ لَكَ سَجَدْتُ ، وَبِكَ آمَنْتُ ، وَلَكَ أَسْلَمْتُ ، سَجَدَ وَجْهِي لِلَّذِي خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ ، وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ ، تَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

Kemudian jika dia mahu dia boleh berdoa dengan sebarang doa yang bersesuaian dengannya. Setelah itu dia mengangkat kepalanya tanpa perlu takbir dan salam.

Ibn Qudamah di dalam al-Mughni berkata: “Sifat sujud syukur pada perbuatan dan hukum-hakam dan syaratnya sama seperti sujud tilawah.” (2/372). Katanya lagi: “Dan dibaca pada sujud syukur apa yang dibaca dalam sujud ketika solat.” (2/362)

http://soaljawab.wordpress.com/2008/06/17/sujud-syukur-2/

Kiranya Ini Takdir-Mu

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 2/03/2010 10:36:00 AM


Semakin dekat, aku semakin gerun...
Semakin dekat, aku semakin takut...
Semakin dekat, aku semakin gentar...

Betulkah pilihan yang aku buat ini?
Kiranya sebelum ini aku begitu yakin...
Namun entah mengapa semakin hari...
pelbagai hal yang terjadi..

Jika inilah ujiannya aku redha..
Ya Allah berikan aku kekuatan untuk menempuh
segala mihnah yang Engkau berikan ini...
Sesungguhnya aku tahu bahawa
setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah-Nya.

Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)