Diri Berbicara....

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Tuesday, July 27, 2010 at 7/27/2010 10:47:00 PM


Entah...
Pening...
Hati kata A...
Tapi ada yang tak sokong nak kita pilih B?
Adakah benar B terbaik untuk kita???
Siapa lebih tahu...???

Hanya Dia yang terbaik menentukan...
Kekadang diri lemah...
Lelah...
Diri kekadang hanya perlukan sokongan...
Ya...sokongan moral...
Tapi itupun terkadang sukar didapati...
Bagaimana lagi ingin diri memilih..

Ya Allah bantulah diri untuk memilih...
Yang baik buat duniaku,
Juga terbaik buat akhiratku...
Amiiiinn...


Ikhlas;

Terharu... Terima Kasih 4 Naim

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Saturday, July 17, 2010 at 7/17/2010 05:33:00 PM



Terima kasih buat anak-anak muridku...
Terharu sebenarnya...

Mula-mula terkejut juga memikirkan mana dorang dapat gambar-gambar cikgunya ni ...
Rupanya dorang 'crop' dari Fb..
Memang dah lama tak masukkan gambar dalam fb cuma yang ada tu gambar-gambar yang ika masukkan then di'tag'..

pape pun sedih sebenarnya, rasa macam tak layak je dirai sebegitu..
Dengan lagu in team "GURUKU" menjadi tema lagu lagi menambahkan kesayuan...
Terima kasih semua....


Guruku

Album : Nur Insani
Munsyid : Inteam
http://liriknasyid.com


Wahai guru yang dikasihi,
Engkaulah pelita diri ini,
Menerangi hati nurani,
Moga dirimu dirahmati

Ya ALLAH piliharalah guruku,
Agar dipimpin terus hambaMu,
Agar terhindar dari Neraka,
Moga dibukakan pintu Syurga

Tak terbalas jasamu
Berkorban jiwa raga
Mendidik anak bangsa
Jadi insan berguna

Keikhlasan di hati
Hulur bakti dan budi
Kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hati

Ampunkanlah wahai guruku,
Kesilapan anak-anakmu,
Ku serahkan jiwa ragaku,
Agar terdidik nafsu liarku

Dengan izin Allahu Rabbi,
Engkaulah guru yang sejati,
Engkau bersabar mendidik kami,
Semoga dirimu diberkati

(Bridge)Datang dengan harapan,
Pulang bawa kejayaan,
Anugerah yang diimpikan


Lagu ini juga ku tujukan buat semua Guru-guruku
Terima kasih atas ilmu yang kalian curahkan...
Tiada kata, Tiada daya dapat ku balas...
Mungkin dengan doa dalam lagu ini dapat ku hadiahkan buat kalian....

AKU MENJADI HAMBA YANG BERSYUKUR...

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 7/17/2010 12:39:00 PM


ALHAMDULILLAH itulah selayaknya kita tuturkan setiap hari,

Sama ada dalam keadaan kita dapat apa yang kita inginkan atau sebaliknya…

Kerana sesungguhnya “Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya”…


Alhamdulillah ku kali ini kerana bersyukur Allah telah memberikan apa yang aku patut dapat,

bukan apa yang aku terlalu inginkan…. Syukur Alhamdulillah…


Kerana pernah dulu…

Aku terlalu ingin belajar di luar negara… Timur Tengah…terutamanya Mesir…

Tetapi Allah menempatkan aku hanya di dalam Negara…Universiti Malaya…


Dulu aku teringin sangat hendak mengambil Syariah Ekonomi Pengurusan…

Namun sekali lagi Allah menguji dengan menempatkan aku dalam Kursus Pendidikan…Pendidikan Islam

Dulu aku teringin sangat menjadi pensyarah…

Namun aku yang masih dalam keadaan blur makin menjadi binggung kerana aku bakal menjadi “guru”…

3 tahun lamanya aku cuba membiasakan diri, mendidik diri, mengasuh diri agar dapat menjiwai tugas yg bakalku galas tak lama nanti…


Tiba-tiba tanpa dirancang, aku mungkin berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringakat yang lebih tinggi…

Sebelum ni memang ada hajat nak menyambung, Cuma memikirkan ‘aku perlu kerja terlebih dahulu’

Tapi tup tup habis je belajar…terus dating zouq nak menyambung ni…

Kebetulan cukup syaratnya….

Mungkin dah rezeki dan laluan yang Allah dah tetapkan aku…


Kini aku faham kenapa aku tidak ditempatkan diluar Negara dulu,

Kini aku faham kenapa aku tidak Berjaya mendapatkan biasiswa KPM sepanjang pengajian dahulu…

Dan kini aku faham kenapa Allah menjadikan aku salah seorang dari graduan Sarjana Muda Pendidikan Islam….


Ini semua kerana, Allah nak membantu aku mencapai cita-cita yang telah sekian lama aku impikan..


Tanpa aku sedari.. Allah sentiasa bersama ku…

Melorongkan aku ke jalan YANG SEPATUTNYA AKU LALUI…

SYUKUR YA RABB…

ALHAMDULILLAH…

Moga aku tidak lupa sujud sembah mengucap syukur pada kurnian-Mu Ya Allah…


P/s:

Sila semak… Jika anda GRADUATE DENGAN KEPUJIAN KELAS PERTAMA (FIRST CLASS)...





http://www.ptptn.gov.my/docs/Pekeliling/1-2010.pdf

Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)