Wedding of the year

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Tuesday, March 19, 2013 at 3/19/2013 11:13:00 PM



Tahniah sahabat,

Aku gembira kerana 'akad' itu telah membahagiakan mu
Aku senang kerana walau ku tak nampak, namun ku tahu kau tersenyum girang
Kata mu bahagiamu kini 'bapak infiniti' (ini sudah lebih , hahahaha)

Terima kasih kerana memilih hari bahagia mu sepadan tarikh lahirku
Aku terlebih gembira hahahaha

Walimah yang ku lihat dari hanya instagram dan facebookmu
Tetap buat ku tersenyum

Cerianya kamu membuah bahagia tak berpenghujung
Cerita cinta mu moga kekal hingga ke syurga malah lebih indah dari kisah cinderella
Cakap mu kini semuanya dengan senyuman
Maklumlah .... 'I kan perantin baru hihihi'






Gembira untuk kalian berdua
Mrs. Siti zulaika dan Mr. Pais!







Pregnant lagi?

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Sunday, December 2, 2012 at 12/02/2012 05:52:00 PM


Afee kesayangan kami telah pun hampir berusia 5 bulan...





Serius ummi rindu zaman pregnantkan afee dulu...

Walaupun berjuang sendiri diperantauan tanpa suami di sisi
Alhamdulillah Allah berikan kemudahan buat ummi sewaktu melahirkan afee



Teringat sewaktu dipindahkan dari ambulans ke katil labour room,

Nurse di hospital temerloh boleh kata muka ummi macam tak sakit pun



Sakit sebenarnya,

Tapi syukur pada Allah, kesakitan yang ummi rasakan tidaklah sehebat ibu ibu lain..
Masih mampu ummi kawal,




Sepanjang tempoh mengandungkan afee,

Alhamdulillah sekali lagi, ummi tiada muntah-muntah atau mengidamkan makanan pelik-pelik,
Mungkin sebab ummi berjauhan dengan ayah, 
Jadi Allah berikan ummi keringan dari sudut itu,
Masih larat pergi kerja dan melakukan kerja rumah seadanya,
Cuma ummi sangat kuat makan dan selera memasak itu ini sepanjang mengandungkan afee,
Kesannya ummi sangatla  tembun...
Syukur sekali lagi walaupun berat naik banyak, ummi terselamat dari minum air gula ! hihi




Memanglah kuasa doa itu sangat hebat! 

Kitakan ada DIA tempat mengadu dan berharap.



Mendekati tarikh bersalin,

Ummi sering amalkan ayat 1-3 Surah al-Fath,



Al-Fath maksudnya pembukaan

Boleh dijadikan ayat selusuh,
Mohon pada Allah agar dibuka segala yang tertutup,
Dipermudahkan segala urusan,



Syukur,

Sayangku afee lahir kedunia awal dari tarikh due date yang diberikan doktor.
Selamat dan sihat.




Terima kasih buat ayah yang sanggup menemani ummi berjuang melahirkan afee semasa dalam labour room,

Walau berkali-kali si ayah mengulangi yang dia tidak mahu bersama ummi sewaktu bersalin, takut katanya ~hahaha~








Ummi teringin mengulangi saat indah mengandung lagi ~lalala~

Cepat membesar sayangku afee!






** Tajuk saja kasi gempak... hihi






Kenangan gambar ummi ~yang part ni~ biar gambar halus je ya... hihi




Kartun ni nampak suweet Sumber google

Zafeerah penuh senyuman

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Sunday, September 16, 2012 at 9/16/2012 01:05:00 AM



Si comel yang sentiasa menenangkan ummi
Beratnya hati untuk menyambung tugas dengan terpaksa meninggalkan si manja dengan ayahnya sahaja..
Harap keperluan makanan sayang dapat ummi sediakan sebaiknya dan secukupnya..
Hanya kepadaNYA kita sama-sama mengharap bantuan...













Ya Allah rahmati zuriatku ini
Diwajahnya penuh senyuman yang menenangkan hati-hati yang memandang
Menggembirakan ummi dan ayah 
Syukur atas nikmat rezeki terindah indah ini..


Allahumma Faqqihu Fiddin, Wa 'Allimhu At-Ta'wiil, Wahdihu Sirotokal Mustaqeem..."

Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)