Kes suami curang. Mencari yang salah.

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Sunday, November 16, 2014 at 11/16/2014 06:42:00 PM

Dah nak isteri lawo je. Investment ke arah tu xdak / ciput. Tak habis urus kerja di tempat kerja. Balik rumah urus rumah dan anak-anak kecil lg. Yang surirumah langsung takde hari cuti. 24/7 .
Itu belum cerita mertua komplen kata menantu malas la lembab la.

Ikutla sunnah Rasulullah.
Selamat dunia. Selamat akhirat .
Rasul layan isterinya bagaimana.  Nabi ada khadam @pembantu @ orang gaji dlm dunia moden hari ni.Kita dah sediakan pembantu rumah ke? Atau paling koman ringan ke tulang2 kita membantu isteri dirumah.

Kamu pulang ke rumah mahu berehat dari kepenatan bekerja. Adakah isterimu tak pandai penat? Mungkin wanita itu adalah spesis robot. Hargailah.
Belajar memahami.

Ada konflik jangan tunggu besar.

BINCANG sebelum parah.

Api yang kecil menjadi kawan.
Pabila besar membakar diri.

Isu rumahtangga ni bukan takat bakar diri saja.
Dah termasuk bakar anak-anak sama.

Dah teruk tahap tak boleh maafkan baru nak cerita..." You gini you gitu. Tula you tak jaga diri. I dah terjebak"

Lelaki suka wanita superwoman. Macam inspector gajet versi perempuan. Tapi dalam masa sama nak isteri berupa  Cleopatra.
Ah, tenat.

Dunia akhir zaman.
Beginilah.

Memang beruntunglah suami tu isteri bela lagi. "Jangan salahkan suami. ermmm...

Memang total bkn salah suami.
Dah tu.
Lupa ke awak tu ketua keluarga.

Pilih jalan salah jangan nak tutup dgn bangkit salah org lain.
Kenapa tak selesaikan awal.
Sayang isteri tu..  pergila bantu isteri manjakan diri dia. Bia nampak bak Cleopatra atau sekurangnya macam Dato' Siti. hihi.


Akhir kalam.
Kembalilah kepada cara hidup Islam.
Usah diikut kehendak nafsu. Itu hasutan syaitan. Janjinya dikota sudah untuk membawa anak Adam bersama dalam neraka Jahannam. Mana mungkin kita rela dibakar kelak. Nauzubillah.

Bebelan di atas rentetan artikel INI

#Kopi pasta dari facebook sendiri. 

Link Nota Pendidikan Islam SPM

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Wednesday, September 24, 2014 at 9/24/2014 09:35:00 AM

Assalamualaikum

Isu hangat sekarang ..
Kertas peperiksaan UPSR bocor.
Tak nak ulas panjang.
Segala dah dicerekakan dalam akhbar

Isu integriti!
Tanggungjawab nama lainnya.

Tanggung di dunia
Jawab di akhirat nanti.

Siapa sanggup menahan azabnya kelak silakan..... hanya kerana secebis laba yang tampak indah dimata manusia dunia.

Sebenarnya berkurun tak update blog.
Maaf sangat pada diri sendiri. :(

Buka ni pun sebab nak masukkan blog/ web penting
Memandangkan ini tahun pertama sejak menjadi guru ditaklifkan mengajar SPM

Rasanya cikgunya lebih rasa libang libung dalam hati ini
Pelajar? Wallahu a'lam

Agak serabut juga
Kali pertama pegang kelas SPM
Di sekolah baru pula
Tiada pengalaman
Input/ Maklumat kurang
Kemahiran mengajar pun belum kemas
Cuti bersalin lagi.  Haru.
Mujur cuti dipertengahan tahun

Moga Allah bantu kita semua.

Blog penting dalam memberi idea PdP saya linkkan di bawah ini.
Lebih kepada untuk ingatan diri. 

panitiapismkputra

Bumi Gemilang

Panitia PI SMKPS

pendidikanislamsmkdhtk

Pendidikan Islam dan Sejarah

PAI best

notapispm

tajdidminda

mizanzzzz

paiforall

razzy









Isu anak, isu sensitif

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Monday, June 2, 2014 at 6/02/2014 12:16:00 AM

Assalamualaikum...
Salam hari ke 38 berpantang ;)

Isu anak ...
Ini isu sensitif...
Benar...

Ada orang yang berkahwin terus sahaja disahkan berbadan dua...
Tak kurang juga menanti bertahun-tahun keindahan menikmati rezeki yang kita panggil #anak



Sungguh...
Adakala kita kurang sensitif @ kurang berhati - hati menjaga lisan   

Sebenarnya, kebanyakan pasangan yang belum dikurniakan ank, mereka masih boleh bersabar dengan ujian ini.

Namun, mulut rakan taulan serta saudara mara la yang kadang kala memberikan tekanan 

Serius, walau sudah mempunyai 2 puteri saya sangat memahami perasaan mereka.
Tempoh 10 bulan menanti zuriat pertama, 
walau tidakla lama mana tempoh itu tapi tekanannya tetap ada.




"Hai, lamanya honeymoon"
Aku jawab : Pjj biasala... 
Oh dia benar-benar kurang sensitif.
"Aku pun pjj jugak"

Jika aku pun mahu mengikut rentak lisannya pastikan ku jawab. Aku bukan tuhan, jika kau tuhan, takdirkan aku seorang zuriat! Segera . 
Tapi itu hanya bergema dikotak jiwa.


Pulang berhari raya ke rumah saudara mara ibarat mimpi ngeri pula.
Oho... tak perlu cerita...Semua mesti dapat mengagak dialognyakan .

Aku positif, setiap yang berlaku ada hikmahnya. 

Bersabar, berusaha, tawakal kepada Allah.
Tidaklah berlaku sesuatu itu dengan sia-sia.

Sahabat yang masih menanti zuriat, tiada kata dapat diungkap.
Moga Allah kurniakan kalian zuriat penguat mahligai perkahwinan yang dibina. Moga dengan kehadiran zuriat kelak dapatla kita didik mereka menjadi pejuang agama.

Jangan putus asa!

Bukan seorang dua yang kulihat setia ke hujung nyawa walau tidak dikurniakan anak. Moga kalian dikurniakan rahmah wa mawaddah.

Coretan dari kampung ;)

Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)