Luahan rasa lagi ????

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Wednesday, July 14, 2010 at 7/14/2010 05:10:00 PM


Rasanya blog ni semakin hilang rentaknya..
Kekadang tu rasa merapu-rapu je menulisnya…huhu
Alhamdulillah akhirnya….
Berjaya juga penulis menamatkan pengajian diperingkat Sarjana Muda,
dan insyallah akan bergraduasi pada 07 Ogos 2010 ini.

Namun ada perkara yang sedikit membimbangkan hehe…
Tak tahu patut tulis kat sini tak… (Kan betul..makin banyak menulis makin merapu jadinya)…hehe
Tak perlulah diceritakan kerisauan tersebut…
Cuma bila dah tamat belajar ni…
Maka masing-masing akan membawa haluan hidup di arena pekerjaan atau menjadi “suri rumah tangga sepenuh masa” hehe…
Itu pun kerja namanya… yang patut disedari dan difahami oleh setiap individu.( Hal ni nantilah kita kupas ea…)

Selepas je habis final exam lepas masing-masing bertebaran melaksanakan tanggungjawab praktikal di sekolah-sekolah pilihan masing-masing…
Itu pun pertemuan biasa sebelum ini sudah menjadi semakin sukar…
Mujur juga pihak pentadbiran fakulti menyediakan satu program di ILIM sebagai menggantikan cuti sekolah yang sepatutnya tak cuti pun …hehe
So, di situlah tempat kami berjumpa semula…

Selepas ni masing-masing mungkin akan diposting ke serata tanah air…
Moga hubungan yang telah terjalin tidak putus ditengah jalan…Mudah-mudahan…

Maaflah ye…tak tahu kenapa semenjak 2 menjak ni…entri menjadi semakin panjang menjelar2…
Rasanya ika dengan kak wani ‘kot’ yang rajin mengikuti blog ni pun mesti tak larat nak baca entri yang tersangat panjang ni kan..hehe…
Entah tak tahu kenapa sebenarnya…terasa macam sedih pulak bila dah habis ni…sedangkan ini lah yang ditunggu sejak 6 tahun lagi..huhu…
Bukan apa, lamanya belajar mengalahkan orang ambil medic kan…hehe (mungkin disebabkan masa kecik-kecik selalu berangan nak jad doctor….hehe last2 merasa belajar lama2 macam student medic cukupla ea)huhu
Tapi tak pe biar lambat asal selamat…

Akhir kalam..(word yang semakin penulis gemari….)
:. :. :. Aku bangga menjadi graduan UNIVERSITI MALAYA! .: .: .:
Hehe… tolong promote UM sikit…
:. :. :. We LOVE UM and UM is ONE !!!!!!!! .: .: .:

P/S:
Jangan lupa hantarkan borang Alumni UM segera… Peringatan buat diri ku juga yang selalu lupa… huhu…

My favourite song:- Serius tak tipu….



“ UNIVERSITI MALAYA ”

Universiti Malaya
Kebanggan kita semua
Bertambah para ilmuan
Dipelbagai lapangan

Kami bertekad di hati
Mencapai cita murni
Tradisi kecemerlangan menepati wawasan

Di sini kami sedia berbakti
Terus berinovasi
Kami harapan generasi muka
Teras nusa dan bangsa

Varsiti kesayanganku
Sungguh banyak jasamu
Membentuk insan mulia
Berilmu berbudaya


(Nak nyanyi dengan penuh semangat 07 Ogos ni) huhu…



Surat Terbuka untuk Warga SEKOLAH AGAMA MENENGAH SG. HJ. DORANI

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Sunday, July 11, 2010 at 7/11/2010 10:12:00 AM

Detik-detik akhir di SEKOLAH AGAMA MENENGAH SG. HJ. DORANI....

Mungkin sedih dalam gembira boleh menggambarkan detik-detik akhir di Samdor Jumaat lepas...

Bukanlah terlalu gembira meninggalkan sekolah, tapi serasa lega kerana telah menamatkan praktikal mungkin.

Sayang, memanglah sayang dengan anak-anak murid, guru-guru yang banyak membimbing dan pentadbiran yang menerima baik kedatangan kami di sana...Alhamdulillah...

Ada juga yang bertanya dan mencadangkan agar di minta sahaja posting ke sana nanti...

Huhu..segalanya dalam takdir-Nya...Apa pun yang terjadi selepas ini kuserahkan sepenuhnya kepada Allah..


:. :.:. Comel sungguh adik-adik tingkatan 1 Darussalam :.:.:.

Saya memohon kemaafan atas segala salah silap dan kekurangan sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Juga terima kasih tidak terhingga kerana memberikan kerjasama semasa pensyarah saya datang... Jangan sedih-sedih ea..nanti ada rezki insyallah kita akan berjumpa lagi.

Jadikan Bahasa Arab bahasa agung didunia..Mudah-mudahan kalian antara anak didikku yang mampu memperjuangkan Bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran juga bahasa syurga.


:.:.:. Buat adik-adik tingkatan 2 Firdaus :.:.:.

Lagu yang kamu nyanyikan hari tu memang menyentuh hati..Terima kasih..

Kamu semua mempunyai potensi untuk menjadi insan cemerlang... Moga sentiasa dalam berkat dan redha-Nya. Terima kasih juga atas kerjasama yang kamu berikan sepanjang saya mengajar di sana. Harapnya kamu semua berjaya ke menara gading serta beroleh kesejahteraan di akhirat sana... Insyallah.


:.:.:. Adik-adikku 2 Naim :.:.:.

Kamu semua terlalu baik sebenarnya.. Jangan tinggalkan Al-Quran...Walau setinggi mana pun kita berada letakkan al-Quran di dalam jiwa dan hati kita. Moga ilmu yang dikongsi mampu menjadikan kamu Jailul Qurani” insyallah. Saya sayang kamu semua.


:.:.:. Adik Tingkatan 4 Naim :.:.:.

Salam kemaafan terlebih dahulu saya hulurkan atas segala kekhilafan yang dilakukan andai ada yang tersinggung.. Segala teguran hanyalah bertujuan baik...Saya nak lihat adik-adik saya cemerlang dunia akhirat.. Kiranya budi yang sedikit ditabur itu mampu membawa kalian ke arah kejayaan alhamdulillah... Belajarlah bersungguh-sungguh...

”Sesungguhnya setiap dari KITA adalah harapan AGAMA”


Ucapan jazakumullahu khairan kathira atas jamuan yang kamu rancang petang jumaat yang lalu.

Terima kasih juga atas video yang kamu cipta khas untuk saya...Terharu sangat sebenarnya...Terima kasih banyak...

Juga kain pasang yang kamu berikan insyallah saya akan pakai masa majlis konvokesyen nanti...(Jika sempat siap) Syukran sekali lagi....


Akhir kalam, buat semua warga SAMSHD @ Samdor terima kasih tak terhingga dari tukang sapu, mak cik-mak cik kantin, kerani, guru-guru, pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 yang selalu beramah mesra dengan saya walaupun tiada kesempatan mendidik kamu secara langsung, juga kepada pihak pentadbiran yang tersangat baik melayan karenah kami sepanjang bertugas di sana.


”Syukran jazilan ’ala husni riĆ”yatikum”...

Semoga bertemu lagi....

Wassalam ...

Kenangan Praktikal

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Thursday, July 8, 2010 at 7/08/2010 04:39:00 PM

Kenangan praktikal...
Rasanya cukup dah asam garamnya...
Memang banyak pengalaman...

Yang paling terkini...2 hari sebelum menamatkan tanggungjawab praktikal

lebih 10 orang pelajar histeria...
emm...pengalaman yang takkan dilupakan..
1st time mendepani masalah histeria...

Dari-Nya kita datang..
Dari-Nya jua kita memohon perlindungan...

Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)