Baru saya mahu menulis entry ini saya sangat sedih.Tanpa sedar jam 5 pagi ini saya tersedu-sedan sendiri. Melihat suami yang tidur pula, saya cuba membayangkan dan mari kita semua sama-sama membayangkan. Apa harapan kita bila doktor mengatakan yang suami kita hanya tinggal 10 peratus harapannya untuk hidup? Apa perasaan kita bila mengetahui..dalam masa beberapa bulan lagi orang yang anda kasihi akan pergi meninggalkan kita. Apatah lagi bila doktor memberitahu satu-satu harapan yang suami kita ada adalah menjalani pembedahan yang memerlukan belanja yang banyak dan kita tidak mempunyai wang seperti yang dikehendaki?
Oh saya tidak dapat membayangkan. Pasti setiap hari kehidupan dilalui dengan perasaan yang sangat keliru dan hilang harapan.
Begitulah dengan Ramlah.
Suaminya Amir perlu dibedah segera kerana mengalami kerosakan hati.Suaminya sukar untuk berjalan sekarang disebabkan sebelah kaki membengkak manakala perutnya membuncit. Cuba bayangkan yang Amir itu suami kita ataupun ayah kita.
........
Ramlah yang berada di sebelah kanan saya. Saya berdoa ada keajaiban yang akan berlaku dan suami Ramlah akan pulih semula dan wanita ini akan tersenyum.
Tolong bantu saya sahabat semua.....tolong ya...