Senangnya dalam hati....
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Saturday, September 5, 2009 at 9/05/2009 10:06:00 AM
Jika tak de cabaran dan dugaan... pasti bukan kehidupanlah namanya..
Namun apa kaitan 'syukur' dengan cabaran hidup ni??
selalukan kita tegok punyalah ramai manusia yang hidup senang tapi tak tahu bersyukur...
ape tanda mereka ni tak bersyukur?
Bila masa senang lupa kepada pemilik sebenar pemberi kesenangan tu...
Tapi bila datang kesusahan...berdessuppp minta dikembalikan kesenangan tu
Masa tu barulah teringat kat 'Dia' kan...
Kadang-kadang sedar tak sedar kita pun boleh tergolong sekali antara manusia yang tak bersyukur tu...
Bak kata pepatah..."menyesal dahulu pendapatan...menyesal kemudia tidak berguna"
Begitula manusia..."selalu dah terhantuk baru nak terngadah"
tapi... yang pelik bin musykilnya... walaupun dah terhantuk dan dah pun terngadah banyak kali...
tapi still tak sedar diri..
tak reti nak beringat..
dan
tak reti nak bersyukur dengan pinjaman kesenangan tu...
Ibarat orang yang kita beri pinjam barang...
sebelum nak meminjam tu macam-macam ayat merayu dia keluar..
tup tup bila dah bagi pinjam...
buat-buat lupa lak pada kita 'si pemberi pinjam' ni...
dan lebih tragis lg...huhu...
dia buat barang pinjaman tu macam "hak milik kekal dia"...
Bagaimanalah agak-agaknya perasaan kita masa tu ye?
gembira, suka, 'semakin hari semakin sayang...kerana diri mu begitu berharga'
atau...
membengkak jer dalam jiwa ku ini...
rasanya semua orang tahu apa jawapannyakan...
Tapi tak pelah itu sekadar pinjaman harta dari seorang manusia kepada manusia yang lain je
Namun kita perlu ingat...
banyak perkara sepanjang tempuh kita hidup di atas muka bumi ni...adalah pinjaman semuanya...
tiada satu pun hak milik kita...
bahkan suami isteri,anak-anak, kereta, tanah, kejayaan kita sekali pun...
Jadi mengapa sering kali kita terlupa untuk bersyukur kepada 'Pemberi Pinjaman' tersebut...
takkanlah saat nyawa ingin dicabut barulah kita ingin menyesal bukan...
Renung-renungkan....