Yakinlah Pada Dirimu
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Wednesday, November 18, 2009 at 11/18/2009 08:18:00 AM
Adakala hidup ini rasa tak berarah
Adakala jiwa ini rasa tak tenteram
Adakala akal ini rasa tidak berfungsi
Adakala hati ini tidak merasa
Adakala mulut ini terkelu sendiri
Adakala kita lupa siapa diri ini sebenarnya
Kenapa ini semua berlaku??
Jawapan??
Hanya ada pada diri kita
Tik itulah kita perlu sedar bahawa Yakin pada Diri itu adalah yang terbaik
Kerana mereka yang hilang keyakinan diri..
Umpama kapal yang tiada layarnya..
Tiada pengemudinya..
Hilang arah tujuan..
Sesat di lautan luas
Oleh sebab itu ada yang mengatakan :
"Seseorang itu gagal bukan disebabkan dia tidak pandai, tapi mungkin kerana hilangnya semangat dan menurunnya keyakinan terhadap diri sendiri"