Sekalung Terima Kasih buat SAMSHD….

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Wednesday, July 7, 2010 at 7/07/2010 10:33:00 AM

Assalamualaikum…


Tinggal kurang seminggu sahaja lagi…

Sekejap sungguh praktikal rasanya…

Tapi tak pe bukan lama atau sekejap yang menjadi ukuran,

Yang penting apa yang kita dapat dari sesuatu yang kita lakukan..


Serasa penat jugaklah praktikal ni…tapi syukur Alhamdulillah apa yang aku ingin dan harapkan dapat dicapai walaupun bukanlah sepenuhnya…

Tapi sekurang-kurangnya itu usaha ku…

Maka sudah tentu itu juga menjadi imbalannya…

Syukur ke hadrat-Nya yang memberi aku ruang nafas hingga ke hari ini…


Perjalanan hidup terlalu jauh lagi…(Jika masih panjang usia ku…)

Ku harapkan agar tempoh waktu yang di berikan-Nya ini dapatku manfaatkan sebaiknya…

Sebagai membalas jasa kedua orang tua ku yang selama ini telah berpenat lelah mendidik dan berusaha untuk menghantarku hingga ke menara gading.


Sebagaimana adik Nik Nur Madihah berdoa yang pernah ku baca dalam koleksi cerita kejayaannya lewat beberapa tahun lalu..

Kini aku juga ingin berdoa kepada-Mu Ya Rabb sedemikian rupa…


Dan sesungguhnya, ku titipkan jua doa ini kepada semua anak murid ku (2 Firdaus) yang sempat ku didik sementelah di Sekolah Agama Menengah Sungai Haji Dorani.


Ya Allah….

“Aku hanya mahu bermanja dengan-Mu Tuhan, tiada

sesiapa yang dapat memahami diriku kecuali Engkau, ya Allah. Jika keadaan ini adalah baik bagiku yang aku

sendiri tidak mengetahuinya, maka kepada Engkaulah

aku menyerahkan seluruh umurku. Cuma, teruslah Engkau menghidupkan

pelita hatiku agar aku tidak malap memikul tanggungjawabku terhadap

keluarga, guru-guru dan teman-teman serta pengajianku”

Amiiin…


Untuk Murid-murid 1 Darussalam, 2 Naim dan 4 Naim sempat ku titipkan kata peransang ini sebagai penguat semangat mereka menempuh masa hadapan yang serba mencabar…Moga kalian dalam restu dan lindungan-Nya.



“Hidup tanpa cabaran & dugaan ibarat hidup tanpa warna.
Hidup dalam satu warna yang sama..

selamanya kita tidak akan merasai keindahan & kemanisan hidup serta tahap kematangan kita.
Hidup, cabaran dan dugaan ibarat isi dan kuku..."


Akhir kalam, terima kasih kepada semua warga SAMSHD yang sudi menerima kehadiran kami guru pelatih dari UM dan UKM..


Jazakumullahu khairan kathira…..

المخلصة :

حسنوروَني بنت جمال الدين

Comments:

There are 0 comments for Sekalung Terima Kasih buat SAMSHD….

Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)