Aku jatuh Cinta lagi
Posted by HASNORWANI ... | Labels: Jatuh Cinta | Posted On Saturday, June 18, 2011 at 6/18/2011 08:30:00 AM
" Tapi, aku tak pernah lupa kepada bunyi decit kereta buruk cikgu Siti. Aku tak pernah lupa pada bau hanyir muntah yang kulambak di atas pakaiannya. Aku tak pernah lupa dakapan erat cikgu menenangkan aku ketika aku menangis teringat arwah ibu semasa mendapat keputusan UPSR 4A ketika itu. "
Suara Arifin tertahan-tahan. Sesekali ada juga basah kelopak matanya. Ujarnya lagi….
"Andai suatu hari nanti jika kita bertemu lagi, cikgu…. Akan kulafaz terima kasih sebesar dunia. "
Saya tidak dapat menahan air mata mengenang besarnya pengorbanan seorang guru biasa bernama Cikgu Siti Nazura. Demikian pengaruh beliau kepada anak didiknya.
* Saya kini seorang jurutera kanan sebuah syarikat binaan terkemuka di Selangor. Terima kasih, cikgu!
Baca Penuh : Cikgu Siti
Tersentuh.. itulah yang aku rasa saat membaca cerita itu..
Pertama kali masuk ke blog yang tersimpan cerita ini setelah terjumpa link tentangnya suatu ketika dulu..
Lama sudah..
Pagi ini, setelah tinggal bersendiri, aku mengorek lagi sejuta rahsia dalam blog istimewa itu..
Saat ku jumpa,ku baca ceriteranya, kemudian berganjak pula ke ceritera lain di dalam ruang sederhana blog hebatnya...
AKU JATUH CINTA!
Sungguh aku dilamun cinta...
Hebat bukan dia?!
(Matila laki aku marah dikejauhan itu...hehe)
Jatuh cinta pada penulisannyala abg!
**Mampukah aku menjadi sehebat cikgu Siti?!
Blog Hebat itu Cikgu Jimi