Masalah Besar
Posted by HASNORWANI ... | Labels: Doa, ingat Allah, INSAF, rintihan | Posted On Wednesday, September 21, 2011 at 9/21/2011 07:19:00 PM
Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
ingat lagi tak... masalah bertimpa-timpa, hati resah, jiwa sunyi,anak2 bermasalah , pasangan buat hal, kematian , ditinggalkan, keperitan hidup... katakan pd hati anda, .... MAHA BESAR ALLAH ,, kecilnya masalah ku..
Rafazila Ramli
Jangan katakan kepada ALLAH, "Ya Allah, aku punya MASALAH yang besar" tetapi katakan kepada MASALAH "Wahai masalah, sesungguhnya aku punya ALLAH Yang Maha Besar, Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya".. =)
Masalah itu bukankah datangnya dari DIA bagi menguji kita sebagai hamba-Nya..
Lupakah kita?
Sedang itu... mengapa perlu kita meminta pada yang lain, jika DIA sendiri mampu membantu sebaiknya...
Kita hanya perlu meminta, memohon, merintih, bermunajat pada-Nya..
DIA mahu melihat air mata keinsafan kita, DIA mahu mendengar kita meminta-minta kepada-NYA,
Kerana DIA MAHA BESAR, MAHA KAYA...
Mintalah segala apa... pasti DIA mampu berikan jika DIA mahu...
Mintalah dengan DOA mu..
Jangan lupa berdoa, kerana dia sangat suka mendengar doa-doa kita, hamba-NYA
Teruskan berdoa ....mengharap pada-NYA...