Berita gembira
Posted by HASNORWANI ... | Labels: gembira, Zuriat | Posted On Monday, October 10, 2011 at 10/10/2011 10:05:00 PM
Indahnya nikmat itu
Indahnya perasaan itu
Indahnya melalui saat itu
Namun, sampai saat ini DIA masih belum mengizinkan aku menikmatinya, merasainya, melaluinya
Walaupun begitu, aku tahu..
Tak perlu mempersoal banyak,
Kerana DIA sentiasa tahu apa yang terbaik untuk hamba-NYA
Sebelum ini, agak tersentuh hati saat mendapat berita sahabat-sahabat yang bakal dikurnia cahaya mata
Ipar duai yang sama memeriahkan berita bakal kelahiran ahli baru dalam keluarga
Tak kurang juga yang sering mengusik atau perli entahlah "honeymoon lagi?" atau "oooo...ingatkan merancang"
Erm... mulut manusia benar-benar satu lubang yang sukar ditutup
Segala yang difikir sering kali mahu diluah semua
Tanpa memikir soal hati dan perasaan pendengar
Tidak mengapalah, ujian Allah itu sememangnya buat orang yang layak
Kerana ujian tanda DIA sayangkan kita
Mudahan Allah sentiasa menyayangi kita semua
** Berita gembira : Rakan sekerja yang sama-sama pjj (perkahwinan jarak jauh) sudah diberitakan bakal menimang cahaya mata...
Entah kenapa saat mendapat tahu berita ini, aku sangat-sangat tumpang gembira
Biasa aku tak macam ni... hehehe
Tapi mungkin, kami senasib (sama jauh dari suami.. dan dia juga telah menanti zuriat ini lebih setahun )
Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki ini kepada mereka terlebih dahulu...
Mudahan rezeki kami akan menyusul tak lama lagi
Pada waktu yang sesuai mengikut aturan -Nya..
Kami masih bersabar ...