Rindunya ….
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Thursday, October 22, 2009 at 10/22/2009 12:54:00 PM
Rindunya ….
Rindunya kenangan lalu..
Orang kata : “ Janganlah hidup dengan kenangan
tapi teruslah maju dengan harapan masa hadapan”
Namun tak salah sesekali terkenangkan…
Bukan untuk diratapi sekadar mengingat kembali..
Emmm… ahad lepas penulis sempat pergi ke Sua Rasa TV9 kat Shah Alam..
Tiada apa yang menarik sangat melainkan gerai-gerai yang sangatlah banyak..
sampai tak larat nak jalan semua tempat.
Sekadar cuci mata (’’,)
Tapi ada satu booth yang menarik perhatian penulis..
Booth al-Risalah..
Bila masuk ke dalam tu terimbau kenangan di Mesir dahulu..
Mereka memaparkan tempat-tempat sejarah yang pernah dilawati krew TV9 untuk tayangan al-Risalah di televisyen.
Antaranya adalah Bumi Anbiya’ yang pernah penulis sampai iaitu Mesir..
Walau sekejap cuma, namun otak seolah-olah berputar terkenangkan memori di sana tidak lama dahulu…
RINDUNYA…
“Moga Allah berikan daku keizinan untuk sampai ke sana untuk kali kedua..
Mungkin dalam tempoh yang lebih lama…”
AMIIN…