UJIAN TANDA SAYANG
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Thursday, October 15, 2009 at 10/15/2009 03:13:00 AM
Ya Allah kini aku benar2 rasa diuji
Kekadang tak kuat untuk bertahan lagi..
Entah…
Serasa mahu menangis…
Tapi…
Tiada air mata untuk ditangisi…
Mungkin juga kerana kerja yang banyak menyebabkan otak ini tidak terlalu memikirkannya..
Namun ia turut mengganggu..
Memang benar.. “Ujian itu Tanda Sayang”
Sering juga kita didatangi mesej-mesej motivasi bukan..
Namun tika itu tidak sangat terkesan dihati..
Mungkin kerana jiwa saat itu tenang sahaja…
Tapi tatkala hati gundah sebegini..
Teringat-ingat pula kata-kata itu..
“Janganlah bersedih ketika mana Allah hilangkan matahari kita
dengan kehadiran hujan..
Kerana setelah itu…
Dia ingin menghadiahkan pelangi yang begitu indah
untuk pandangan mata..
Fahamlah diri ini bahawa ujian itu hanya untuk
insan yang benar-benar layak memikulnya.
Dia tidak akan sesekali membebankan dengan dugaan dan ujian
yang tak mampu dipikul hamba-Nya itu sendiri.
Seperti mana firman-Nya:
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها