Surat Terbuka untuk Warga SEKOLAH AGAMA MENENGAH SG. HJ. DORANI

Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Sunday, July 11, 2010 at 7/11/2010 10:12:00 AM

Detik-detik akhir di SEKOLAH AGAMA MENENGAH SG. HJ. DORANI....

Mungkin sedih dalam gembira boleh menggambarkan detik-detik akhir di Samdor Jumaat lepas...

Bukanlah terlalu gembira meninggalkan sekolah, tapi serasa lega kerana telah menamatkan praktikal mungkin.

Sayang, memanglah sayang dengan anak-anak murid, guru-guru yang banyak membimbing dan pentadbiran yang menerima baik kedatangan kami di sana...Alhamdulillah...

Ada juga yang bertanya dan mencadangkan agar di minta sahaja posting ke sana nanti...

Huhu..segalanya dalam takdir-Nya...Apa pun yang terjadi selepas ini kuserahkan sepenuhnya kepada Allah..


:. :.:. Comel sungguh adik-adik tingkatan 1 Darussalam :.:.:.

Saya memohon kemaafan atas segala salah silap dan kekurangan sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Juga terima kasih tidak terhingga kerana memberikan kerjasama semasa pensyarah saya datang... Jangan sedih-sedih ea..nanti ada rezki insyallah kita akan berjumpa lagi.

Jadikan Bahasa Arab bahasa agung didunia..Mudah-mudahan kalian antara anak didikku yang mampu memperjuangkan Bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran juga bahasa syurga.


:.:.:. Buat adik-adik tingkatan 2 Firdaus :.:.:.

Lagu yang kamu nyanyikan hari tu memang menyentuh hati..Terima kasih..

Kamu semua mempunyai potensi untuk menjadi insan cemerlang... Moga sentiasa dalam berkat dan redha-Nya. Terima kasih juga atas kerjasama yang kamu berikan sepanjang saya mengajar di sana. Harapnya kamu semua berjaya ke menara gading serta beroleh kesejahteraan di akhirat sana... Insyallah.


:.:.:. Adik-adikku 2 Naim :.:.:.

Kamu semua terlalu baik sebenarnya.. Jangan tinggalkan Al-Quran...Walau setinggi mana pun kita berada letakkan al-Quran di dalam jiwa dan hati kita. Moga ilmu yang dikongsi mampu menjadikan kamu Jailul Qurani” insyallah. Saya sayang kamu semua.


:.:.:. Adik Tingkatan 4 Naim :.:.:.

Salam kemaafan terlebih dahulu saya hulurkan atas segala kekhilafan yang dilakukan andai ada yang tersinggung.. Segala teguran hanyalah bertujuan baik...Saya nak lihat adik-adik saya cemerlang dunia akhirat.. Kiranya budi yang sedikit ditabur itu mampu membawa kalian ke arah kejayaan alhamdulillah... Belajarlah bersungguh-sungguh...

”Sesungguhnya setiap dari KITA adalah harapan AGAMA”


Ucapan jazakumullahu khairan kathira atas jamuan yang kamu rancang petang jumaat yang lalu.

Terima kasih juga atas video yang kamu cipta khas untuk saya...Terharu sangat sebenarnya...Terima kasih banyak...

Juga kain pasang yang kamu berikan insyallah saya akan pakai masa majlis konvokesyen nanti...(Jika sempat siap) Syukran sekali lagi....


Akhir kalam, buat semua warga SAMSHD @ Samdor terima kasih tak terhingga dari tukang sapu, mak cik-mak cik kantin, kerani, guru-guru, pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 yang selalu beramah mesra dengan saya walaupun tiada kesempatan mendidik kamu secara langsung, juga kepada pihak pentadbiran yang tersangat baik melayan karenah kami sepanjang bertugas di sana.


”Syukran jazilan ’ala husni riĆ”yatikum”...

Semoga bertemu lagi....

Wassalam ...

Comments:

There are 1 comments for Surat Terbuka untuk Warga SEKOLAH AGAMA MENENGAH SG. HJ. DORANI

Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)