~~Tapi sekarang aku sedar yang manusia perlu tahu erti syukur untuk mengerti apa itu bahagia.~~
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Thursday, March 17, 2011 at 3/17/2011 03:35:00 PM
"Ika wani jumpa ni kat blog kamu tadi..hehe"
Minta quote yea...Kan kamu selalu bilang yang wani suka geledah blog kamu...hehe
Memang pun !!!!
Tepat sekali ika...
manusia kena tahu erti syukur untuk mengerti apa itu bahagia..
Kerana bila dia inginkan bahagia sedangkan tidak tahu bersyukur..
Macamana bahagia tu nak datang...
Kerana itu kita perlu bersyukur atas setiap yang kita terima sama ada baik atau sebaliknya...
Dan syukur pasti akan membawa bersama bahagia dalam hidup anda !!!!!
Kan DIA dah bagitahu...
"Barangsiapa yang bersyukur pasti akan ku tambah lagi (nikmat itu)"
Jika yang sedikit pun kita tidak tahu bersyukur...
Bagaimana DIA nak berikan yang banyak !
Maka.. kenalah bersyukur...
Walaupun dapat sikit !
Kerana dengan kesyukuran kepada yang sedikit itu
Akan mendatangkan rezeki + bahagia yang lebih besar dalam hidup kita !!
:.:.:. Yang sedikit itu apabila ada berkat-NYA...
Pasti akan menjadi lebih baik dari yang banyak !!! .:.:.:
Fikir-fikirkan....