HARAPAN HARI ESOK 21. MAC....
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Sunday, March 20, 2011 at 3/20/2011 06:16:00 PM
Rasanya masa zaman masih student sekolah dulu..
Waktu mula nak buka cuti la saat paling malassssssssss sekali...
Tapi tak tahu lah...
Sejak dah kembali ke sekolah semula...
Rasa boring pula cuti sekolah ni...
Nak start ke sekolah esok pun macam tak de feel lagi..
Tak tahulah apa nak ditakrifkan perasaan yang bergelodak kat dalam ni...
Nak menambah cuti pun tak mau..
Nak start kerja semula pun tak tau apa perasaan ni...
Tapi tak pe la sekurang-kurangnya masa akan lebih terisi sepanjang hari persekolahan
Tidaklah seperti sepanjang cuti seminggu ni hanya memerap sahaja dirumah
dan sekali sekala keluar membeli barang keperluan di bandar...
Walau apa pun perasaan kita untuk menghadapi tugas esok..
Diharapkan ianya sentiasa diiringi restu suami, ibu bapa, keluarga dan yang lebih penting restu dari-Nya..
Agar setiap langkah kita menuju ke sekolah esok sentiasa dipayungi rahmat-Nya..
Mengajar di sini tidak semudah yang difikirkan..
Namun harapan kita-kita yang berada di sini -:) ,
Hendaknya Allah sentiasa bantu kita untuk memberikan yang terbaik buat insan-insan memerlukan di sini...
Hendaknya setiap apa yang diluahkan oleh pendidik sepertiku harapnya adalah kata-kata yang digerakkan oleh Allah...
Mudah-mudahan kita tidak menyampaikan sesuatu yang sia-sia...
Hanya satu harapanku di sini,
Agar aku dapat mengubah sesuatu menjadi manfaat untuk ummah..
Tak banyak pun tak mengapa...
Janji ianya ada sebelum aku meninggalkan kawasan bermakna ini...
Kerana aku tahu sesungguhnya ini adalah tempat yang DIA tetapkan untukku...
Walau terpaksa berjauhan dari suami...
Namun aku redha....
Sandakan, Sabah
Hasnorwani Jamaludin
wish u best of luck wani. u can do it! wani..... ceramah jgn bersedih kat tepi ni best kan... suuukaaaa sangat!
sbb suka sgt la...smpai den letak kat sebelah ni...hehe dh siap donlod pon...hehe...mana lagi tempat terbaik eden merampok ...jk bukan dr blog terbaek...mu hehehe