Cikgu Tak Seperti Dulu
Posted by HASNORWANI ... | Labels: Cikgu | Posted On Tuesday, June 28, 2011 at 6/28/2011 08:23:00 PM
rasa apa itu kerja GURU...buat penyakit darah tinggi ja!!!!"
Ini kata-kata seorang pendidik baru...
Mengenai sebuah realiti...
Tidak lagi bermimpi..
Menjejak... mengimpi...
Terus berusaha memahat strategi,
Anak bangsaku perlu ''menjadi"!!
Lihat, ramai yang hendak jadi cikgu sekarang..
Atas pelbagai alasan...
Ada yang memang berjiwa pendidik..ingin melihat anak bangsa berjaya sehebat dirinya, malah lebih lagi.
Namun, tak kurang juga menjadikan profession ini pilihan terakhir setelah lelah mencari kerja
layaknya ijazah yang digenggam!
Cikgu tak lagi seperti dulu..
Perginya seawal pagi,
Pulangnya tengahari..
Rehatnya panjang berhari-hari...
Cuti sekolah dinanti-nanti,
Hidupnya riang tidak terperi,
Kerjanya sedikit, lapangnya lama berehat diri...
Cikgu sekarang tak seperti dahulu,
Cutinya terisi tuisyen dan beban,
Menanda kertas, buku, merancang transformasi,
Cuti panjang tinggal separuh cuma,
Bukan merungut... itulah realiti...
Bersedia sebaiknya apabila anda benar memilih profession ini.
Jangan kelak memakan diri,
Hanya menunggu saat-saat gaji,
Ikhlas dihati hilang dibimbangi,
Anak didik tak lagi menyenangi,
Cikgu sendiri, sepi mahabbah diri,
Yang tinggal rungut, jerit pekik,
Lelah setelah memilih sendiri...
Kerana cikgu kini tak lagi seperti dulu!
Trip ke Kota Kinabalu sebelum Ramadhan.. Hanya RM79!
Posted by HASNORWANI ... | Labels: Jalan-jalan | Posted On at 6/28/2011 06:08:00 AM
Wow, lepas beli tiket raya..
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
Jangan marah ye kawan-kawan..Kita ISTERI TAAT.
NOTA KAKITANGAN : KITA : saya lah tu..hehe ; DIA : my hubby
UNGGUN BERSIH
Posted by HASNORWANI ... | Labels: BERSIH 2.0 | Posted On at 6/28/2011 05:09:00 AM
Tiba-tiba aku melihat engkau bukan lagi memegang sebatang pena
Lalu kini di tanganmu
Adalah sebilah pedang tajam
siap untuk mencincang kejahilan manusiawi
Dan kebobrokan sistem
Oleh segelintir manusia mabuk mempertahan kuasa
Kuasa yang kini dalam proses pereputan………….
ZHARULNIZAM SHAH Z.A
2.07 PAGI
Sunyi pagi Putrajaya.
Nota: Tulisan ini tidak bertujuan atau mempunyai justifikasi untuk menghasut………………
Unggun Bersih
Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
...sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID
Baca lanjut SINI
JIKA HIDUP TIDAK PERNAH ...
Posted by HASNORWANI ... | Labels: senang, susah | Posted On Thursday, June 23, 2011 at 6/23/2011 05:09:00 AM
SUDAH BELI TIKET RAYA...ALHAMDULILLAH..
Posted by HASNORWANI ... | Labels: Tiket raya | Posted On Saturday, June 18, 2011 at 6/18/2011 08:22:00 PM
Kamu, kamu dan kamu sudah beli tiket raya kah?
Semangat betol kamu ni (diri sendiri) beli tiket raya, puasa pun belum..huhu
Eh, duk diperantauan yang kena naik belon ini sememangnya kena beli awal, kalo tak sedia lah harga tiket melambung hampir seribu..
Owh, tidak sanggup melihat duitku yang begitu berharga itu melayang ke firefly mahupun airasia begitu sahaja..
(Menciiiiiiikkkkkkkkkk kat MAS yang akan menamatkan perkhidmatannya mengambil orang Sandakan ke KL selepas meletakkan firefly di sini..Kesian kami..huhuhu)
Ini pun sudah terlambat sebenarnya membeli tiket,
Nak buat macamana, wang harus diagih ke segenap urusan menyebabkan kekangan membelinya pada masa yang lebih murah tempoh hari.
Di sini, sungguh seperti kebudak-budakan
Baru je pulang dari tanah Semenanjung, terus merancang pulang lagi..hehe
Nak buat macamana, tanggungjawab kasih dan sayang ada tertinggal di sana..
Mahu tidak mahu ...kepulanganku sungguh dinanti..
** Ada ke patut kasih dan sayang di Tanah Semenanjung mencadangkan kami beraya di Sandakan sahaja tahun ini..Oho tidak sanggup rasanya...
Akan ku berjuang semahunya mendapatkan tiket pulang walau apa cara sekali pun..Alhamdulillah sudah berjaya!
Jangan berangan mahu makan ketupat , lemang dan rendang Sandakan dipagi raya tahun ini ya 'kasih dan sayang' yang sungguh suci hatinya mahu ke mari pula... Tunggu saja kepulanganku di sana...
~lalalalalala~
Aku jatuh Cinta lagi
Posted by HASNORWANI ... | Labels: Jatuh Cinta | Posted On at 6/18/2011 08:30:00 AM
" Tapi, aku tak pernah lupa kepada bunyi decit kereta buruk cikgu Siti. Aku tak pernah lupa pada bau hanyir muntah yang kulambak di atas pakaiannya. Aku tak pernah lupa dakapan erat cikgu menenangkan aku ketika aku menangis teringat arwah ibu semasa mendapat keputusan UPSR 4A ketika itu. "
Suara Arifin tertahan-tahan. Sesekali ada juga basah kelopak matanya. Ujarnya lagi….
"Andai suatu hari nanti jika kita bertemu lagi, cikgu…. Akan kulafaz terima kasih sebesar dunia. "
Saya tidak dapat menahan air mata mengenang besarnya pengorbanan seorang guru biasa bernama Cikgu Siti Nazura. Demikian pengaruh beliau kepada anak didiknya.
* Saya kini seorang jurutera kanan sebuah syarikat binaan terkemuka di Selangor. Terima kasih, cikgu!
Baca Penuh : Cikgu Siti
Tersentuh.. itulah yang aku rasa saat membaca cerita itu..
Pertama kali masuk ke blog yang tersimpan cerita ini setelah terjumpa link tentangnya suatu ketika dulu..
Lama sudah..
Pagi ini, setelah tinggal bersendiri, aku mengorek lagi sejuta rahsia dalam blog istimewa itu..
Saat ku jumpa,ku baca ceriteranya, kemudian berganjak pula ke ceritera lain di dalam ruang sederhana blog hebatnya...
AKU JATUH CINTA!
Sungguh aku dilamun cinta...
Hebat bukan dia?!
(Matila laki aku marah dikejauhan itu...hehe)
Jatuh cinta pada penulisannyala abg!
**Mampukah aku menjadi sehebat cikgu Siti?!
Blog Hebat itu Cikgu Jimi
SEHEBAT DIA
Posted by HASNORWANI ... | Labels: Cinta | Posted On Thursday, June 16, 2011 at 6/16/2011 08:24:00 PM
"Menurut kalender jawa, saya dilahirkan pd mlm jumaat keliwon. Pak Bugel seorg senior di kg kelahiran saya menyatakan 'iki gelem jadi kiyai' (ini boleh jadi kiyai). Atas semangat itu ayah menamakan saya Azhar sempena nama universiti Islam terkemuka dunia. Subconscious mind ayah itulah yg terus mndorong saya kesekolah agama walaupun pernah saya menentangnya. Terima kasih ayahanda. Selamat Hari Bapa."
"Terima kasih kepada Bapa yang menghantar saya ke Maahad Hamidiah, Kolej Islam Kelang, Nilam Puri dan Morocco. Kesemua institusi ini adalah alma mater saya yang sangat hebat. Selamat Hari Bapa"
"Apabila berkeinginan yang real utk belajar bahasa Arab sudah bersemi pada diri pelajar, maka separuh dari tugas guru telah dianggap selesai"
"Sesiapa yang menguasai Bahasa Arab sangat mudah untuk mengajar semua cabang ilmu agama"
"Meyakini sebuah kebenaran memerlukan waktu lebih lama daripada waktu untuk mengetahuinya."
"Pengetahuan hanya boleh berubah menjadi energi kalau ia berkembang menjadi keyakinan."
Kenapa saya petik semua di atas... Kat atas tu semuanya bukan kata-kata saya ye..
Itu kata-kata hebat dari seorang yang HEBAT!
Siapa dia? Dialah pendidik kami sewaktu di UM dulu...
Bukan sekadar mengajar tapi menanam nilai dalam diri!
Sungguh bertuah dapat menjadi anak didiknya
Seorang yang low profile... Tapi jiwanya hebat sehebat ilmu di dada yang disampai!
Dari dia ... saya bertambah cinta kepada Bahasa Arab...
Teringin sangat nak dapat ajar Bahasa Arab
Tuan tanah : Ujian di sini tak dapat ajar Bahasa Arab ... Mungkin aku belum layak!
Kupasan lanjutan : Isteri @ Pelacur
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Tuesday, June 14, 2011 at 6/14/2011 07:54:00 PM
Semalam ada terbaca dalam sebuah blog berkenaan isu " Isteri yang perlu melayan suaminya setaraf layanan pelacur".... Auuuu, perlu sampai macam tu ke?
Ramai yang agak melenting, tapi saya cuba cool seboleh mungkin,
Memanglah istilah itu agak ganas dan kurang sopan
Gelaran ISTERI ITU CUKUP MULIA...
Cuma saya belajar didik minda menjadi orang yang positif
Yang agak negatif tu, tolak tepi sekejap
Renung-renung dan fikir-fikir sejenak
Hinggalah terjumpa entri INI dalam blog Cik Ika ...
Saya sangat bersetuju dengan kupasan yang di bawa DIA
Jom cuba baca!
TANAH SEMENANJUNG YANG DISAYANGI
Posted by HASNORWANI ... | Labels: SEDIH | Posted On Sunday, June 12, 2011 at 6/12/2011 12:32:00 PM
BANGKU KOSONG AJAK JOIN BERTUKAR-TUKAR LINK UNTUK LEPAK DI B.K
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Saturday, June 11, 2011 at 6/11/2011 09:08:00 AM

PTPTN lagi.... **UJRAH**
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Friday, June 10, 2011 at 6/10/2011 02:32:00 PM
ROMANTIK KE NAIK MOTOR BERDUA DALAM HUJAN!?
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Wednesday, June 8, 2011 at 6/08/2011 06:14:00 PM


ENTRY KE 200
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Saturday, June 4, 2011 at 6/04/2011 01:03:00 PM

FIRDAUS : Seminggu 100 Followers
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 6/04/2011 09:30:00 AM
PADERI TAKUT JAWAB SOALAN MELAYU MUSLIM
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Friday, June 3, 2011 at 6/03/2011 07:24:00 PM
"WANI tu CANTIKlah!"
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On at 6/03/2011 06:14:00 PM

eceh ceh...perahsan jap! erkkkkk....
Tajuk sebenarnya ni ha : "Wanita itu cantik" hehehehe....
Dari simpanan email lama...
"Slmt membaca sambil bercuti!" kata budak spek mata besau bawah ni.
Hargailah diri kita sebagai wanita...kerana sesungguhnya wanita itu memang dijadikan cantik..
Allah berfirman:
"Ketika saya menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. saya membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan".
"saya memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"saya memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"saya memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"saya memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"saya memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya. saya memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yang anda kenali....
Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah.......>>>>>wanita!
Setiap Wanita itu Cantik...
Nota: oleh itu..hargailah..pengorbanan..seorang wanita..;)
PULANGLAH KE RUMAH, & SAYANGI KELUARGA ANDA!
Posted by HASNORWANI ... | | Posted On Thursday, June 2, 2011 at 6/02/2011 02:42:00 PM
