Cikgu Tak Seperti Dulu
Posted by HASNORWANI ... | Labels: Cikgu | Posted On Tuesday, June 28, 2011 at 6/28/2011 08:23:00 PM
rasa apa itu kerja GURU...buat penyakit darah tinggi ja!!!!"
Ini kata-kata seorang pendidik baru...
Mengenai sebuah realiti...
Tidak lagi bermimpi..
Menjejak... mengimpi...
Terus berusaha memahat strategi,
Anak bangsaku perlu ''menjadi"!!
Lihat, ramai yang hendak jadi cikgu sekarang..
Atas pelbagai alasan...
Ada yang memang berjiwa pendidik..ingin melihat anak bangsa berjaya sehebat dirinya, malah lebih lagi.
Namun, tak kurang juga menjadikan profession ini pilihan terakhir setelah lelah mencari kerja
layaknya ijazah yang digenggam!
Cikgu tak lagi seperti dulu..
Perginya seawal pagi,
Pulangnya tengahari..
Rehatnya panjang berhari-hari...
Cuti sekolah dinanti-nanti,
Hidupnya riang tidak terperi,
Kerjanya sedikit, lapangnya lama berehat diri...
Cikgu sekarang tak seperti dahulu,
Cutinya terisi tuisyen dan beban,
Menanda kertas, buku, merancang transformasi,
Cuti panjang tinggal separuh cuma,
Bukan merungut... itulah realiti...
Bersedia sebaiknya apabila anda benar memilih profession ini.
Jangan kelak memakan diri,
Hanya menunggu saat-saat gaji,
Ikhlas dihati hilang dibimbangi,
Anak didik tak lagi menyenangi,
Cikgu sendiri, sepi mahabbah diri,
Yang tinggal rungut, jerit pekik,
Lelah setelah memilih sendiri...
Kerana cikgu kini tak lagi seperti dulu!
makngoh 4 thn mengajar di sandakan. mmg tugas cikgu susah dan mencabar tetapi gembira dan puas melakukannya. kerana pelajar di sana, bagus dan hormat guru. kini baru 7 bln di KL, terasa tugas cikgu mcm beban yang amat berat. tapi cuba mengikhlaskan diri.
ye cuba mengikhlaskn diri sebaik mungkin..hrpnya ada kebaikan sy di sni