BELAJAR BERSABAR
Posted by HASNORWANI ... | Labels: marah | Posted On Sunday, July 10, 2011 at 7/10/2011 12:38:00 AM
Tika marah menguasai,
Kita merasakan melenting, meluah dengan jerit pekik itu adalah paling tepat
Tidakkah kita terfikir
Kesan kemarahan itu menyebabkan akhirnya kita akan termalu sendiri
Terkadang isu politik sahaja bisa membuat dua bersaudara bermusuh
Apa yang kamu dapat?
Bisa menjadi menteri?
Atau berkahwin dengan anak menteri tersebut?
Cubalah bersabar sedikit
Berwuduk
Tenangkan hati
Di saat marah, jangan terlalu gagah memperlihatkan segala tindak tanduk bodoh kita
Akibatnya, kita yang akan menyesal sendiri kelak
Kenapa teguran atau nasihat orang kita pandang remeh?
Mungkin yang menegur itu bukan sesiapa pada kita
Namun, ada baiknya kita duduk berdiam diri terlebih dahulu
Fikirkan baik buruk kata-kata kita dikala marah
Jangan terlalu diikut perasaan marah itu
Kerana ia ibarat api yang mampu membakar hutan!
Seterusnya merebakkan jerebu ke seantero negara!
Belajarlah bersabar wahai diri!
** Tak mahu nasihat orang ,
Tak perlu juga memahamkan orang yang telah tersedia menutup pintu hatinya dari memahami apa yang disampai...
Adalah lebih baik menerangkan kepada mereka yang tidak tahu..Itu adalah lebih baik
Kerana mungkin, di hatinya ada kesediaan mahu cuba memahami apa yang akan disampaikan...
"Belajarlah berbahasa dengan lebih beradab harapnya..walau lidah boleh berkata apa,tangan boleh menulis segalanya..takkan lah sampai menggadai adab sopan yg dijaga sekian lama" (^^)
Imam Syafie pernah berkata: aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu".
very the betul apa yg kamu cakap. Tak perlu over, entah2 satu hari nanti kita jilat balik apa yang kita penah cakap hari ni..