Update dari Awan Biru

Posted by HASNORWANI ... | Labels: , , | Posted On Thursday, July 21, 2011 at 7/21/2011 01:47:00 AM



Update Dari Awan Biru









20 Julai 2011
7.03 p.m. (Setelah lebih kurang satu jam 15 minit terbang)
AirAsia  (AK 5162)
Seat No. 25E tapi duk kat 25F…tepi tingkap maaa..hehehe
………………………………………………………………………………………………………………………………………….


Wah, dulu pertama kali buat pasport merah tu (Pasport Antarabangsa) sebab menyertai program belajar Bahasa Arab selama sebulan ke bumi anbiya’ Mesir di bawah UM –Universiti Kaherah.

Selepas pulang dari sana, ku fikir pastinya pasport ini akan expired begitu sahaja tanpa digunakan..



Namun, sedar tak sedar, Allah mengaturkan lagi langkahku jauh membelah awan biru (eh, langit tu biru..awan putih la..hehe..kadang hitam memberat hujan..mengarut!)

Tak ku sangka, pasport itu berguna sekali lagi, dan berkali-kali rupanya atas alasan ‘ulang-alik’ KL-Sandakan








Sebenarnya untuk ke Borneo anda hanya perlu membuat pasport perjalanan terhad yang warna biru tu (RM5) kalau tak silap..bagi yang mahu tinggal melebihi 3 bulanla…kalo seminggu dua tu tak payah la…





Dah di confirm kan dengan Encik Imegresen tadi..
Tanyanya pula : Kerja sini cikgu?( Disini orang Semenanjung semuanya dipanggil cikgu..hehehe)




Tapi disebabkan dah ada pasport merah ni yang dibuat beratus ringgit masa zaman belajar dulu, makanya  guna ajelah yang ni…
Nampak macam pergi oversea plak, padahal Sabah je pun…(eh, Over  the sea gak kan kan…keh keh keh)






(Ini part serius sikit!!! Sebab tu bold…hehe)
Takdir kita semua telah ditetapkan Allah sebaiknya.
Namun, mengapa kita sering mengeluh, merungut, terkadang menjerit saat aturan itu terjadi tidak selari dengan aturan , rancangan dan kehendak kita.


Siapa lagi HEBAT?
Siapa lebih TAHU?
Siapa lebih MEMAHAMI?

JAWAPANNYA : DIA YANG MAHA ESA!



Kita tak punya apa…
Atas alasan apa kita masih boleh bertahan?
Kerana masihnya ada harapan hari esok!




Ya! Kerana adanya HARAPAN, IMPIAN hari esok, bukan?!

Menyebabkan semua orang terus hidup, HIDUP, berjuang, BERJUANG, melalui keHIDUPan mendatang sebaiknya.

Tak perlulah kita terlalu berduka cita atas apa yang terjadi;
Ingatlah, kekadang kita ini lebih baik keadaannya berbanding orang lain.


Lupakah kita untuk bersyukur?





Ramai yang sering bertanya.
“Apa khabar?”
“Bagaimana keadaan duduk di sana? (Sabah)
“Berjauhan ni ok dak?”
“Dah berisi ke?” (Owh soalan femes ni…haisyyyyhhh)



Apalah yang mampu kujawab ….
Melainkan “Aku cuba melalui hidup ini apa adanya”
“Cuba menerima hakikat, membuang segala keluh kesah, sedih, resah keterlaluan, prasangka…
Kerana semua itu datangnya dari syaitan!”




Aku cuba merangkak mengikut aturan perjalanan HIDUP yang DIA tetapkan.

Kerana ku tahu DIA lah PENETAP TERBAIK!

Aku sendiri tidak akan mampu mengatur keHIDUPan ini sebaik aturan-NYA.




Jadi, aku redha ..
Perancangan ku tidak sama dengan perancangan-Nya.
Namun ku tahu, DIA telah memberikan yang terbaik dalam HIDUP ku!




**Walaupun hidup berjauhan @ PJJ ini mengundang  seribu satu cabaran yang maha hebat, kesabaran, ketahanan emosi, kerinduan… segalanya…
Namun, ku redha…

Pasti ada kebaikan di kemudian hari!

…………………………………………………………………………………………………………………………….




Dari awan cantik membiru…
Hingga langit terlihat kemerahan saga…

Dari kecerahan hingga gelapnya bumi…
Aku menulis di awan biru ini…



Jam  7.22 p.m.
(lagi 1 jam 15 minit akan mendarat di tanah Sandakan , insyallah.

…………………………………………………………………………………………………………………………….


Masa bawa bekalan buku, ada pula penumpang sebelah yang peramah ajak berbual hingga terabai buku ditangan..


Disaat terlupa membekal bahan bacaan mengisi kesunyian perjalanan , tiada pula yang mahu menghilang bosan diri…huhu
….Kesannya, entri ini tertulis di meja makan seat 25F







>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<< 







Dipost jam 1.45 a.m. (Bumi Sandakan)...(sebab kat atas awan tu mana ada line veruk band ni..hehehe)




I love Sandakan!

Tak percaya?!
Sila percaya! Hehehehe



Assalamualaikum…slmt malam!




Comments:

There are 3 comments for Update dari Awan Biru

Categories

A. Samad Said (1) aidiladha (1) airasia (2) AKHIR ZAMAN (1) Alasan (3) Allah (1) Anak (4) announcement (1) awan biru (1) baby (1) Bantuan (2) barang baby (1) baru (1) Beli baju raya (1) berjaya (1) BERSIH 2.0 (2) bosan (1) Bruno Mars (1) bunga (1) cerita (1) Cikgu (2) Cinta (2) cirit birit (1) cloth diaper (1) contest (1) CRK (1) Cuti (1) demam (1) Doa (5) eg-tukar (1) Ejek Israel (1) emosi (1) esok (1) falsafah (4) Fattabiouni (1) fireflyz (1) friend (1) gambar (1) GANJIL (1) gembira (1) GURU (1) Happy Saturday (1) harapkan pagar (1) Harry Potter (1) HIDUP (2) hobi (1) hormat (1) hujan (1) I'm Alive (1) Ikan (1) ingat Allah (1) INSAF (2) Jalan-jalan (1) Jangan berputus asa (1) Jatuh Cinta (2) Jodoh (2) Joran (1) kabulkanlah (1) Kahwin (1) KALAH (1) kejayaan (2) keputusan (1) kerongsang (3) kl (1) Kuala Lumpur (2) lagu cinta (1) lau kan bainanal habib (1) lawak (2) lucu (1) Maher Zain (2) main (1) Manusia hebat (1) marah (1) Marry You (1) masak (1) mat lutfi (1) melepaskan batuk di tangga (1) mengandung (1) Motivasi (1) MURID (1) nafsu (1) Nama yang baik (1) Nikah (1) OPICK (1) pagar (1) pandangan pertama (1) pegar (1) peringatan (2) Perkahwinan Jarak Jauh (1) pindah (1) Pjj (1) Pokok (1) pregnant (2) Puasa (2) pulang (4) rabithah (1) ragam (1) Rahsia (1) Ramadhan (3) redha (3) RINDU (2) rintihan (1) SABAH (2) sabar (2) sahibba (1) sakit (2) Sandakan (1) sayu (1) scan (1) SEDIH (4) segmen (1) selawat nabi (1) senang (1) Show me (1) sihat (1) SMAP (1) solat dhuha (1) Statistik Murtad (1) Stress (1) suami isteri (1) sulung (1) sunyi (1) Surat (1) surirumah (1) susah (1) tak de idea (1) Takdir (1) teka teki (2) Terbang (2) Tiket raya (2) tinggal (1) trimester (1) Tudung (1) tunggu (2) Ustaz Azhar Idrus (1) video (1) Warna Cinta (1) Zuriat (3)