Jawatan : Surirumah Berijazah
Posted by HASNORWANI ... | Labels: surirumah | Posted On Friday, July 22, 2011 at 7/22/2011 08:06:00 PM
Masih menanti Cik Ika Zulaika mengulas lanjutan di blognya...
Kamu masih berhutang sama saya ya cik puan Ika! hehehehe
kekekeke... i will..
Salam…
Sekadar memberikan pandangan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang cetek.
Sememangnya tidak salah bagi muslimat utk bekerja. Namun harus diperhalusi ruang dan peranan yang selayaknya bagi muslimat agar niat dan pengorbanan yang dicurahkan diiktiraf Allah SWT. Contohnya, wanita muslim seharusnya lebih agresif dan sensitif untuk mengisi kelompangan-kelompangan yang wujud dalam critical area seperti bidang kejururawatan, perbidanan, doktor sakit puan, masakan dan bahkan juga ‘suri rumah’. Realitinya pada hari ini, dek keghairahan sebahagian besar wanita muslim pada hari ini untuk dilihat ‘terkehadapan setanding lelaki’ maka telah menyebabkan berlakunya kepincangan dalam institusi keluarga. Akhirnya kasih sayang anak-anak dan suami terabai – berantakanlah rumahtangga dan berlaku perceraian. Walhal di sana merupakan ‘jawatan utama’ yang patut dipikul oleh seorang wanita.
Islam telah menggariskan peraturan-peraturan yang sangat sempurna di dalam syariatnya untuk semua umatnya baik yang lelaki atau wanita, baik yang Arab atau bukan.
Namun, seseorang wanita muslim perlulah menyedari dan menginsafi batasan-batasan di dalam keterlibatan tersebut.
Satu lagi perkara penting yang ingin dkemukakan ialah mengenai sesetengah wanita yang sering melaungkan hak ingin dilihat setanding dengan lelaki. Islam yang adil sememangnya telah memberikan peluang yang setanding bagi wanita dan lelaki untuk menyumbang bakti kepada Islam tetapi bukanlah setanding dari sudut sama pada semua tindakan atau amalannya. Sebagai contoh, pahala syahid boleh diperolehi dengan cara jihad di medan peperangan oleh lelaki.
Tetapi bagi wanita ia boleh dicapai melalui bebanan atau tanggungjawab melahirkan anak. Kedua-duanya sama penting dan sama hebat! Tanpa seorang wanita maka tidak akan lahir seorang pejuang atau mujahid. Di sini bukanlah saya ingin menafikan hak bagi wanita tetapi saya ingin menyatakan bahawa sekiranya keadaan benar-benar mendesak dan wanita itu benar-benar bersedia, ikhlas, faham peranan dan batasannya..maka teruskanlah.
Sekali lagi buat renungan bersama – mengapa kebanyakan wanita hari ini cenderung ingin melihat dirinya setanding dengan lelaki? seolah-olah ruang yang diberikan oleh Islam kepada wanita masih tidak cukup… bukankah tugas dan tanggungjawab seorang ibu dan isteri paling mulia bagi wanita?
Usah biarkan diri kita terperangkap dengan agenda barat yang sering menimbulkan provokasi untuk merosakkan wanita Islam. Maksud ‘kesetaraan’ antara lelaki dan wanita bagi mereka tidak sama dengan apa yang dijelaskan dalam Islam. Mereka membicarakan soal kedudukan, penguasaan, pengaruh dan status dalam mengaut keuntungan dunia dan pengiktirafan di kaca mata manusia. Tetapi Islam membicarakan soal keadilan dan peluang memperolehi ganjaran pahala dan keredhaan Allah SWT.
wallahu’alam…